Sekarang ini, hand sanitizer seperti menjadi keperluan yang wajib di bawa ke mana-mana. Mesti kena ada dalam beg untuk kegunaan semasa di luar rumah. Begitu juga, bila anak dah mula persekolahan, memang kena bekalkan untuk mereka.
Biasanya, mak-mak akan berikan hand sanitizer jenis spray dan tak kurang juga yang lebih suka dengan jenis gel pada anak-anak untuk jaga kebersihan. Malah, guru pun turut menyarankan untuk bawa ke sekolah. Penting untuk jaga kebersihan diri.
Namun, kegunaan hand sanitizer ini bukan untuk anak-anak ambil perluang bermain-main mahu pun dijadikan alat untuk bergurau. Lebih-lebih lagi hand sanitizer jenis spray. Bagi anak-anak, dianggap itu tidak bahaya dan seronok bergurau dengan kawan-kawan.
Hakikatnya, kita tak tahu apa kesan kalau tertelan atau termasuk dalam mulut. Inilah yang berlaku pada Amamr Harraz, 7 tahun, anak sulung Siti Zubaidah Mahamad yang dikongsikan dalam Facebooknya. Boleh dijadikan pengajaran.
Walaupun, doktor mengatakan ia berpunyai daripada keracunana makanan tapi, ‘instinct’ ibu tetap mengatakan puncanya daripada hand sanitizer, daripada apa yang diceritakan oleh anaknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Penyangkut Baju Plastik Patah, Nampak Simple Tapi Bahaya, Peringatan Buat Mak-Mak
BAHAYA Sapu Bedak Talkum Dekat Muka Anak, Boleh Akibatkan Masalah Pernafasan!
Info Lebih Menarik DI SINI
Hand Sanitizer – Jangan Dibuat Main
Selepas 2 hari sesi persekolahan bersemuka.
Lebih kurang jam 1.00 pagi, Abang Harraz mula muntah-muntah dan tak berhenti. Bila mama sapukan minyak angin pada perut, dia mengadu sakit.
“Setiap selang 5 minit, dia muntah sehingga satu tahap, dia muntah keluar angin sahaja. Jam 2.30 pagi, kami ambil keputusan untuk bawa ke hospital sebab dia kelihatan cukup penat. Pada jam 3.30 pagi, terus di bawa ke pusat Kecemasan HUKM dan dia muntah tak berhenti-henti, walaupun sudah diberi air garam.Jadi, doktor ambil keputusan untuk on drip.
“Bila ambil ujian darah, dapati sel darah putih agak tinggi dan doktor suspek anak ada jangkitan kuman. Anak kena buat x ray pula untuk tengok keadaan paru-paru dia. Selepas jam 6 pagi, barulah dimasukkan ke dalam wad.
“Apa yang doktor beritahu, kemungkinan Harraz keracunan makanan dan doktor bagi cadangan supaya anak bawa bekal ke sekolah. Tapi, sebenarnya tak pasti Harraz makan apa yang boleh menjadi punca keracunan makanan.
Cerita Susulan….
Semasa di hospital, Harraz menangis nak balik. Jadi, mama ajak borak-borak tentang perkara yang paling dia suka masa di sekolah.
“Jadi, dia cerita perasaan seronok ke sekolah sehinggalah saya rasa inilah penyebab ‘keracunan’ dan bukannya keracunan makanan. Bukan FOOD POISONING tapi the REAL penyebab POISONING..
“Nak tau apa? Sanitizer jenis spray!!
“Dia cerita kawan dia main spray-spray sanitizer dekat muka. Bukan sekali tapi banyak kali. Jadi dia tutup mata dengan tangan tapi mulut terbuka dan dia TELAN cecair sanitizer tu masuk mulut. Mama speechless dan ras mungkin inilah punca dia muntah-muntah.
“Betul! Kanak-kanak memang tidak tahu bahaya sanitizer ini. Dia rasa semua benda boleh dibut main. Kalau dia tak bercerita tentang ini, sampai sudah saya ingat dia food poisoning..
“Saya turut bercerita dengna doktor pakar kanak-kanak, doktor pun geleng kepala dan beritahu kemungkinan inilah punca dia muntah-muntah dan cirtit birit.
Jadi, pengajaran di sini mak dan ayah kena ajar bahaya sanitizer pada anak-anak. Jadikan kisah ini sebagai amaran dan pengajaran buat kita.
Walaupun doktor tidak beritahu dan pastikan yang hand sanitizer ini menjadi puna utama Harraz muntah dan cirit tapi kita sebagai mak ayah boleh ambil langkah awal untuk berhati-hati dan sebagai langkah keselamatan anak kita.
Doktor ada bagitau, banyak kemungkinan, boleh jadi keracunan makanan atau keracunan disebabkan hand ssanitizer. Jika bukan sebab hand sanitizer pun, saya tetap rasa ia sangat bahaya.
MW: Kadang-kadang anak ni tak tahu bahaya atau tidak dan ingat boleh dibuat main-main. Jadi, mak ayah kena ajar dan beritahu anak.
Sumber: Siti Zubaidah Mahamad
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI