Mak-mak mesti dah cuba pelbagai produk untuk pastikan rumah sentiasa wangi. Tambahan, kalau dah lepas masak, baunya satu rumah, melekat pula bau kat langsir, sementelah bau pakaian yang kita masak.
Kadang-kadang pewangi yang beli kat pasaran tak tahan lama dan wanginya hanya sekejap saja. Kali ini, Dato Alha Alfa sendiri kongsi cara nak buat semburan bagi rumah sentiasa wangi dan tahan lama.
Ini cara Dato Alha Alfa ajar untuk buat rumah sentiasa wangi macam ada perfume.
Bahan:
Baking soda – 2 sudu Ajax Fabuloso– 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran. Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan citarasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Caranya:
Satukan semua bahan di atas.
Ads
Masukkan ke dalam bekas.
Ads
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Mingguan Wanita : Boleh cuba, katanya bau-bau ‘kepam’ yang melekat kat langsir dan sofa pun boleh hilang.
Perasan tak, bila duduk ruang tamu, kipas terpasang tapi tak rasa apa-apa pun. Panas tetap sama saja. Bila tengok ke atas rupanya habuk penuh pada bilah kipasnya. Nak bersihkan kipas fikir dua tiga kali sebabnya terlalu tinggi.
Satu hal pula nak bersihkan kipas, dah tentu-tentu habuk akan berterbangan dan kotorkan lantai. Nak kena mop lantai pula.
Ada tak cara yang lebih senang untuk bersihkan kipas tanpa kotorkan lantai. Ini perkongsian daripada Ahamd Syahril yang cukup senang dan mudah untuk mak ayah lakukan di rumah.
Tak perlu risaua habuk berterabur di lantai, hanya gunakan seluar panjang terpakai atau yang sudah koyak untuk bersihkan kipas. Boleh cuba nanti.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Guna kulit bawang, kebiasaanya agak sinonim sebagai baja dan penggalak pokok yang mak-mak tanam. Katanya dapat membantu tanaman lebih subur dan tumbuh dengan baik.
Tahukan mak-mak, rupanya kulit bawang bukan hanya untuk pokok tapi juga membantu kita untuk kesihatan diri. Mungkin inilah yang boleh membantu mak-mak nanti. Kena cuba.
Selalu kalau di negara luar, apabila memasak, mereka akan masukkan terus dengan kulit bawang an inilah yang boleh kita praktikkan juga.
Seperti yang dikongsikan oleh Yatie Eimra, kulit bawang ini boleh membantu untuk mereka yang alami masalah alergik dan ada cara yang betul untuk menggunakannya.
Kalau sebelum ini, kulit bawang dijadikan baja & penggalak akar pokok, kulit bawang boleh dimasukkan dalam masakan jugak.
Biasanya bila buat bone broth (sup tulang), saya memang masukkan kulit bawang ni. Selain tu boleh juga ditambah dalam masakan jenis berkuah/sup. Saya mula gunakan kulit bawang dalam broth masa Fydh kecik dulu, selepas terbaca tentang kebaikan kulit bawang dalam sebuah artikel. Tahun lepas pun Dr Suri Roowi ade share tentang kebaikan kulit bawang ni.
Bawang sememangnya banyak khasiat. Tapi bahagian paling luar kulit bawang mengandungi paling banyak bahan berkhasiat quercetin. Quercetin ni berfungsi sebagai antioksidan, bersifat antikanser & membantu tubuh melawan radikal bebas.
Terdapat kajian yang mengatakan quercetin mampu mengurangkan bahaya radikal bebas dalam tubuh akibat nikotin rokok. Selain tu ia gak membantu mengurangi gejala alergi dengan bertindak sebagai antihistamin.
Sebelum masukkan kulit bawang dalam masakan, pastikan kulit bawang dicuci bersih terlebih dahulu ye. Lepas kupas bawang, sebaik-baiknya rendam kulit bawang dalam air & sedikit cuka selama 5 minit. Tujuannya nak bersihkan jika ada kulat-kulat hitam pada kulit bawang.
Sesetengah bawang ada kulat hitam pada lapisan kulit – sejenis fungus dari dalam tanah.
Lepas bersihkan, tos kering & simpan dalam peti sejuk (bahagian freezer jika jarang guna). Ambil bila nak guna.
Kadang-kadang bila kat luar, anak terdedah pada asap rokok secara tak sengaja (ketika melalui kaki lima kedai dan sebagainya), balik tu saya masukkan jugak kulit bawang dalam masakan. Atau bila resdung/alergi teruk, boleh gak rendam sikit kulit bawang dalam air panas. Boleh tambah halia/cengkih/bunga lawang & madu asli jika suka. Minum ketika suam.
Bila bersin non stop akibat salah makan (alergi), lepas minum air rendaman kulit bawang ni, selesema & mata gatal pun beransur kurang.. Alhamdulillah.. Memang nampak perbezaan tambah kulit bawang ni, kesannya nampak lebih cepat dari biasa (tanpa gunakan kulit bawang).
P /S: Kalau selama ni korang buang je kulit bawang tu, lepas ni bolehlah cuba guna dalam masakan untuk kesihatan lak.
Air rendaman kulit bawang untuk alergi/resdung tu boleh pilih salah 1 atau masukkan je apa yang ada. a) Halia– juga bertindak sebagai antihistamin, b) Cengkih– kurangkan resdung, c) Bunga lawang– kurangkan selesema/bersin.
Jangan risau, rasa bawang tu tak ketara sangat sebab rasa dari bunga lawang, cengkih & halia yang lebih ketara. Alal-ala macam minum air sup jugak.
Mingguan Wanita : Ada juga manfaatnya pada kita. Boleh amalkan nanti.
Ada mak-mak memang tak pandai dan takkan guna santan kotak waktu memasak hidangan masakan yang memerlukan santan. Lebih serasi guna santan segar dari buah kelapa original.
Cumanya, bila beli banyak, macam mana cara mak-mak simpan. Waktu nak masak nanti pun tak guna semua. Sebahagian saja. Kalau salah simpan lebihan santan segar tu, boleh rosakkan santan.
Lilissuriati Mohamed Tahir berkongsi dua cara menyimpan santan dengan betul. Nanti santan tak rosak malah mempunyai kualiti yang sama macam baru beli di kedai kelapa.
Kata Puan Lilis lagi, “saya sejenis yang tak pandai masak guna santan segera yang jenis kotak sebab saya tau saya bukanlah jenis orang yang pandai masak.
“Jadi better guna kelapa yang original. Sejak kawen, rasanya baru 2 kali pakai yang jenis segera. Tu pun sebab stok kelapa parut dah habis kat kedai.”
Cara Simpan, Bekukan Lebihan Santan Segar
Saya guna 2 cara simpan stok kelapa.
Cara Pertama : Simpan Terus Dalam Peti Sejuk Beku
Saya simpan kelapa parut yang dibeli kat kedai terus kat tempat beku. Setiap kali nak pakai, saya masukkan kelapa dalam blender + air panas supaya kelapa tu cair.
Sebelum ni tak tau cara, saya pergi la blend ngan air biasa. Hasilnya kelapa tu tak keluarkan santan pun. Rasa macam nyesal pulak bekukan.
Tapi bila dah tau tips letak air panas kat kelapa, baru la dapat perah santan macam biasa.
Oleh kerana saya guna jug blender jenis stainless steel so tak risau masukkan terus air panas pada kelapa. Dah blend halus-halus baru saya perah dan guna untuk masak.
Kalau guna jug blender yang jernih tu, boleh je cairkan kelapa parut kat dalam mangkuk kaca @ periuk. Bila airnya dah sejuk dan kelapa parut dah lembut baru blend.
Cara Kedua : Simpan Lebihan Santan Segar Dalam Bekas Ziplock
Santan kelapa yang telah dibekukan
Dah beku keluarkan daripada bekas ais
Santan lebihan yang dah diblend saya akan masukkan dalam bekas simpan ais yang kecik-kecik. Sebelum bekukan, saya buat anggaran dulu contohnya satu cawan boleh simpan berapa banyak ketul. Senang nak masak, boleh agak nak masukkan berapa ketul.
Masukkan santan-santan tadi dalam ziplock jenis silicon & simpan semula dalam freezer. Nak masak baru guna.
Nanti bila santan dah beku saya pindahkan dalam ziplock jenis silicon. Nak masak baru guna.
Alhamdulillah sejak guna cara camni, time nak masak saya tak perlu buang masa gi kedai cari kelapa parut. Benda ni dapat jimatkan masa & orang yang nak makan pun tak sempat kebuluran.
Ni bekas besar yang boleh simpan ziplock-ziplock yang diisi makanan. Bekas-bekas makanan yang kecil pun boleh simpan dalam ni supaya tak jatuh & bersepah
Nota kaki : untuk jimatkan space simpan makanan dalam ziplock ni boleh masukkan dalam satu bekas besar dan susun ziplock tu elok-elok. Contoh bekas boleh tengok kat gambar. Bekas saya beli kat Daiso.
Selain daripada santan, ziplock ni saya guna untuk simpan makanan lain contoh halia, tomato ceri, kacang bendi dan lain-lain.
MW : Semoga membantu mak-mak yang suka masak guna santan segar dari kelapa ya.