“Amanah ini akan dipikul sebaik mungkin.” Lelaki redha jaga isteri lumpuh, empat anak OKU.
Sesungguhnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun itulah takdir yang perlu diterima lelaki ini apabila isteri yang disayangi lumpuh dan kini hanya bergantung harap padanya seorang.
Amanah Ini Akan DiPikul Sebaik Mungkin
“Saya reda dan amanah ini akan dipikul dengan sebaik mungkin,” kata seorang lelaki yang tetap tabah menjaga isteri dan empat anak lelaki orang kurang upaya (OKU).
Jumahir Masun, 52, berkata empat daripada lima anaknya berusia 16 hingga 25 tahun tidak boleh berjalan sejak berusia satu tahun.
“Anak-anak saya tidak membesar seperti kanak-kanak lain, dulu saya dapat berkongsi tugas mencabar ini dengan isteri, Rohayati Abdullah, 50.
Lelaki Redha Jaga Isteri Lumpuh
“Namun, kini tugas itu digalas sendirian selepas isteri tiba-tiba tidak dapat berjalan dan disahkan lumpuh sejak empat tahun lalu,” katanya di Felda Kertih 6, Dungun, Terengganu.
Menurutnya, anak sulungnya, Ahmad Arif Aiman, 25, hanya terlantar di atas katil sepanjang masa.
Katanya, sementara Ahmad Ariffin, 23, Ahmad Zainuddin, 17, dan Ahmad Budiman, 16, pula mengalami masalah sendi tangan serta kaki menyebabkan mereka tidak boleh duduk dengan betul.
Uruskan Empat Anak OKU
“Sebelum ini, saya ada membawa anak-anak ke hospital untuk rawatan dan terapi tetapi atas sebab masalah pengangkutan kerana tiada kereta menyebabkan mereka tidak dibawa lagi ke hospital.
“Keempat-empat anak dan isteri terpaksa memakai lampin pakai buang dan itu membuatkan saya terpaksa berbelanja lebih untuk menanggung kos berkenaan,” katanya.
Ads
Katanya, sebelum ini dia bekerja mengambil upah mengait kelapa sawit dan kini terpaksa berhenti kerja sejak isterinya lumpuh.
“Isteri dan anak-anak memang memerlukan penjagaan dan perhatian sepenuhnya termasuk menguruskan diri mereka.
“Keadaan itu menyebabkan saya tidak dapat bekerja dan dalam hati ini saya menangis memikirkan keadaan saya dan mereka,” katanya.
Jumahir berkata, dia tetap bersyukur apabila setiap anaknya diberi bantuan bulanan sebanyak RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Bantuan itu saya perlu berjimat-cermat untuk perbelanjaan lampin pakai buang mereka dan makan minum kami sekeluarga.
“Duit bantuan itu juga digunakan untuk anak ketiga, Nor Hanisa, 20, yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperolehinya perlu digunakan untuk membayar yuran pengajian dan membeli buku-buku pelajaran,” katanya.
Jiran Turut Bersimpati
Katanya, dia juga bersyukur kerana jiran-jiran yang bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga dengan menghulurkan makanan.
“Saya sering menangis sendirian memikirkan nasib dan tidak tahu apa akan berlaku kepada mereka sekiranya umur saya tidak panjang, “katanya.
Mingguan Wanita : Bagi mak ayah yang ingin menghulurkan bantuan buat keluarga ini, boleh menghubungi Jumahir di talian 0145401915. Semoga keluarga ini terus tabah dan kuat menharungi dugaan yang berat ini.
Tahniah kepada pelakon lelaki, Ashraf Muslim kerana isteri keduanya, Wan Sakinah sudah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.35 petang semalam.
Pelakon yang sebelum ini mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2 melahirkan rasa bersyukur pada Allah atas rezekinya kali ini.
“Assalammualaikum semua…
Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!”
Harapan Dan Doa Atas Kelahiran Puterinya
Tergambar perasaan yang cukup gembira, Ashraf berharap kehadiran anaknya ini boleh jadi penambah kasih sayang mereka sekeluarga.
“Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau. Semoga menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang seperti kakak dan abang-abang kayh.”
Satu lagi, semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea.
“Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yang diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya.”
Teruja tengok cara ikatan suami isteri pelakon lelaki ini, satu aura positif! Tumpang bahagia dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini, semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yang luar biasa buat mereka.
Aamiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syanie selamat bernikah kali ketiga, “Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya,” begitulah yang diungkap oleh pelakon ini selepas dua perkahwinan sebelum ini terlerai.
Genap setahun perkenalan, pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.
Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.
“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong kami menundanya dulu.
“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya
Keikhlasan & Kejujuran
Menurut Syanie bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.
“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.
“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.
“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” ungkapnya lagi.
Syanie 5 Tahun Solo, Zahril Duda Tiada Anak
Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda tiada anak.
“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” sambungnya.
Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.
Sebenarnya sekarang ni segala teknologi dihujung jari, tiada lagi alasan untuk tidak melakukan pembayaran Zakat Fitrah yang diwajibkan keatas setiap yang berkemampuan. Jika dahulu mungkin alasan terlupa atau kerap bertangguh untuk berjumpa amil,tapi sekarang cukup mudah, boleh bayar guna online je!
Jangan bimbang, pembayaran zakat secara online menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran.Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kerana aqad didalam pembayaran zakat adalah perkara SUNAT sahaja.
Berikut 8 Langkah Mudah Bayar Zakat Fitrah secara online, guna Maybank2U:
1. Login id/ username Maybank2U
2. Pilih bahagian ‘Bill Payment’
3. Klik ‘Make a one-off payment’
4. Ambil bahagian All Payee ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki. (Contoh Lembaga Zakat Selangor )
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar. (Rujuk pada jumlah bayaran yang ditetapkan setiap negeri, Rujuk pada gambar terakhir)
7. Masukkan nombor SMS TAC untuk pengesahan
8. Pengesahan zakat telah diterima apabila ada penyataan “successful”.
Kadar Zakat Fitrah 2018
Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!