Adat dalam berumahtangga ada pasang surutnya. Adakala bahagia mewangi dan ada ketika ditimpa taufan yang mendatang.Ia mengikut kebijaksanaan suami isteri dalam mengemudi rumahtangga yang dibina.
Jika dilihat orang dulu-dulu, zaman nenek moyang kita ramai yang mempunyai ikatan perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke hujung usia. Padahal tiada pun zaman suai kenal dan bercinta-cinta, kebanyakannya berkahwin atas pilihan keluarga.Namun kebanyakan usia perkahwinan mereka mampu menjangkau berpuluh tahun dan hanya ajal yang dapat memisahkan.
Sebenarnya, ini antara amalan dan tip kebahagiaan rumahtangga yang diamalkan oleh orang dulu-dulu agar hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
1. Tidur Sekatil
Suami isteri kena tidur sekatil tak kiralah apa juga alasan, walaupun tengah bergaduh dan sedang merajuk. Jangan biasakan diri berpisah tempat tidur dengan pasangan, sorang dalam bilik sorang diruang tamu atau seorang atas katil sorang tidur di lantai. Secara logiknya, tidur merupakan keadaan pasangan dapat berhampiran diantara satu sama lain, berpelukan mahupun pegang tangan sebelum tidur pun, mampu cetus rasa bahagia dalam diri sekaligus mengeratkan hubungan.
Waktu berdua-duaan di atas katil inilah juga peluang terbaik suami isteri untuk berkomunikasi dan saling meluahkan apa yang terbuku dihati. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati pada pasangan mahupun ingin memperbaiki hubungan ke arah lebih baik, inilah masanya.
2.Gaduh Jangan Lebih 3 hari
Macam dalam lagu Allahyarham P. Ramlee tu “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Selisih faham, bergaduh dan merajuk adat dalam rumahtangga. Tapi perlu ingat bagi suami isteri sebaiknya, selesai urusan ‘pergaduhan’ ini secepatnya, elakkan ia berpanjangan dan tidak lebih daripada 3 hari.Perselisihan yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai konflik lain yang timbul. Berfikiran bukan-bukan dan syak wasangka pada pasangan.
3.Peluk Cium Pasangan Sebelum Berpisah
Ini antara salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga. Magis kuasa pelukan dan ciuman pada pasangan mampu merembeskan hormon oxytocin yang memberikan rasa tenang dan bahagia malah meningkatkan kepercayaan dalam diri. Jadikan amalan sebelum berpisah baik ke tempat kerja atau kemana-mana, biasakan salam, peluk dan cium pasangan dahulu. Percaya lah ia mampu ‘mengikat hati’ pasangan walaupun dimana dia berada. Tanpa perlu rasa ragu.
Ads
4.Temankan Suami Makan
Temankan suami makan adalah suatu perkara yang simple tapi beri makna yang besar buat pasangan.Jaga perut suami bukan sekadar memasak dan sediakan makanan untuk suami malah turut temankannya ketika makan. Jika perasan nenek mahupun mak kita dulu, walaupun tak nak makan tetap temankan suami makan, cedukkan nasi, lauk mahupun sekadar teman berborak ketika makan.Ia mampu mencetuskan rasa prihatin dan ambil berat seorang isteri pada suami.
Begitu juga ketika masih sedang ‘bergaduh’ dan ‘perselihan faham’, tetaplah tunaikan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing. Pesanan buat isteri, tetaplah sediakan keperluan suami, hidangkan makan minumnya, walaupun dalam hati masih menjeruk rasa.Ia buat suami rasa tetap disayangi dan dihormati, sekaligus dapat melenturkan ‘ego’ suami.
5. Lakukan Amal Ibadat Bersama-sama
Ini yang paling penting, apabila meletakkan agama sebagai tiang dalam rumahtangga. Suami perlu luangkan masa mengimamkan solat di rumah bersama-sama dengan isteri. Lakukan sekurang-kurangnya solat Maghrib atau Subuh secara berjemaah. Sama-sama melakukan ibadah puasa sunat, solat tahajud, mengaji, ta’alim dan sebagainya. Ini akan menambahkan keberkatan dalam perkahwinan dan keredhaan Allah di dalam kehidupan. Apabila kesemua perkara ini dilakukan, insya-Allah kehidupan kedua-dua suami isteri akan bahagia dan diredhai oleh Allah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sama-sama kita amalkan dalam mewujudkan perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan rahmat berkekalan hingga ke akhir hayat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Lebih baik berleter daripada senyap, sekali isteri diam! Suami minta maaf pun sia-sia. Itu tandanya isteri mulai tawar hati.
Jadi suami beringatlah bila isteri mulai diamkan diri, itu tandanya ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata pasti ada sesuatu yang terpendam di hati yang membuatkan dia sudah lali untuk bersuara lagi.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan ketahui isteri bersikap sedemikian rupa:
Lebih Baik Berleter Daripada Senyap
Isteri bercakap lebih baik daripada isteri senyap…
Bila dia bercakap, tak kisahlah dia hendak marah kita ke, dia nak berleter ke? Dia nak kata apa saja dekat kita, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang dimarahkannya, apa yang dileterkannya dan apa yang dikatakannya…
Kalau dia senyap, tetiba dia tak bercakap, kita sendiri pun tak tahu apa yang silap, dekat mana yang silap…
Sekali Isteri Diam!
Orang perempuan ini, cara dia zahirkan fikiran dia, cara dia luahkan perasaan dia adalah melalui kata kata… Tapi bila dia sudah banyak berkata-kata dan kata-kata itu satu pun tak masuk kepala suami dia, maka dia akan bosan…
Dia tak terus senyap macam itu saja…
Dia akan senyap bila sudah banyak kali dia marah, sudah banyak kali dia berleter. Senyap itu tak bagus untuk dia walaupun pada kita, kita sangat suka isteri senyap…
Senyap isteri itu boleh makan diri dia, buat dia rasa tawar hati dan tak nak pedulikan suami…
Masa isteri sudah senyap, pujuk rayu ini adakalanya berguna, adakalanya tidak… Jadi, take note siap-siap untuk setiap isi kandungan ketika dia marah, ketika dia berleter…
Salah silap kita ada dalam itu sebenarnya…
Pastikan dia tak marah untuk benda yang berulang, dia tak berleter untuk benda yang sama… Kalau dia sudah senyap, minta maaf pun sia-sia…
Dia punya keras tu, makan hari la baru dia akan kembali bersuara…
Mingguan Wanita: Isteri ini cara dia luahkan perasaaan adalah dengan cara bercakap. Tetapi bila dia mula diamkan diri, itu tandanya hatinya sedang sakit.
Bagi wanita cukup sensitif untuk memperkatakan isu poligami. Ramai yang tak rela untuk berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Bukan itu sahaja,jika ‘terpaksa’ bermadu ramai yang kerap makan hati berulam jantung dan sering bertelingkah. Jarang sekali jumpa madu yang boleh menjadi kawan baik apatah lagi mampu tinggal serumah!.
Tinggal Serumah & Jadi Rakan Karib
Mungkin satu kisah dalam seribu.Bukan saja rela berkongsi kasih, malah Khadijah Beladin, 29, dan Sufainah Goh Ai Peng, 41, sanggup tinggal sebumbung dan menerima suami mereka, Mohd Zanishuhaizal Izham Md Akhir, 41, seadanya. Lebih membanggakan kedua-dua mereka tidak menjadikan status madu sebagai alasan untuk bersengketa sebaliknya memilih menjadi rakan karib antara satu sama lain.
Bercerita lanjut, Khadijah berkata, dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zanishuhaizal pada Mac 2012 dan dikurniakan tiga zuriat iaitu Mia Zahra, berusia enam tahun, Nia Zafirah, berusia lima tahun dan Ummar Shahid, berusia empat tahun.
Yakin Suami Mampu Berlaku Adil
Menurutnya, selepas dua tahun melayari bahtera rumahtangga, suaminya menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi.Katanya, dia tidak membantah kerana yakin suaminya mampu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Sepanjang perkahwinan, hubungan kami tidak berdepan masalah malah ketika menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi, saya tidak sedih sebaliknya akur kerana percaya dengan kemampuannya.
“Lagipun, saya sudah bertemu dan berkenalan dengan Sufainah sebelum dia berkahwin dengan suami jadi tiada masalah untuk menerimanya sebagai madu serta tinggal serumah.
“Malah, hubungan kami tidak hanya sebagai madu malah saya sudah menganggapnya seperti rakan karib dan sekiranya ada masalah, kami akan bincang serta mencari penyelesaian bersama,” katanya yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
Dapat Bantahan Keluarga
Sementara itu, Sufainah yang juga bekas pramugari berkata, niatnya berkahwin dengan Mohd Zanishuhaizal mendapat bantahan keluarga pada mulanya disebabkan perbezaan adat dan agama.
Ini menyebabkan hubungannya dengan keluarga menjadi renggang, namun mereka kembali menerimanya selepas dia melahirkan cahaya mata, Tia Ummaira yang kini berusia setahun sembilan bulan.
“Dulu, saya tidak menyokong poligami tetapi siapa sangka, takdir Allah SWT menentukan saya menjadi isteri kedua.
“Segelintir masyarakat mungkin memandang negatif bila bercakap soal poligami namun sepanjang tinggal serumah dengan isteri pertama, semuanya lancar tanpa ada masalah.
“Malah, kami saling bertolak ansur dan saya bersyukur kerana Khadijah banyak membantu menguruskan kerja rumah dan menjaga anak ketika saya serta suami bekerja,” katanya yang memeluk Islam pada 2006.
Beliau dan suami kini mengusahakan perniagaan kecerdasan diri dan memiliki gimnasium sendiri.
Syukur Kedua-Dua Isteri Tinggal Bersama
Bagi Mohd Zanishuhaizal pula, dia bersyukur kerana kedua-dua isteri dapat tinggal bersama di bawah satu bumbung selain menerima dirinya seadanya.Beliau berkata, sebagai suami, dia cuba berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin.
“Dulu, saya seorang yang keras kepala dan sentiasa merasakan diri sendiri betul namun kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berumahtangga.
“Boleh dikatakan, hidup saya lebih sempurna dan bahagia sejak berumah tangga kerana adanya anak sebagai pelengkap serta dua isteri yang boleh menerima satu sama lain.
“Rasa seperti mendapat peluang kedua dalam hidup dan tidak sangka kini saya ada perniagaan sendiri selain anak serta isteri yang sangat memahami,” katanya.
Mw: Semoga keluarga terus berbahagia. Bersetuju untuk berpoligami, syarat utama paling penting adalah keredhaan isteri serta sikap suami yang mampu berlaku adil pada kedua-duanya, barulah ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Ibu ayah yang belum berjaya mendidik anak mengaji Al Quran ketika usia mereka masih kecil, jangan guna alasan tak punya masa atau tak tahu cara mengajar. Sebab paling mudah nak mula adalah ketika ibu hamil.
Semasa mengandung dan sampai usia anak 4 tahun adalah masa terbaik untuk mengajar mereka mengaji. Insyaallah ibu ayah mampu lakukan jika konsisten ikut panduan yang diberikan.
Guru yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata ini, Puan Rehan Sidik, berkongsi cara bagaimana beliau mendidik keempat-empat anaknya mengaji Al-Quran ikut step dari kehamilan sampailah usia anak 4 tahun.
Mudah Rupanya Nak Ajar Anak Mengaji
Kata Puan Rehan, kepakaran yang dimiliki tak datang serta merta. “Alhamdulillah dengan pengalaman 15 tahun, Kak Rehan dapat dari mendidik anak-anak sendiri.. mengajar Al Quran sejak bayi sehingga kini, modul tersebut diteruskan kepada anak-anak di tadika.
“Alhamdulillah.. Ramai yang dah dapat tipsnya. Tapi ramai juga yang masih tak dapat mengamalkannya.”
Sebab apa? Kita masih mencipta alasan sendiri. Antaranya:
√ Anak tak nak baca Quran kalau dengan kita
√ Kita sibuk dan penat bila balik bekerja
√ Kita bertangguh,dan tunggu anak besar sikit
√ Kita anggap anak sentiasa masih kecil untuk mulakan
√ Dan tiada sokongan dari pasangan. Aduulaa..
Menyebabkan, isu ini berpanjangan, zaman berzaman. Baiklah, yang nak mulakan sekarang, Kak Rehan akan bantu, insya Allah. Jangan buang masa. Ini tips nya:
TIP SEMASA MENGANDUNG
Memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran melalui radio, komputer atau mp3
Ibu sarat mengandung meninggal akibat kepenatan, anak dalam kandungan gagal diselamatkan. Kematian husnul khotimah. Asbab kepenatan dan sesak nafas, seorang ibu yang sarat mengandung...