
Pelakon Ashraf Muslim, yang juga bapa kepada empat orang anak ini berkongsi tip mendidik anak bongsunya baca Iqra. Jelas terpancar kesabaran bapa ini semasa mengajar Iqra di rumah.
Pesan Ahsraf tak perlu nak marah-marah anak kecil jika tersalah baca. Asalkan anak bongsunya Safiyyah selesa dengan pengajarannya.
Sememangnya mengajar anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada kedua ibu bapa. Begini Ashraf kongsikan cara bertenang ajar anak mengaji.
“Kira boleh bacalah tu..” tulisnya yang turut berkongsi video Safiyyah membaca Iqra.
“Bukan senang nak ajar si Safiyyah yang 3 tahun ni. Tapi bila dia tengok abang-abang dan kakak dia baca, dia pun nak jugak. Itupun kita dah seronok.”
Tipnya Sabar, Tak Perlu Marah-marah Kalau Anak Salah Baca Iqra
Nak ajar anak baca Iqraq kena sabar dan bagi dia minat serta suka untuk baca. Jangan marah-marah anak-anak kalau salah baca. Bagi anak-anak selesa.
InsyaAllah road to read Al-Quran akan tercapai tak lama lagi. Nak sangat anak-anak cepat baca Quran supaya dia boleh jadikan amalan dia setiap hari.
Kepada mak ayah ingatlah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.
Didiklah dengan penuh kasih sayang dan janganlah sesekali berputus asa. Urus masa kita dengan baik bukan sahaja untuk kerja, tapi keluarga pun nak kena ada masa.
InsyaAllah barulah berjaya dunia dan akhirat.
Ashraf Muslim mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Perkahwinan bersama Noor Dayana dikurniakan cahaya mata lelaki, Anas.

Dan perkahwinan bersama Sakinah, diserikan dengan kehadiran, Sarah, Adam dan Safiyyah.
- Baca juga :
- Korang tak kena Covid sebab tu ambil mudah, Covid ni belasah semua, balik rumah mandi dulu – Ashraf Muslim
- ‘Doakan ayah, sungguh-sungguh rindu sangat’ Ashraf Muslim diuji positif Covid-19.
- Terima kasih Allah memilihku sebagai pesakit Covid-19, syukurku merasa nikmatnya – Ashraf Muslim
- Doa Ashraf Muslim sebelum tinggalkan dua isteri dan anak-anak ke Makkah.
Sumber/Foto : Ashraf Muslim
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SIRIM Tegaskan Tak Pernah Uji Produk Skin Dessert, Founder Muat Naik Gambar Depan Bangunan Mereka

SIRIM tegaskan tak pernah uji produk Skin Dessert, founder muat naik gambar depan bangunan mereka. Rezeki ada berbagai cara. Ramai yang ingin kaya tapi kaya yang bagaimana, tepuk dada tanya selera. Tak salah jadi kaya dan itulah yang dicari oleh ramai manusia.
Dalam pada itu isu mengenai produk mengandungi racun berjadual dan disebut sebagai produk timbang kilo mula meraih perhatian ramai selepas kosmetik Skin Dessert antara yang disenaraikan dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah lima hari lalu.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dalam sidang media memaklumkan, telah membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut ialah Sweet 13 Skincare Treatment Cream, Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer dan Skin Dessert Cream, masing-masing mengandungi merkuri manakala Haemun Cream mengandungi miconazole dan Karisma Birds Nest Gel (hydroquinone dan tretinoin).
“Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Notifikasi produk kosmetik terbabit dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya dalam kenyataan lima hari lalu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– ‘6 Tahun Saya Tunggu Muka Elok..’ Wanita Ini Dedah Padah Guna Krim Timbang Kilo
Dalam pada itu, di fb seorang founder Skin Dessert, Zirra Abdullah ada memuat naik kenyataan bahawa dirinya tidak berdiam diri dan memohon doa dari semua orang selepas produknya antara yang disenaraikan oleh pihak KKM mengandungi racun berjadual.
Isu ini tidak habis kerana selepas produk ini diban oleh KKM, pihak Sirim ada membuat kenyataan seperti di atas pada fb founder berkenaan pada perkongsian 4 Oktober lalu.

“SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi kosmetik@sirim.my.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
DIUJI KANSER PAYUDARA DAN SUAMI PULA MENGIDAP BUAH PINGGANG KRONIK.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Giliran Hairul Azreen Jaga Anak, Hanis Zalikha Luangkan ‘Me Time’ Dengan Kawan-Kawan Ke Korea

Bukan mudah menguruskan anak-anak dan keluarga.Bagi seorang isteri adakalanya perlukan masa untuk diri sendiri atau ‘Me Time’ bagi melakukan perkara yang dia suka.Tak kiralah pergi membeli belah ke, pergi spa ke, salon ke, makan-makan secara sendirian mahupun sekadar keluar dengan kawan-kawan. Bahkan dapat keluar sekejap pergi supermarket, jalan-jalan cuci mata tanpa anak-anak pun dah boleh buat isteri bahagia.
Para suami kena faham, ‘Me Time’ ini bukanlah bermaksud seorang isteri itu hanya pentingkan diri sendiri. Setiap isteri perlukan ‘Me time’ nya sendiri untuk meredakan emosinya yang penat, melepaskan lelah seketika setelah bertungkus lumus menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Alah, bukannya selalu pun! Percayalah para suami, isteri yang dapat ‘me time’ nya sendiri, pasti lebih bersemangat untuk berkhidmat buat keluarga tersayang!
Bagi yang mengikuti instagram Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan anaknya Yusuf Iskandar pasti mengetahui, yang pasangan ini telah berjauhan hampir sebulan. Ini kerana Hairul Azreen terlibat dalam penggambaran filem terbarunya ‘Paskal’ di Sabah, manakala Hanis Zalikha hanya tinggal berdua menjaga anaknya, Yusuf Iskandar di Kuala Lumpur.
Setelah habis menjalani penggambaran di Sabah, Hairul telah kembali ke rumah, sementara menunggu untuk menyambung penggambaran filem ini di Turki pula nanti. Apa yang menariknya, dalam tempoh berehat tersebut, Hairul Azreen cukup ‘sporting’, memberi ‘green light’ buat Hanis Zalikha untuk meluangkan masa ‘Me Time’ dengan kawan-kawannya bercuti di Korea. Sekaligus tak kisah untuk menjaga Yusuf Iskandar berdua, sementara isterinya pergi bercuti.
Didalam posting terbaru Hairul Azreen ada memuat naik video pendek, menyatakan Hanis Zalikha akan ke Korea.
“Giliran mommy pulak bercuti dengan kawan-kawan sebelum daddy sambung penggambaran filem ‘Paskal’ di Turki’.”
Namun paling menyentuh hati dan mendapat perhatian pengikutnya, pada ruangan komen Hairul Azreen meluahkan penghargaan buat para isteri yang berkorban menjaga anak-anak serta memahami tugas isteri yang menguruskan rumahtangga.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Hairul Azreen kerana menghargai dan memahami tugasan isteri. Tindakan hairul Azreen memberi isterinya Hanis Zalikha ‘Me time’ untuk bercuti bersama dengan kawan-kawan ini memang para suami lain patut contohi. Bukan selalu pun! Sesekali berilah ruang buat isteri untuk melakukan perkara yang dia suka, tanpa suami dan anak-anak. Suami bertimbang rasalah dan bertolak ansur pula menjaga anak-anak, kan!
Sumber: Instagram Hairul Azreen
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Banyak Orang Ambil Berat Menyokong Shuhada. Contoh Tauladan Bagaimana Wanita Itu Perlu Bangkit” Peguam Nor Zabetha

Isi Kandungan
Toggle“Banyak orang ambil berat menyokong Shuhada. Contoh tauladan bagaimana wanita itu perlu bangkit” Peguam Nor Zabetha. Begitulah antara ayat yang menjadi penguat semangat yang diluahkan oleh peguam yang membela nasib isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada.
Sebelum ini menerusi akaun Facebook Nor Zabetha meluahkan rasanya tatkala berjumpa dengan anak guamnya, Nurul Shuhada.
“Bersama anak guam saya, Puan Shuhada Sukri. Waktu dia jumpa saya tadi. Dia salam dia peluk erat. Suasana jadi sepi seketika. Pelukan yang erat dan kuat.
“Dia kuat dan terus ingin kuat untuk anak-anaknya. Katanya dia akan terus usaha. Saya nampak dan rasa semangat juangnya,” tulis Nor Zabetha atau lebih mesra dengan panggilan Kak Beth.
“Banyak Orang Ambil Berat Menyokong Shuhada”
Menerusi perkongsian terbaru, Kak Beth meluahkan tentang posting yang dimuat naik itu, ternyata mendapat pelbagai maklum balas dari orang ramai.
Menerusi komen warganet ramai yang mendoakan yang terbaik buat Shuhada dan Kak Beth namun ada segelintir yang memberi komen negatif dan menyatakan pandangan mereka ‘’kononnya apa yang dimuatnaik oleh Kak Beth merupakan satu kaedah marketing”.
Namun bagi pihak MW kami sentiasa mendoakan agar Shuhada dan Kak Beth sentiasa di permudahkan urusan, dilindungi, dan dibalas dengan sebaik-baik kebaikan.
Sememangnya benarlah apa yang diperkatakan oleh Kak Beth, ramai yang mengambil berat dan menyokong Shuhada. Malah wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga juga boleh mengambil iktibar dari kisah Shuhada. Sebagai wanita kita perlu bangkit!
“Selepas muatnaik semalam, pagi tadi tiba-tiba saya terima notifikasi FB dari pengguna FB berkongsi gambar saya dan Shuhada. Tulisnya, “Lawyer juga yang glemer”.
“Tak perlu saya muatnaik atau screenshot statusnya itu. Biarkanlah dia. Saya tidak dapat mengubah pandangan orang untuk suka kita.
“Waktu Shu hubungi saya, dia maklumkan segalanya. Saya kata pada Shu, banyak orang yang ambil berat dan menyokong Shu. Banyak wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga ingin mengambil iktibar dari kisah Shu. Barangkali Shu boleh jadi contoh dan tauladan, bagaimana wanita itu perlu bangkit.
“Tidak dapat membantu duit, kita bantu usaha, tiada usaha kita bantu sokongan. Suara kita kadangkala menjadi asbab kekuatan seseorang. Cuma malangnya bagi mereka yang sentiasa bersangka buruk dan suka menyebarkan kebencian.
“Semalam saya upload gambar saya dan Shuhada Shukri. Terima kasih atas sokongan semua.
“Selepas muatnaik semalam, pagi tadi tiba-tiba saya terima notifikasi FB dari pengguna FB berkongsi gambar saya dan Shuhada. Tulisnya, “Lawyer juga yang glemer”.
“Tak perlu saya muatnaik atau screenshot statusnya itu. Biarkanlah dia. Saya tidak dapat mengubah pandangan orang untuk suka kita.
“Ada satu dua yang komen. Kononnya kaedah marketing. Biarkan pendapat mereka. Manusia berbeza. Yang jenis mencari kebaikan dan yang kerjanya mencari buruk orang sahaja.
“Tetapi yang buat saya tersentuh betapa komen-komen yang lain yang membela saya. Dari silent reader dan dari follower. Terima kasih kerana membela dan tidak mengadili saya.
Tanda Sokongan pada Shu
“Tiada apalah tujuan lain saya memuatnaik gambar tersebut. Bukanlah kerana menumpang populariti Shu. Hanya sebagai tanda sokongan pada Shu.
“Begini, saya banyak mewakili kes-kes mangsa rumah tangga, mangsa kanak-kanak. Saya membantu NGO mengendalikan kes keganasan rumah tangga.
“Saya banyak berkongsi pentas dengan mangsa keganasan rumah tangga memberikan ceramah dan nasihat di Kementerian. Kepala dibaling dengan alat pemadam api sehingga berjahit di kepala, dipijak dan diterajang.
“Kisah mereka tidak mendapat perhatian. Kadangkala ada mangsa lain yang jadi buntu dan tidak tahu ke mana arah.
“Banyak Orang Ambil Berat & Menyokong Shu”
“Waktu Shu hubungi saya, dia maklumkan segalanya. Saya kata pada Shu, banyak orang yang ambil berat dan menyokong Shu. Banyak wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga ingin mengambil iktibar dari kisah Shu. Barangkali Shu boleh jadi contoh dan tauladan, bagaimana wanita itu perlu bangkit.
“Gambar kami hanya sebagai tanda sokongan bahawa saya banyak memperjuangkan isu ini dan sentiasa memberikan ceramah tetang topik ini.
“Jauh sekali kerana menumpang populariti Shu. Andai kata tidak jadi popular pun tidak apa. Bukan itu yang saya kejar dalam kehidupan. Populariti itu sementara.
Suka Mengikut Influencer Di Media Sosial Yang Banyak Buat Kerja Kebajikan
“Sewaktu mengendalikan kes Cikgu Fadli dengan Atomy dan kes tindakan displin dengan Cikgu Fadli pasal isu beg berat. Saya peguam Cikgu Fadli. Saya tidak pergi bergambar dengan cikgu dan muatnaik atau menghebahkan bahawa saya peguam Cikgu Fadli untuk setiap kali isu hangat berlaku.
“Sehingga orang mula mesej peribadi. “Puan tidak mahu bantu ke? Kesian cikgu”. Bila banyak kali ditanyakan, maka barulah saya tulis di FB kerana anggapannya saya tidak mahu membantu. Bukan begitu, biarlah anak guam saya berbicara. Kerja saya melalui surat, kertas kausa mahkamah dan hujah di mahkamah.
“Saya ada pesan pada Cikgu Fadli, jangan ceritakan apa-apa kerja yang saya lakukan secara percuma. Biar sahaja kami yang tahu. Pada saya, Cikgu Fadli orang baik, dia lantang bersuara untuk mengubah sesuatu.
“Dia tidak pedulikan kecaman. Ada netizen tidak suka, ada kumpulan suka mencari salah dan kerjayanya sebagai guru dia pertaruhkan. Dia tubuhkan Dana Kita dan dia perjuangkan berkaitan sistem pendidikan. Orang begini, segan saya hendak berkira. Dia tidak berkira usaha dan titik peluhnya atau dikecam segelintir kumpulan.
“Tetapi Cikgu Fadli ini orang baik. Dia hargai jasa dan kenang siapa yang membantunya. Dalam sesi Live yang dia adakan sendiri, dia sebut nama saya dihadapan jutaan orang.
“Sehingga hari ini saya ingat ayatnya “Kak beth peguam saya. Peguam yang hebat. Dia memang orang yang baik”.
“Kalau Cikgu tidak sebut nama saya pun tidak apa, saya tetap peguam Cikgu.
“Saya tidak selantang cikgu, bila ada perkara yang kami semua sokong, saya akan ada menyokong cikgu dari belakang. Cukuplah walau secuit bantuan, sudah cukup buat saya rasa bahawa setiap hari ada kebaikan yang saya bawa untuk masyarakat.
“Saya suka mengikut influencer di media sosial yang banyak buat kerja kebajikan. Saya pun mahu berjasa seperti mereka.
“Ada saya kendalikan kes, ibu berusia 60 tahun ini dihalau oleh anak dan menantunya. Mereka seret dia dari tangga rumah, tolak keluar dari pintu rumah “Keluar kau!!”. Menangis-nangis dia setiap hari.
“Saya bantu. Kami saman anak dan menantunya, masih dalam proses. Dihalau begini, hendak makan dan minum pun perlu berfikir-fikir tetapi dia jadi segan.
“Berulang kali dia sebut ingin juga bayar yuran guaman jika dapat duit kerana tiada siapa mahu ambil kesnya. Saya berikan khidmat pro bono (percuma). Mahu diwakili peguam itu bukan murah harganya untuk wanita berusia yang dihalau dan dikhianati oleh anak sendiri. “Makcik tak payah susah hati. Toksah duk pikir pasal nak bayaq saya. Jangan nangis pasal depa, nanti makcik sakit”.
“Anak guam begini, tidak buat saya popular tetapi jika saya menjadikan mereka ‘content’ dan memaparkan wajah mereka untuk setiap seorangnya yang saya bantu dengan wajah kesedihan, pastinya saya jadi popular.
“Kanak-kanak yang saya bantu selamatkan sehingga bebas dari tangan pendera, bayangkan kalau dijadikan ‘content’ dan dipaparkan wajahnya “Peguam berjiwa rakyat! Peguam Mulia”. Kata netizen.

“Tetapi matlamat saya bukan content. Matlamat saya bahawa cukup saya memelihara dan melindungi mereka. Matlamat saya untuk hati yang tenang bahawa Amanah Allah dengan kedudukan dan pangkat saya, saya jaga dan saya kongsi sama-sama.
“Tenang setiap kali mendapat mesej, “Puan terima kasih bantu keluarga saya. Saya takkan lupa jasa puan”. Kadang-kadang ada mesej ucap terima kasih tetapi saya tidak ingat. Tetapi harga keseronokan berjaya membantu sangat “mahal” buat saya.
“Hati saya tenang. Rezeki saya murah dan saya dikelilingi orang yang baik-baik. Terima kasih semua. Entah kenapa sebak saya menulis tulisan ini.
“Membaca komen-komen kalian setiap kali memberi sokongan buat saya rasa bahawa betapa kuatnya sistem sokongan kita dalam masyarakat.
“Tidak dapat membantu duit, kita bantu usaha, tiada usaha kita bantu sokongan. Suara kita kadangkala menjadi asbab kekuatan seseorang. Cuma malangnya bagi mereka yang sentiasa bersangka buruk dan suka menyebarkan kebencian.
“Terima kasih semua. Salam kasih dan hormat di atas segala sokongan dan kebaikan kalian,” luah Nor Nor Zabetha.
“Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Shuhada”
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan Shuhada dan juga peguamnya Nor Zabetha.
Baca Disini : Shuhada Anggap 10 Jahitan Di Pipi ‘Hadiah’ Hari Jadi “Nasib Baik Tak Kena Dekat Mata, Nanti Buta Sebelah Lagi Susah”
Sumber / Sumber Foto : Facebook Noor Zabetha
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI