Mudah sangat jika nak buat Almond Crunchy Chocolate ini hanya guna dua bahan iaitu coklat dan badam. Tak perlu susah payah nak uli doh dan terap buat adunan. Kacau atas dapur, sejukkan dalam peti sejuk sekejap dah boleh siap.Sesuai juga buat yang suka kudapan jenis kekacang berbanding adunan tepung.
Menurut pemilik resipi Puan Farhan Hani, walaupun modalnya besar sikit dalam RM33 tapi sedap dan berbaloi serta sesuai untuk jamu keluarga.Boleh dapat dalam 110 biji ikut adunan ini.
Bahan-Bahan :
Badam 500gm (terpulang nak guna yang jenis hiris panjang @ slice)
Coklat masakan Beryl’s 500gm
Cara Membuat :
1. Bakar badam tu dulu (utk bagi crunchy). Saya bakar almond tu dengan suhu 150°c masa 20 minit (bergantung pada oven masing2 ye). Untuk yang tiada oven boleh sangai atas dapur (sangai tanpa minyak) dengan api sederhana dan sejukkan badam.
Ads
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
3. Bila coklat dah cair dan sejuk ckit, boleh masukkan badam yang dibakar tadi, gaul sampai sebati. Pastikan semua badam bersalut coklat.
Ads
4. Masukkan badam kat dalam paper cup kecil. Boleh guna sudu kecil. Selepas tu susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!!
MW: Mudah sangat resipi ni. Sesuai buat mak-mak yang tak berapa pandai buat biskut yang kena uli doh tepung. Anak-anak pun boleh tolong sekali nanti.Yang pastinya gerenti sedap.
Puding tutti fruity, namapun dah cantik, apatah lagi bila lihat hasilnya. Kena cara buatnya memang sedap, mahu tak berhenti makan.
Nampak macam renyeh untuk membuatnya sebab kena ada filling buah. Sedangkan nak buat puding tutti fruity ni boleh saja ikut kreativiti masing-masing. Nak letak sumi atau buah-buahan segar pun boleh.
Kali ini perkongsian daripada Noor Faizah, cara buat puding tutti fruity yang cantik dan sedap.
Kunjungan ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak menikmati menu nasi kandar kuah banjir di restoran Hameediyah yang cukup popular di negeri yang terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara itu. Nampaknya, anda tidak perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk menikmati menu kegemaran anda apabila ia membuka cawangan terbaharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lari dari konsep klasik, kali ini ia dinaik taraf kepada konsep bistro yang lebih elegan dan menarik.
Pembukaan cawangan kelima itu dilihat lebih premium dan dekorasi setiap tingkat juga mengetengahkan elemen berbeza. Menurut pemilik restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, konsep ini dibawa bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar dan dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pelancong asing. Muhammad Riyaaz merupakan Pengarah Hameediyah Sdn Bhd yang juga adalah generasi ketujuh dari pelopor restoran ini. Ini sekaligus merupakan pelaburan bijak Kumpulan Hameediyah untuk memodenkan perniagaan nasi kandar yang merupakan makanan jalanan ke tahap yang lebih tinggi.
Rantaian restoran Hameediyah bermula pada tahun 1907. Konsep “Nasi Kandar” pertama kali diperkenalkan ke bahagian dunia ini oleh imigran Tamil-Muslim dari India, yang dikenali sebagai The Rawthers. Hari ini, Hameediyah merupakan jenama yang menyajikan pelbagai jenis kari dan hidangan berempah di seluruh Malaysia.
Rantaian Hameediyah mempunyai cawangan di Pulau Pinang, Hameediyah Bistro di Ampang, Kuala Lumpur dan yang baru dilancarkan ini, Hameediyah Nasi Kandar – Multi Concept Dining, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sejak tahun 2015, pemilik generasi ke-7 Hameediyah Penang telah memutuskan untuk melibatkan syarikat konsultansi hospitaliti IDD a Atelier, untuk menyemai semula Hameediyah 1907 di Campbell Street Penang, kepada rupa asal dan rasa tahun 1907 untuk menampilkan rupa klasik tetapi dengan kemudahan moden untuk memenuhi tuntutan pelanggan masa kini.
Pada bulan Ogos 2018, Hameediyah Bistro telah ditubuhkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nanoo, Penasihat IDD a Atelier telah mengangkat makanan jalanan ke tahap baru dalam Makanan Moden.
Konsep Bistro Diterima Pelanggan
Beliau mencipta satu lagi konsep untuk meningkatkan pengalaman makan Nasi Kandar dengan restoran bergaya Bistro, di mana seseorang dapat menikmati Café Latte atau Teh Tarik dengan sepinggan Nasi Kandar.
Restoran empat tingkat itu memberi pelanggan pilihan untuk duduk di mana-mana sahaja sama ada bistro di tingkat 1 dengan suasana mamak atau galeri yang berada di tingkat 2. Konsep Bistro menjadi kejayaan segera dengan mengekalkan rasa yang sama seperti di Penang. Semua rempah digiling di Georgetown, Penang dan dihantar ke Ampang, mengekalkan dan mencipta semula resipi yang paling disukai oleh penduduk tempatan dan asing.
Ketika kunjungan penulis ke sini baru-baru ini, terasa seperti sedang makan dalam muzium kerana Hameediyah Bukit Bintang meletakkan koleksi barangan asal ketika jenama ini mula berniaga. Selain itu, dinding-dinding juga dihias cantik dengan lukisan kenangan mereka ketika berniaga dulu.
Selain itu, menu-menu di sini masih mengekalkan keaslian dari negeri Pulau Mutiara namun ada beberapa menu baharu diperkenalkan sebagai signature baharu buat Hameediyah.
Antaranya rendang ayam, kari itik, lamb shank dan ayam turki (piru). Tidak ketinggalan menu sotong viral, ayam bawang, ketam serta mi goreng antara menu yang sering mendapat perhatian ramai. Restoran Hameediyah Multi Concept Bukit Bintang turut dibuka untuk sebarang acara atau majlis keramaian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau mak-mak ada beli banyak buah tomato dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba buat Sambal Penyet yang sedap ni. Masak banyak-banyak nanti boleh buat stok simpan dalam peti sejuk. Nak masak pun mudah. Malah senang, bila malas nak masak atau teringin nak makan pedas-pedas bila-bila masa boleh makan sambal ni dengan nasi panas-panas. Memang buka selera.
“Jarang-jarang saya buat Sambal Penyet. Hari ni kebetulan beli banyak tomato, jadi saya masak sambal penyet buat stok dalam peti. Esok lusa kalau teringin nak makan pedas, makan je dengan sambal penyet ni ha dengan nasi panas-panas.”
Resepinya mudah sahaja.
Bahan-Bahan:
7 tomato merah
5 cili merah besar
20 cili merah kecik
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Garam dan gula
Minyak masak
Cara Memasak:
1.Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali.
2.Masak bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
3.Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.
4.Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.
5.Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi
suam.
6.Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu
kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal
penyet macam cili boh.
7.Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna
sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
8.Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
9.Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.
MW:Sedapnya Sambal Penyet ni,makan dengan nasi panas-panas memang boleh bertambah-tambah. Boleh buat stok banyak-banyak, simpan dalam peti sejuk. Bila waktu,nak makan pedas-pedas, boleh buat sambal ni. Simple!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...