Bayangkan barang yang paling kita sayang, tiba-tiba hilang entah ke mana. Puas cari, geladah sana sini tetap tak jumpa. Padahal, ia tidak langsung diusik dari tempatnya sebelum ini.
Inilah yang paling menyedihkan bila barang yang kita miliki hilang. Ralatnya bila nak pakai atau guna, tak ada dari tempat asalnya. Nak-nak kalau ia barang kemas, cincin perkahwinan, duit dan sebagainya.
Sayang tetap sayang, walaupun barang yang hikang itu murah, apatah lagi kalau mahal, ia tetap berharga buat kita.
Bolehkah kita dapat kembali barang yang hilang itu. Selalunya, kita akan putus asa dan anggap ia bukan rezeki kita.
Perkongsian daripada Muhaimin Azman ini boleh dijadikan ikhtiar dan panduan untuk kita cari barang yang hilang. Moga-moga ia memberi manfaat untuk semua.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW sangatlah terpuji dalam pelbagai sudut. Bukan sahaja wajar dicontohi malah mendapat ganjaram pahala yang besar mengikut segala sunnahnya. Punyalah terpuji akhlak baginda, hatta makan kurma dan cara buang bijinya pun ada caranya dan yang pasti mempunyai sebab tersendiri.
Mungkin ramai diantara kita yang tak tahu bahawa diantara sunnah nabi SAW ketika makan kurma adalah apabila mengeluarkan bijinya diletakkan dibelakang dua jari.
Jemput baca dan tambah ilmu sunnah nabi perkongsian daripada Faizal Jumri ini.
Diantara sunnah baginda Rasulullah s a w Yang ditinggalkan dizaman ini adalah apabila seseorang itu memasukkan sebiji kurma didalam mulut, maka bijinya dikeluarkan diletak dibelakang dua jari yang digabungkan.Iaitu telunjuk dan jari tengah, bukan menggunakan perut jari seperti yang dilakukan ramai orang.
Ini kerana untuk menjaga hati tetamu yang makan kurma bersama baginda.Kerana biji apabila keluar dari mulut, ia bercampur dengan air liur.Mungkin akan membuatkan orang lain berasa geli.
Bagi nak mengelakkan situasi begitu, baginda meletakkan bijinya dibelakang jarinya, tanpa mengotorkan perut jarinya yang digunakan untuk memakan.
Hadisnya:
Didalam sohih Muslim ada menyebutkan في “صحيح مسلم”: ﺃﺗﻲ رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ﺑﺘﻤﺮ ﻓﻜﺎﻥ ﻳﺄﻛﻠﻪ ﻭﻳﻠﻘﻲ اﻟﻨﻮﻯ ﺑﻴﻦ ﺇﺻﺒﻌﻴﻪ، ﻭﻳﺠﻤﻊ اﻟﺴﺒﺎﺑﺔ ﻭاﻟﻮﺳﻄﻰ.
Satu kali ada didatangkan kepada baginda Rasulullah s a w dengan buah tamar. Saat itu baginda memakannya dan baginda mengeluarkan bijinya dengan diletakkan bijinya diantara dua jarinya.Iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya yang digabungkan.
Didalam Musnad imam Ahmad pula ada menyebutkan; وفي” مسند أحمد”: كان رسول الله يأكل التَّمر ويضع النّوىٰ على ظهر أصبعيه ثمّ يرمي به.
Dahulu pernah baginda Rasulullah s a w memakan buah tamar
Lalu baginda meletakkan bijinya dibelakang dua jarinya kemudian baginda membuangnya.
Kadang-kadang tanpa kita sedar apa yang berlaku dalam hidup kita hari ini adalah hasil keputusan yang kita ambil lima atau sepuluh tahun dahulu.
Jika senang kehidupan kita kini maknanya benarlah keputusan yang diambil. Namun jika bermacam masalah timbul, cuba renung kembali apa yang mak, ayah lakukan selama ini.
Barangkali mungkin ada kesilapan di mana-mana. Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri ini dan hadam baik-baik nasihat yang cuba beliau sampaikan:
Jika Bermacam Masalah Timbul
Apa yang kita ada dan alami hari ini adalah hasil daripada keputusan yang kita buat 5 ke 10 tahun lepas.
Jika kita tiada masalah sangat pada hari ini, lebih-lebih lagi musim orang hilang pendapatan, hilang kerja dan sebagainya ni, ia adalah hasil daripada keputusan betul dan amalan baik yang kita lakukan dulu.
Sebaliknya jika kita ada macam-macam masalah pada hari ini, tengok balik keputusan apa dan tindakan macam mana yang telah kita buat suatu ketika dahulu.
Kita nak jadi apa atau kita nak kehidupan yang bagaimana 5 ke 10 tahun akan datang, semuanya bergantung kepada keputusan apa yang kita buat dan pelan tindakan apa yang kita ada pada hari ini.
Cuba Renung Kembali Apa Yang Mak, Ayah Lakukan Selama Ini
Rancangan apa yang kita tengok. Buku apa yang kita baca. Manusia jenis apa yang kita buat kawan. Usaha macam mana yang kita ambil. Semua-semua itulah.
Itu baru 5 ke 10 tahun akan datang. Itu kita masih atas muka bumi ni lagi.
Bayangkan pulak macam mana keadaan dan hal kita di akhirat kelak? Lebih-lebih lagilah kita kena tengok dan perhatikan sekarang.
Sakit macam mana sekalipun, susah macam mana sekalipun, sedih macam mana sekalipun. Semuanya akan berakhir bila kita mati atau bila dunia dah kiamat.
Rancang Yang Terbaik Dunia, Akhirat
Tapi di akhirat…
Kalau senang, senanglah tak sudah-sudah. Kalau susah, susahlah tak habis-habis.
Kerana akhirat itu pasti. Syurga dan neraka itu kekal abadi.
Selamat pagi kawan-kawan…
Kalau kita boleh rancang apa yang saja terbaik untuk diri dan keluarga kita untuk hidup senang di dunia, kenapa tidak kita rancang juga kehidupan kita yang terbaik di akhirat?
MW: Jika mak,ayah telah merancang yang terbaik untuk kehidupan di dunia. Jangan lupa untuk merancang yang terbaik juga untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Ada benarnya Al Quran merupakan panduan hidup, mampu menjadi penyembuh jiwa dan kekuatan hati. Setiap surah-surah yang terkandung dalam Alquran, jika difahami dengan penuh penghayatan mampu memberi refleksi serta makna yang tersendiri.
Jika menghadapi Anxiety, Depression atau masalah kesihatan mental sebaiknya fahami 3 surah di dalam Al Quran ini, iaitu (Al-Lail, Ad-Dhuha dan Al- Insyirah) dan jadikan ia sebagai aktiviti spiritual untuk terus kekal positif.
Inilah yang dikongsikan oleh Puan Norzi Malek yang merupakan seorang ‘Therapist’ dan pernah bekerja di Unit Pemulihan Carakerja Hospital sebagai panduan.
Bagaimana tiga surah ini (Al-Lail, Ad-Dhuha dan Al- Insyirah) di dalam Al-Quran membantu sesiapa yang menghadapi Anxiety, Depression atau masalah kesihatan mental yang lain untuk kekal positif?
2. Dalam Al-Quran, susunan ketiga-tiga surah ini adalah berturutan. Surah Al-Lail (malam), diikuti dengan surah Ad-Dhuha (siang) dan kemudiannya surah Al-Insyirah (kemudahan dan kelapangan jiwa).
3. Susunannya sangat cantik dan berhikmah. Di awali dengan kisah malam yang gelap gelita, diikuti dengan kemunculan cahaya dan sinar kebahagiaan dan ditutupi oleh kemudahan dan kelapangan jiwa.
Ini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa setiap ujian itu, setiap kesulitan yang kita hadapi serta setiap kegelapan pasti akhirnya akan didatangkan dengan kemudahan dan cahaya petunjuk.
5. Masa-masa yang sukar, jiwa yang kosong, keresahan dengan dugaan dan cabaran akan segera berlalu sebagaimana berlalunya waktu malam dan munculnya cahaya Dhuha.
6. Begitulah ibaratnya kisah hidup kita. Sentiasa yakinkan diri kita bahawa apa sahaja masalah yang kita hadapi akan segera hilang, dan apa yang Allah janjikan di dalam Al-Quran itu pasti akan muncul dalam hidup kita.
7. Inilah dinamakan aktiviti tadabbur Al-Quran, salah satu aktiviti therapy untuk aktiviti spiritual bagi yang beragama Islam. Aktiviti spiritual sangat penting untuk kuatkan dalaman kita.
8. Maksud tadabbur adalah membaca dengan kefahaman berserta penghayatan.
9. Sebagai seorang therapist, saya cuba selitkan beberapa aktiviti spiritual yang boleh dilakukan bersama-sama pesakit saya, secara tidak langsung jiwa dan raga saya turut dirawat.
10. Perkongsian saya bukanlah nak menunjukkan saya seorang yang baik dan tenang, cuma saya berharap sesiapa yang membacanya akan lebih bahagia dan tenang berbanding saya.
Dunia ini untuk dikongsi kebaikan dan ilmu. InsyaAllah yang baik-baik akan mengiringi kita.
Norzi Malek
Dari Therapist Untuk Therapy
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi yang menghadapi masalah kesihatan mental, sebaiknya tadabbur 3 surah ini sebagai aktiviti spiritual.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...