Agar-agar antara pencuci mulut kesukaan ramai. Apatah lagi dimakan sejuk-sejuk memang sedap. Jika suka makan agar-agar, boleh cuba resipi Agar-Agar Santan Pandan ini. Namun pastikan bancuhan santan dan telur biar mendidih dulu baru dikacau, barulah elok cantik ‘berlumut’ kejadiannya nanti.
Panas-panas dapat ni. Syahdunyalah. Senang buat bekas kecik-kecik ni.
Nah kite attach resepi sekali, boleh jugak untuk buat jualan.
Bahan-Bahan (A):
20gram Agar-agar tali
1 cawan gula
4 1/2 cawan air
* Masak atas dapur sampai agar-agar dan gula larut.
Bahan-Bahan (B):
1 Kotak kecil Santan Ayam Brand
2 biji telur (terpulang saiz apa)
2 cawan Air Pandan Pekat
Cara Membuat:
1. Satukan santan, telur dan air pandan kacau hingga sebati. Jangan lupa letak garam sikit.
2. Bila agar-agar dan gula sudah larut, masukkan bancuhan bahan B. Biarkan sampai mendidih/ menggelegak barulah dikacau.
3. Tutup api dan tuang dalam bekas. Siap!
Selamat mencuba!
Tip Ekstra!
Nak buat jadi macam ni pastikan lepas masuk santan jangan dikacau biarkan sahaja mengelegak, bila dah mengelegak baru kacau, baru dapat santan dan telur berketul kalau tak dia akan sebati semuanya.
MW: Menarik juga resipi agar-agar pandan ni. Elok cantik kejadiannya nampak ‘berlumut’. Rupanya kena biarkan bancuhan mendidih dahulu, baru kacau.Boleh buat bulan puasa nanti.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Tak susah sebenarnya nak buat sushi sendiri. Yang penting tau resipi dan cara nak buatnya. Paling penting puas hati nak makan banyak mana dan jimat tak perlu nak beli lagi. Iyalah kalau beli, harga sushi ni pun tak lah murah mana, nak makan pun berkira-kira. Baiklah buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ni, gerenti jadi.
Bahan-Bahan:
2 cawan beras calrose
4 cawan air
2 sudu besar cuka makan
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit lada hitam (optional)
Garam, gula
Cara Membuat:
1.Basuh beras macam biasa dan tanak beras guna rice cooker.
2.Dah masak keluarkan nasi tadi dan letak dalam bekas.
3.Masukkan, Garam, gula,kalau gantikan perasa secukup rasa pun boleh.
4.Kemudian, masukkan cuka makan,minyak bijan & lada hitam letak dalam nasi dan kacau sekata.
Bahan-Bahan lain:
Telur Dadar dipotong memanjang
Crab stick dicelup terlebih dahulu
Sosej dicelup dahulu
Salad
Lobak dipotong memanjang dan dicelur sekejap
Timun dipotong memanjang
Udang dibuang kulit dan direbus atau dibakar
Seaweed/yaki nori untuk menggulung
Plastik & talam (untuk menggulung)
Cara Membuat:
1.Isi plastik besar atas talam/dulang.
2.Letak nori/Seaweed .
3.Letak nasi calrose tadi dan nipiskan nya (dalam gambar)
4.Letak bahan-bahan dan gulung menggunakan plastik yang disediakan.Gulung kemas-kemas.
5.Potong dan boleh dimakan dengan sos atau kicap lada.
Lagi pekat dan likat lagi sedap. Siapa suka makan daging masak hitam bolehlah cuba resipi ini. Makan dengan nasi panas pun sedap.
Boleh cuba resipi dan cara buat Daging Masak Hitam perkongsian Mala Mansor ini.
Resipi Daging Masak Hitam Pekat Likat
“Semalam masak daging hitam, makan dengan nasi panas-panas. Macam rasa pegi kenduri pulak haha. Masak daging hitam ni banyak version kan. Jadi ni version mala, memang senang.
“Korang boleh lah cuba di rumah. Resepi mudah dan sedap memang ramai yang suka. Jom #SHARE mana tahu dapat bantu ibu-ibu yang tengah cari resepi nak masak daging tengahari ni.”
Selamat mencuba!
Bahan diperlukan :
Daging 1/2 kg (dipotong nipis)
Bawang merah 3 ulas (dihiris)
Rempah 4 sekawan
Bawang putih 2 ulas (dihiris)
Kicap pekat setengah cawan
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang holand dihiris bulat
Bahan Kisar :
Bawang holand 1 biji
Halia 2 inci
Bawang putih 4 ulas
Cili kering 1 sudu
Jintan manis 1 sudu kecil
Ketumbar 1 sudu kecil – optional
Jintan putih 1 sudu kecil
“Resipi AKOK Keddut,Jeligho Molek Sene Mesett”, First Time Buat Menjadi! Kuih Akok merupakan manisan dan kuih tradisional yang cukup popular di negeri Kelantan. Mudah je rupanya nak buat kuih akok yang elok lembut berkedut dan lemak manis ni.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yatt Ismailini sebagai panduan;
Kalau orang Kelantan , tidak sah kalau tak buat makanan kegemaran.
Ni first time Kak Yatt buat akok berkedut.
Petang semalam, kebetulan sarang akok yang di order sampai pagi semalam.
Petang tu dalam pukul 3.30..Kak Yatt pun masuk ke dapur masak akok berkedut. Rasmi sarang/bekas akok baru ni..tak sabar-sabar dah..
Bahan-Bahan:
8 biji telur grade B nutriplus yang ada dalam peti sejuk
2 keping Gula Nise beli di Kelantan.
2 cawan air
5 helai daun pandan dari pasu rumah..kurus kering
300 ml santan pekat beli kat Pasar Meru…beku tunggu cair sedikit
50g tepung gandum
1 sk garam halus
Cara Membuat:
1. Masukkan gula nise, daun pandan ke dalam periuk dan masukkan 2 cawan air. Masak sampai mendidih hingga manisan tu cair, lepas tu biarkan sekejap supaya sejuk.
2. Timbang tepung gandum lebih kurang 50g. Sikit je pakai gandum barulah sedap.
3. Masukkan semua bahan dalam besen kalau nak masukkan terus ke dalam blender tak pe.
4. Masukkan seperti ini, blend sehingga sebati, sangat senang.
5. Curah ke dalam bekas air basuh tangan (kat kelantan selalunya air basuh tangan di isi ke dalam pot ni & di letak pada hidangan makanan..ala-ala bangsawan gitu).
Sebab muncung teko ni halus, senang untuk curah adunan ke dalam bekas akok tu nanti.
6.Sapu minyak terlebih dahulu. Oven ni biarkan panas sekitar 5 minit..lepas tu bolehlah masukkan adunan tu satu persatu.
7.Tak sampai 5 minit dah gelembung dengan cantik sekali. Senang sangat buat sendiri.
Kalau dah sejuk kuih akok ni berkedut seperti dalam gambar..maksudnya menjadi lar..serupa dengan kuih akok berkedut kat Lemal, Pasir Mas dekat dengan roundabout ke arah Rantau Panjang.