Ayah ini, Khabbab Jamalludin menerapkan satu didikan dalam diri anak-anaknya agar tak terlalu memilih makanan. Jika yang dihidang depan mata cuma lauk ikan sungai, tetaplah juga anak-anak perlu nikmati dengan penuh kesyukuran.
Bagus sebenarnya kerana melatih diri agar tidak terlalu cerewet mempersoalkan rezeki yang diperoleh. Terutama bab makan harian. Sejak dari kecil lah sebaiknya, anak-anak dididik dengan cara sebegini.
Dalam masa yang sama, mak ayah punya emosi yang sama. Barulah tidak seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Hadamkan perkongsian bapa ini. Ada poin bagus yang boleh dijadikan panduan mak ayah. Penutup itu yang lucu. Sebab, ada juga mak ayah yang terbuat kan..
Pada saya,
Masakan, makanan yang kita masak dan hidangkan kepada anak anak
adalah antara sebahagian daripada didikan kita buat mereka.
Ads
Selain daripada mengajar peri penting mencari makanan yang halal dan baik, kita juga mengajarkan mereka ilmu untuk bergaul dengan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan suasana.
Dalam bab lauk misalnya.
Saya tak akan masak hanya yang mereka suka.
Tapi perlahan lahan memperkenalkan mereka dengan lauk yang jarang mereka jumpa.
Supaya kalau disuatu masa, lauk itu sahaja yang ada.
Samada kerana tak mampu atau itu yang dijamu.
Ads
Tak Terlalu Memilih Makanan, Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diterima
Mereka tetap boleh bersyukur dengan rezeki yang mereka terima.
Alhamdulillah, sekarang mereka tak terlalu memilih.
Ikan laut ke, ikan sungai ke semua mereka makan.
Macam hari ini jumpa ikan puyu dekat pasar.
Jadi selain masak ayam gulai lemak cili api yang mereka ‘confirm’ makan
Saya selitkan juga ikan puyu goreng dan gulai.
Dan semua wajib ambil dan rasa.
Sikit pun tak mengapa.
Ads
Suka tak suka saya tak kesah, yang penting mereka dah cuba.
Sebelum makan saya juga mengajarkan mereka sifat sabar.
Mereka taat diam berdiri menunggu di samping meja sampai saya selesai ambil gambar.
Mingguan Wanita : Bila tak terlalu memilih makanan, makan berhidang satu keluarga pun boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan.
Masih ramai menantu yang tak sebulu dengan mentua disebabkan cara teguran salah atau mungkin kerana pasangan anda seorang anak Mak.
Ya, macam mana pun anda terpaksa belajar mengalah dan redha dengan kehidupan yang dilalui. Namun kalau dah tak mampu hidup sebumbung eloklah anda baca artikel oleh saudara Muhammad Naim Sulaiman untuk kesedaran bersama, baik perempuan atau lelaki anda patut berganjak…
Jangan Drastik, sabor dulu.
Tak kena mesej begitu. Tak detail. Ambil pandangan ulama, bukan pandangan logik akal dengan kes-kes negatif yang telah berlaku sebelum ini, menghukumkan ianya akan sama dgn mertua kita. Dok betul pegangan gitu.
Suami hanya wajib mengasingkan isteri apabila berlaku perselisihan faham diantara ipar dan mertua saja. Bukan terus asingkan.
Sebenarnya banyak manfaat drp mudhorat bila dekat dgn mertua. Bukan org lain pun, taraf ibu. Bukan semua mertu mcm cerita “ibu mertuaku”.
Si isteri abelajar sedikit sebanyak perangai suaminya dan kegemaran suaminya daripada ibu mertuanya. Dan harus diingat, ibu kepada suami masih ditempat utama daripada isteri dalam taggung jawab suami, sebagai kebajikan anak lelaki. Isteri di tempat kelima dalam turutan taggung jawab suami dalam islam.
Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertua
Bapa mertua
Isteri
Anak-anak
Namun isteri wajib meletakkan suaminya no.1 dalam kewajipan taggjawab dan kebajikannya.
Suami
Anak-anak
Ibu kandung
Bapa kandung
Ibu mertu
Bapa mertua
Bagi mertua yang keseorangan dan uzur, haram bagi anak dan menantunya meninggalkannya demi kepentingan sendiri kerana hilang berkat ibu pad aanaknya.
Redha Allah terletak pada redha ibu. Jika ibu mati, ibu mertualah seterusnya. Jika tiada masalah, tak usah asingkan terus. Jangan sombong menerima teguran atau sindiran mertua kerana dia menegur seperti menegur anaknya, bahkan anak sendiri lagi teruk kena tegur, tapi tak pernah meninggalkan ibunya. Dia ibu, berhak menegur jika ada salah.
Maka ulama berpendapat, jika teguran atau sindiran yang sengaja membawa perbalahan, maka barulah wajib suami mengasingkan isterinya. Kena teliti satu persatu. Bukan drastik. Tak semua mereka baru berkahwin punyai penuh ilmu rumah tangga. Maka ibu bapalah pendorong ilmu.
Tambahan tertinggal:
Soalan:
Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yg tinggal bersama mertua?
Jawapan:
Dengan teliti ulama menjawab dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal dirumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa maka terlepas nafkah tempat tinggal.
Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan.
Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara wajib diambil kira. Ada tandas yang suku untuk isteri antara yang kena jaga. Ada ruang untuk isteri membuka auratnya.
Setengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yang dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yang melibatkan kewangan yang besar, mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yang ditetapkan syarak.
Ulama menjawab untuk kemudahan orang awam. Nak ikut silakan tak nak tak mengapa. Sebagai contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab, tapi baginda tidak makan Dhab. Nak makan silakan, tak makan pun tak apa. Sama seperti tinggal bersama mertua. Nak duk sekali boleh, tapi jagalah perkara-perkara yang sensitif. Nak duk asing pun boleh tak mengapa.
Jawapan untuk kemudahan orang ramai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang rider terlantar dan tidak boleh berkerja selepas terlibat dalam kemalangan, dugaan berganda bila isterinya pula keguguran.
Masalah yang datang bertimpa-timpa ini sudah tentu membuatkan pasangan muda ini sedih dengan takdir yang dilalui.
Dugaan Berganda Bila Isteri Keguguran
Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemalangan pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.
Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam, Langkawi, Kedah, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.
Rider Terlantar
“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.
“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengandung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.
Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Isteri saya yang tidak bekerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.
“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya ke hospital,” ujarnya.
Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung keperluan hariannya.
“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah sebanyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586. Hulurkan tangan, ringankan beban keluarga ini untuk meneruskan hidup.
Hilangnya kecantikan seorang isteri apabila dia tidak lagi berlembut dengan suaminya walaupun orang luar mengagumi kecantikannya. Ramai wanita menghargai kecantikan rupa paras, kerana itu adalah anugerah yang mampu menarik perhatian ramai. Namun, keindahan luaran hanyalah kelebihan yang dinikmati oleh mata.
Hilangnya Kecantikan Seorang Isteri Apabila Dia Tidak Lagi Berlembut Dengan Suaminya
Dalam sebuah perkahwinan, yang benar-benar menambat hati suami bukan hanya pada kecantikan fizikal, tetapi juga kelembutan, akhlak, dan cara seorang isteri melayani suaminya. Kecantikan akhlak seorang isteri lebih berharga daripada kecantikan rupa paras semata-mata.
1. Kelembutan Seorang Isteri adalah Pemanis dalam Hubungan
Kelembutan hati seorang isteri adalah anugerah yang mampu memperkuatkan ikatan kasih sayang di antara suami dan isteri. Apabila seorang isteri bercakap dan melayani suaminya dengan penuh lemah lembut, ia bukan sahaja menenangkan jiwa suami, tetapi juga meningkatkan kepercayaan dan rasa hormat antara mereka. Kelembutan yang lahir dari hati menambahkan keindahan dalam hubungan mereka, walaupun mungkin kecantikan fizikal semakin pudar seiring waktu.
Di mata orang lain, mungkin seorang wanita itu dipuji kerana kecantikannya, tetapi bagi suaminya, kelembutan dalam bicara dan tindakan jauh lebih bernilai dan diingati.
2. Kecantikan Lahiriah adalah Sementara, tetapi Akhlak Kekal Abadi
Kecantikan wajah hanyalah sementara. Seiring usia, perubahan fizikal pasti berlaku. Kulit yang tegang akan menjadi kendur, dan rambut yang hitam akan beruban. Namun, kecantikan hati dan akhlak seorang isteri tidak akan hilang walau usia bertambah. Akhlak yang baik sentiasa terpahat di hati dan kekal dihargai oleh pasangan hidup kita.
Akhlak yang indah merangkumi kesabaran, keikhlasan, dan kejujuran dalam melayani suami. Semua ini adalah aset kekal yang membentuk keharmonian dalam hubungan suami isteri.
3. Cara Layanan yang Menyenangkan Mewujudkan Rasa Hormat Suami
Seorang isteri yang selalu menghormati suaminya akan menerima penghargaan yang sama. Rasa hormat itu tidak datang semata-mata kerana kecantikan wajah, tetapi lebih kepada cara seorang isteri melayani dan memuliakan suaminya. Sifat menghargai suami, bertoleransi, dan menghormati keputusan suami adalah cara yang dapat memikat hati suami walaupun setelah bertahun-tahun berumahtangga.
Apabila isteri menunjukkan rasa hormat kepada suaminya, suami juga akan terdorong untuk lebih menghormati dan menghargai isteri, mewujudkan keseimbangan yang kukuh dalam perkahwinan mereka.
4. Kecantikan Akhlak yang Mendidik Anak-anak dengan Contoh Terbaik
Anak-anak belajar dengan mencontohi, dan sebagai ibu, akhlak yang baik yang ditunjukkan kepada suami akan menjadi teladan buat mereka. Jika seorang isteri sentiasa berlembut dengan suaminya, bersabar dalam menyelesaikan masalah, dan menjaga keharmonian keluarga, anak-anak akan belajar untuk menghormati kedua-dua ibu bapa dan turut membesar dengan nilai-nilai murni.
Seorang isteri yang berakhlak baik tidak hanya mencipta kebahagiaan buat dirinya dan suaminya, tetapi juga menyemai contoh yang baik buat generasi seterusnya.
5. Kelembutan Mampu Melembutkan Hati Suami yang Mungkin Keras
Dalam kehidupan berumahtangga, akan ada masa-masa suami atau isteri diuji dengan tekanan atau emosi negatif. Kelembutan seorang isteri dalam saat-saat seperti ini mampu menjadi pengubat hati suami. Apabila suami berasa tertekan atau menghadapi masalah, sikap isteri yang tenang, sabar, dan memberi sokongan dapat meringankan beban emosi suami.
Berbanding dengan kecantikan wajah yang hanya menyenangkan mata, kelembutan hati isteri mampu melembutkan hati suami, membawa kedamaian dan kebahagiaan dalam perkahwinan.
6. Mencari Keberkatan dalam Perkahwinan melalui Akhlak yang Terpuji
Dalam Islam, suami dan isteri adalah pasangan yang berkongsi kehidupan untuk mencari keberkatan Allah. Seorang isteri yang sentiasa berlemah lembut, tidak berkasar atau menyakiti hati suaminya, adalah seorang yang berusaha untuk meraih keberkatan dalam rumah tangganya. Kecantikan akhlak seorang isteri menjadi rahmat buat perkahwinan, yang membawa sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang), dan rahmah (rahmat) dalam hubungan mereka.
Kecantikan rupa mungkin memikat hati, tetapi kecantikan akhlak adalah yang mengekalkan perhubungan dalam redha Allah.
Kesimpulannya kecantikan rupa paras seorang isteri mungkin dihargai oleh mata manusia, tetapi kecantikan akhlak adalah harta sebenar yang dinikmati oleh hati suami. Seorang isteri yang selalu berlembut dengan suaminya, menghormati, dan melayani dengan hati yang ikhlas akan meninggalkan kesan mendalam dalam perkahwinan mereka.
Walaupun kecantikan fizikal semakin pudar dengan usia, akhlak yang baik akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh pasangan, mencipta kebahagiaan yang kekal dalam rumah tangga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!