Allah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua, Kelak Bertiga Pula - Adam Corrie Lee

Doa yang dituturkan oleh bakal bapa yang juga pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50 ini cukup menyentuh hati mana-mana mak ayah yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata. Sesungguhnya kesabaran, ketenangan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah membuka segala pintu rezeki.

Begitulah yang dikongsikan oleh pelakon watak Dragon dalam filem KL Gangster ini, yang mana dia dan isteri, Fazema Mohd Fuad menanti kehadiran cahaya mata dekat 10 tahun lamanya. “Allah dah bagi honeymoon 10 tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.”

Dalam menikmati rasa bahagia dan kesyukuran atas kurniaanNya, Adam Corrie juga tak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dia dan isteri, “Alhamdulillah,” tuturnya.

Doanya agar pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat akan diberikan zuriat yang soleh dan solehah. Catatan doa ini begitu menyentuh hati.

Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberi kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran. Dan tinggikanlah darjat. Luaskanlah rezeki. Jadikanlah bagi manusia yang selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. .

 

Ads

Allah Bagi Honeymoon 10 Tahun Berdua, Kelak Bertiga Pula – Adam Corrie Lee

Buat Yang Masih Berusaha Untuk Hamil, Bersabarlah..

Adam Corrie dan isteri tak pernah jemu berusaha, berdoa meminta pada Allah dikurniakan zuriat untuk mereka berdua. Namun apabila keduanya redha dan selalu bersangka baik dengan Allah tentulah yang baik-baik akan datang dalam kehidupan mereka.

Ini yang pernah dikongsikan oleh isteri Adam Corrie tak lama dulu. Tentang sabarnya pasangan ini menerima percaturan Allah dalam hidup mereka.

Kami ok berdua.. jika belum masanya untuk kami timang cahaya mata mesti Allah ada perancangan yang terbaik untuk kami berdua.

Allah dah bagi saya merasa hamil 3 kali, itupun sudah saya rasa syukur Alhamdulillah.

Ads

“Setiap kali mendengar khabar berita orang sekeliling hamil , saya mesti menangis kerana gembira. . Hingga sekarang kami masih berusaha, yang pasti kami masih tidak berputus asa dan kecewa. Kerana Allah dah beri banyak nikmat yang perlu saya rasa bersyukur.

Iaitu mendapat seorang suami yang baik dan penyayang serta keluarga yang memahami dan sentiasa beri sokongan di kala susah dan senang.

Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Yang penting kami berdua bahagia.. masih rasa seperti baru mendirikan rumahtangga walaupun sudah 9 tahun berkahwin.

Ads

Teruskan mengharap dengan Allah tanpa putus asa. .

Hikmahnya 3 org zuriat kami iaitu Amin, Alif dan Idris sudah menunggu di sana. Yang penting usaha, doa dan tawakal.

Jadi isteri yang masih menanti hadirnya zuriat, kuatkanlah hati, lapangkanlah emosi. Allah tak beri lagi kerana bersebab. Bila Allah dah beri juga bersebab. Kerana hidup di dunia ini adalah satu ujian. Begitu juga anak-anak mereka juga satu ujian.

Bukankah setiap apa yang ada di dunia ini, semuanya adalah milikNya?

Ini Yang Bidadari Saya Ajarkan – Adam Corrie

Sumber/Foto : Instagram Adam Corrie Lee

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI