
Isi Kandungan
ToggleEsok bermulanya bulan puasa yang cukup dinantikan kehadirannya. Setiap kali waktu berbuka, selain juadah makanan yang lazat, minuman yang sedap juga turut mendapat perhatian untuk disediakan setelah seharian menjalani ibadah berpuasa ini. Jika mak-mak inginkan minuman yang sejuk, berlemak, manis dan kaya dengan pelbagai khasiat buah-buahan,boleh lah mencuba resipi air viral ‘Dragon Mix Fruits’ yang merupakan kegemaran keluarga Nur Yushanun Yusof ini.
Berikut antara perkongsian resipi minuman ini;
“Saya nak kongsikan air yang menjadi kegemaran keluarga saya, kalau time berbuka memang berebut kami adik beradik.Senang jer resepinya.”
Dragon Mix Fruits
Bahan-Bahan:
Buah Naga Merah
Buah Mangga Masak
Anggur Manis
Laici tin (sekali air)
Susu Pekat Manis
Air masak
Ais batu
Cara Membuat:
1. Potong dadu semua buah-buahan tersebut.
2. Campurkan semua bahan-bahan dalam satu bekas kemudian masukkan ais batu.

Posted by Nur Yushanun Yusof on Monday, 14 May 2018
Siap untuk diminum!
Pewarna adalah dari buah naga, tak perlu campur apa-apa pewarna.
Selamat Mencuba!
Sumber: Nur Yushanun Yusof
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Dah Meninggal Ye, Bila Mama Nak Bangun?”

Isi Kandungan
ToggleSesungguhnya mati itu PASTI. Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Tragedi kemalangan maut melibatkan 6 kenderaan awal pagi semalam cukup meruntun hati. Yang paling terkesan pastinya, anak-anak yang masih kecil belum ‘faham’ maksud kematian serta waris mangsa kemalangan yang terlibat.
“Mama dah meninggal yer, bila mama nak bangun?” kata Syurafa’ Muhamad Hisyam, 2, selepas mendengar berulang kali perkataan meninggal dunia apabila keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng, Perak, semalam.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, kereta Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga merempuh belakang Honda Civic yang berhenti kerana terdapat kemalangan di hadapan.
Ibu & Kakak Meninggal
Rempuhan itu menyebabkan ibunya, Ummu Maisarah Kamaludin, 33, yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Syaima’ Muhamad Hisyam, 5, yang duduk bahagian penumpang depan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
Adik ipar kepada arwah Ummu Maisarah, Muhammad Hatem Zakaria, 28, berkata, ketika kejadian abangnya, Muhamad Hisyam Zakaria, 35, bersama isteri (Ummu Maisarah) dan tiga anak perempuan mereka iaitu Syifa’, 9; Syaima’ dan Syurafa’ dalam perjalanan dari Petaling Jaya menuju Pendang, Kedah untuk menghadiri kenduri aqiqah sepupu selain bercuti.
Menurutnya, mereka sekeluarga keluar rumah pada 4 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Saya mengetahui kejadian itu selepas abang (Muhamad Hisyam) menghubungi ayah memaklumkan kejadian sebelum kami bergegas ke Perak.
“Jenazah kakak ipar (Ummu Maisarah) dan anak buah (Syaima’) selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 8 malam tadi,” katanya.
Merengek Cari Arwah Ibu & Kakak
Muhammad Hatem berkata, buat masa ini, Syifa’ seperti mengerti mama dan adiknya itu sudah tiada berbanding Syurafa’.
“Selepas dia mendengar perkataan meninggal dan melihat mama dan kakaknya itu dikebumikan, dia tertanya-tanya bila mereka akan bangun selain asyik menyebut nama mereka.
“Malam tadi pun, dia sukar tidur dan sering mencari mamanya walaupun kami cuba menarik perhatian dengan mengajak dia main bersama sepupunya yang lain.
“Selain itu, abang (Muhamad Hisyam) masih fobia untuk memandu kereta,” katanya.
Semalam, kemalangan membabitkan treler Hino, Perodua Myvi, lori yang belum dikenal pasti, Volkswagen Passat, Honda Civic dan Proton Perdana dengan keseluruhan 10 mangsa termasuk dua cedera dan dua maut.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi menyebabkan kereta itu berpusing dan berhenti di lorong kanan sebelum sebuah lori tidak dapat dipastikan memperlahankan kenderaan.
“Volkswagen Passat di belakang lori itu memperlahankan kenderaan serta menyalakan lampu kecemasan, diikuti Honda Civic namun Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga gagal mengelak lalu melanggar belakang Honda Civic.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Ajal menjemput tak kira masa dan peringkat usia. Paling terkesan pasti anak-anak yang masih kecil, rasa kehilangan dan masih mengharap kasih sayang daripada insan tersayang. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sepasang Kembar Lelaki Dan Perempuan..’ Buat Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bersyukur

Memasuki awal Muharram ini, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengumumkan berita gembira tentang kehamilan kembar kali kedua isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos. Suami isteri ini bersyukur kerana bakal menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan.
Dr Halina yang hamil pada usia 39 tahun ini, juga kelihatan sihat. Dan kehamilannya itu sudahpun 22 minggu. Angkasawan negara ini mendapat tahu akan jantina kembarnya itu ketika menemani isteri membuat pemeriksaan antenatal di hospital swasta.
Baca sini : Dr Halina hamil kembar lagi, Dr Sheikh Muszaphar sama-sama naik berat.
Berita gembira ini dikongsikan oleh suami isteri ini di laman instagram masing-masing. Tentunya ayah kepada empat orang cahaya mata ini begitu teruja apabila mendapat tahu isterinya hamilkan sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan.
“Alhamdulillah – it’s a pair .
A Boy and A girl .
Truly excited …
Dr Halina is 22 weeks pregnant now .
Still a long way to go …
Do pray for her well being Everyone .
Amiinn ….
Love As Always …”
Katanya lagi, anak kembarnya itu berkedudukan sebelah-menyebelah di dalam rahim ibunya.
Kembar Pertama Lelaki, Kembar Kedua Perempuan
“Twinning in hot pink with my obgyn Dr @fara.azura today!! Both babies are looking good at 22 weeks old.” Haa.. bukan saja bayi yang kembar, malah baju Dr Halina dan doktor pakar yang membuat pemeriksaan ke atasnya pun sama warna.. PINK.
Selain memaklumkan kedua-dua bayi kembarnya itu dalam keadaan baik pada usia 22 minggu ini, kembarnya juga mencapai berat, kembar pertama, 485gram manakala kembar kedua beratnya 458 gram.
“Mommy punya berat.. toksah cakaplah.” tulisnya. Apa pun Dr Halina bersyukur dan terharu dengan berita yang baru diterimanya hari ini.
“InshaAllah, twin 1 is a boy and twin 2 is a girl. Allahuakbar!” yang mana kembar pertamanya adalah lelaki, manakala kembar kedua adalah perempuan.

Bermakna, keluarga besar Dr Sheikh Muszaphar akan meriah dengan 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan.
Sebelum ini pun, pasangan ini mempunyai pasangan kembar lelaki, Sheikh Noah dan Sheikh Adam. Manakala cahaya mata sulung dan keduanya, Sopheoa Isabella dan Sophea Natasha.
MW : Mendoakan semoga Dr Halina melalui proses kehamilan kembar yang sihat dan dipermudahkanNya dalam setiap urusan hariannya. Kerana, Dr Halina juga antara frontliners negara yang tak pernah kenal erti penat dan putus asa menangani wabak Covid-19.
Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar , Dr Halina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Air dalam Badan Kering, Paru-Paru Kecut…” Anak Tunggal Perempuan Meninggal Akibat Strok Haba

Air dalam badan kering dan paru-paru kecut. Inilah antara punca dan hasil bedah siasat yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal baru-baru ini.
Keadaan cuaca yang sangat panas dengan suhu mencecah hingga 37 darjah selsius boleh menjadi penyebab seseorang itu akan mengalami stok haba. Inilah yang berlaku pada pasangan ini, apabila anak perempuan tunggal yang berusia satu tahun enam bulan sudah dijemput olehNya, asbab strok haba.
Air Dalam Badan Kering, Hasil Bedah Siasat
Kita orang dewasa pun tidak mampu tahan dengan keadaan cuaca yang sangat panas. Apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Bahangnya cukup memeritkan dan dalam keadaan ini perlu minum air yang secukupnya. Inilah yang berlaku pada kanak-kanak perempuan yang meninggal akibat stok haba.
Kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah dari Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan meninggal dunia dipercayai kerana strok haba.
Menurut bapa kanak-kanak itu, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya, Nur Imani, batuk sejak seminggu lalu dan muntah-muntah beberapa hari selepas itu.
Katanya, Nur Amani dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II dan doktor yang merawat memberi ubat dan meminta anaknya dibawa pulang.
Ahmad Faris berkata, keadaan anaknya semakin teruk sebelum meninggal dunia kira-kira jam 7.20 pagi Selasa.
“Punca kematian hasil bedah siasat ialah strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut,” katanya.
Dalam berita lain, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun juga meninggal dunia disyaki akibat strok haba dan dehidrasi.
Muhamad Syamil Aqil, menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi.
Mingguan Wanita : Mak ayah kena pantau anak-anak dan kerapkan minum air. Salam takziah buat keluarga ini.
Sumber: Berita Harian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Baca artikel baru di @mingguanwanita atau klik/visit link di Instagram Story.
#mingguanwanita
#temansetiapwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI