Alahan waktu pagi, Ernie Zakri hamil empat bulan, seperti mana ibu mengandung lain penyanyi Ernie Zakri juga melalui alahan semasa hamil atau ‘morning sickness’ yang biasanya berlaku di awal kehamilan.
Alahan Waktu Pagi, Ernie Zakri Hamil 4 Bulan
Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 25 Mac lalu setelah mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Tahniah diucapkan buat Ernie dan juga suami, Syamel yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram masing-masing.
Kini penyanyi lagu Ku Bersuara itu sudah hamil empat bulan.
“Buat masa ni gambar kita berdua dulu, tak lama lagi bertiga pulak,” kongsi Ernie.
Ads
Bukan itu saja malah mereka juga membuat hantaran dan menyatakan rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikna oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” tulis mereka.
Tidak Mengidam Benda Pelik-Pelik
Menerusi temubual bersama BH Online, Syamel memberitahu isterinya kini sudah hamil empat bulan dan mengalami alahan pada waktu pagi.
Ads
“Alhamdulillah, usia kandungan Ernie sudah empat bulan. Setakat ini, Ernie tidak pula mengidam benda pelik-pelik dan sepanjang trimester pertama, kesihatannya memuaskan.
“Cuma, apabila nak masuk trimester kedua, Ernie mula mengalami alahan terutama pada waktu pagi. Doktor maklumkan ini petanda yang bagus kerana bermakna ada tindak balas antara ibu dan bayi dalam kandungan.
Semoga Segalanya Berjalan Lancar
“Saya bersyukur segala-galanya berjalan lancar dan saya harap orang ramai dapat mendoakan isteri dan zuriat kami sihat,” katanya yang tidak kisah tentang jantina anak yang bakal lahir nanti,” luah Syamel.
Sumber Foto : Instagram Ernie Zakri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Skandal 1MDB ini sinonim sangat dengan beg. Ketika Pengarah Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan antara 567 rampasan beg terdiri dari 37 beg jenama terkemuka yang dirampas adalah Bijan, Hermes, Prada dan Channel.
Sampai terpinga-pinga wartawan dan jurukamera yang hadir ke sidang media. Sebab masing-masing tak pernah dengar pun nama beg jenama mewah ‘Bijan’. Jika tidak masakan, ada wartawan yang minta Datuk Seri Amar Singh mengejakan jenama itu. Sebabnya tidak lah nanti salah melapor.
Bukan saja wartawan, netizen pun tertanya-tanya sama macam manalah rupa bentuk beg jenama Bijan itu. Punyalah unik nama ‘Bijan’, tapi itu bukan nama makanan tau.
Beg mewah Bijan ini perlu ditempah khas jika seseorang mahu memiliki beg tangan tersebut. Kerana ianya dari jenis buatan sendiri (custom made) dan takkan jumpa pun dalam pasaran. Ini dimaklumkan sendiri oleh Datuk Seri Amar Singh.
Butik mewah House of Bijan
Beg Bijan Tak Boleh Beli Sesuka Hati, Kena Set Temujanji
Menurut Utusan Online, beg mewah jenama Bijan ini diasaskan oleh seorang ahli perniagaan yang juga pereka terkenal kelahiran Iran bernama Pakzad Bijan yang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad ini seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan yang dijual di butik House of Bijan.
Bukan calang-calang tau pelanggan House of Bijan ini. Koleksinya khusus untuk golongan elit yang mana kalau nak memasuki butik mewah itu pun perlu melalui temujanji sahaja.
Antara pelanggannya adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer.
Perempuan kalau dah marah, tolak RM750K bekas suami nak beli rumah nama bersama kerana nak hapuskan kenangan. Bila menyentuh bab hati, memang sukar untuk meneka. Di saat kita rasa masih sayang tapi sudah tersimpan benci dan dendam.
Satu perkongsian dari Farizal Radzali di fbnya yang banyak berkongsi kisah seorang isteri membuat keputusan dalam keadaan marah dan benci tapi akhirnya baru menyesali tindakannya itu tidak bijak. Kerana terlalu marah pada bekas suami yang curang, si isteri nekad untuk menjual rumah lama mereka.
Ikut harga pasaran rumah besar mereka bernilai RM600,000 tapi mungkin masih ingin menyimpan kenangan, bekas suami sanggup beli RM750k dan cuma ambil RM300K sahaja dan bakinya milik isteri. Tapi sebab marah dan benci, isteri tolak.
Perempuan Kalau Dah Marah…
Baca kisah menarik perkongsian rumahtangga ini dan bayangkan betapa rugi bila buat keputusan dalam keadaan marah..
Perempuan, kalau dah marah…..
Ada sepasang suami isteri ni, kami uruskan penceraian mereka 2 bulan yang lepas. Sekarang dah dapat Dikri Nisi (Sijil Perceraian).
Mereka ada sebuah rumah yang agak besar, di atas nama bersama. Nilai pasaran RM530k.
Isteri nak jual, katanya tak nak ada kenangan dah rumah tu. 15 tahun mereka tinggal di rumah tu sebagai suami isteri, bila bercerai, rumah tu pun patut tiada.
Marah sungguh dia. Akhirnya, melalui ejen, dapat pembeli yang setuju beli rumah tu dengan harga RM600k.
Si suami ni mungkin masih sayang kat rumah tu. Katanya dia sanggup beli rumah tu dengan harga RM750k.
Tapi si isteri tak nak. Mati-mati dia tak nak dengar langsung apa saja kata suaminya. Si suami minta saya pujuk isterinya. Katanya dia sanggup terima syer dia sebanyak RM300k sahaja, selebihnya bagi kat isteri.
Saya cuba la juga pujuk. Saya kata, bukankah lebih baik ambil nilai yang lebih tinggi. Dia juga yang untung. Harga melebihi nilaian. Banyak perkara lain dia boleh guna dengan duit tu.
Tapi dia nekad. Katanya kalau dia dah benci, tak perlu cakap apa lagi. Dia tak nak rumah tu jadi milik suaminya juga. Dan dia marah saya, katanya saya menyebelahi suaminya yang terbukti curang.
Sekarang apa yang dia kata, itulah yang muktamad. Jangan cakap apa-apa lagi, tak perlu nak pujuk-pujuk. Jadi, apa nak buat, kan. Dah org tak nak. Nak cakap lebih pun tak boleh, nanti kita juga yang salah.
Lalu mereka tandatangan perjanjian jual beli dgn pembeli dengan harga RM600k. Dah bayar deposit sebanyak 10%. Perjanjian dah di setemkan minggu lepas. Sekarang tunggu kelulusan Menteri Besar.
Semalam, si isteri call saya. Suara dah lembut sikit. Dia kata dia ubah fikiran, dia nak jual rumah tu kepada suaminya dengan harga RM750k dengan syer RM300k suami, RM450k isteri.
Saya maklumkan dia, tak boleh tukar dah, sebab perjanjian dah tandatangan, deposit dah bayar & kebenaran dah dimohon. Dan akan ada akibat kalau nak batal perjanjian tu. Dia & suami kena bayar 2 kali ganda wang deposit kepada pembeli. Deposit RM60k, penalti RM60k lagi.
Dia kata, dia akan kembalikan deposit bagi syer dia tapi dia suruh suami bayar denda tu.
Lalu saya tanya suaminya. Suaminya kata dia tak nak dah, teruskan dengan perjanjian sedia ada.
Dan saya maklumkan isterinya. Lalu mengamuk lagilah. Saya pun dah rasa nak geram dah. Saya tanya, dari awal, kami dah pujuk, kami dah maklumkan kebaikan berpihak kepada dia. Tapi kenapa tak nak setuju sedangkan suami dah bagi pilihan, bagi masa.
Sekali lagi saya kena marah. “You tak rasa diri dicurangi. Kalau you rasa, baru you tahu macam mana perasaan marah tu.”
Saya diam. Bukan sebab setuju, tapi tak nak besarkan hal itu. Dan saya juga harap saya tak dicurangi. Aamiinnn….
Perjanjian tetap perjanjian.
Yang curang tetap dah curang.
Tak semua benda kita boleh atur.
Tak semua benda kita nak org ikut cakap kita, hanya kerana kita di pihak yang teraniaya.
Sebab kalau kita berdendam, akibatnya lebih buruk kepada diri sendiri.
Kepada para perempuan & diri saya sendiri, bila terjadi perkara seperti di atas, fikirlah untuk diri kita. Ambil apa saja kelebihan yang ada. Berfikir dengan tenang. Betulkan niat. Jangan dendam lama-lama.
Saya beritahu sesuatu ye. Macam kes di atas, si suami tu boleh je beli semula rumah tu dari pembeli tu, kalau dia nak. Tak perlu pun dia nak persetujuan isterinya. Tapi dia cuba cara terbaik sebab dia pun sedar, dia juga ada kesilapan. Sebab tu dia nak beli dengan harga lebih mahal. Supaya isteri dapat duit lebih, sayang tu masih ada. Tapi dah isteri tak nak.
Seorang suami sempat ajar isteri mengucap dua kalimah syahadah, selang sejam suami pula pergi buat selamanya. Memang sehidup semati.
Selang Sejam Setengah Suami Pula Pergi Selamanya
Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.
Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap.
Pada mulanya, sang isteri, Sitti Saniah, 74, telah meninggal dunia jam pada jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 pada malam yang sama.
Sempat Ajar Isteri Mengucap
Menurut Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.
Selepas itu, selang kira-kira sejam setengah, dia pula meninggal dunia. Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.
Seorang yang rajin beribadah dan menjadikan membaca Al-Quran sebagai rutin harian.
Manakala sebuah kisah yang hampir serupa juga berlaku di tanah seberang, di Makasar, Sulawesi, Indonesia di mana sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia betul-betul sehidup dan semati apabila mereka berdua pergi mengadap Ilahi pada waktu yang hampir sama iaitu selang beberapa jam saja.
Subhanallah gambar pasangan sehidup semati ini telah tular di media sosial oleh pengguna Facebook bernama Bidan WhanyRannu.
Kongsi Bidan, pasangan berkenaan bernama H Batry Selkam dan isterinya Maimunnah Yunus. Kedua mereka meninggal dunia pada waktu yang hampir sama cuma berbeza 12 jam.
Maimunnah Yunus lebih dahulu meninggal dunia pada Ahad 4 Ogos 2019, pukul 1.30 tengah hari sebelum disusuli suaminya, Batry Selkam pada pukul 1.40 pagi Isnin, 5 Ogos 2019.
Pasangan ini warak. Suami bekas guru manakala isterinya pula merupakan seorang guru mengaji di sebuah sekolah rendah. Apa yang sangat menarik ialah orang yang menziarahnya ialah jenazah kedua-duanya kelihatan seperti sedang tidur, tenang dan tersenyum indah, Masya Allah…
Mingguan Wanita : Setiap yang hidup pasti mati, beruntung bagi pasangan yang ditakdirkan untuk sehidup semati. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman. Amin.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...