Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.
Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Bahan-Bahan:
(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
Ads
Cara Membuat:
1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.
MW: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Menu petang yang paling syok buat adalah sajian yang mampu pikat hati anak-anak dan suami. Lagi cun kalau bahannya cuma guna 3 bahan utama, ok jom godek resepi istimewa yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Halim ini…
Siapa nak resipi?
Sesuai sangat untuk ibu-ibu hebat.
Anak-anak pun mudah tertarik lihat hasilnya. Bentuk ros yang comel dan cantik.
Resipi ini dapat hasilkan sekitar 6 biji bunga ros.
Cara-caranya boleh tengok di gambar ya!
Bahan-bahannya:
1 keping roti paratha- saya guna roti paratha Tishas
Sosej secukupnya
1 biji telur
Ya! 3 bahan sahaja. Mudahkan?
Cara Membuat:
1. Saya guna roti paratha Tishas. Roti paratha ini berasaskan pastri. Lembut sahaja kejadiannya. Hasilnya pasti memikat hati. Sedap sangat!
2. Hiris nipis sosej. Ikut keperluan. Jika nak buat banyak, hirislah banyak.
3. Hiris jalur roti paratha, anggaran kedalaman tray.
4. Susun hirisan sosej sepanjang jalur. Gulungkan dari satu hujung.
Rangup di luar, lembut di dalam. Tambah mayonis dan sos atau makan begitu sahaja pun boleh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi Puding Buah Kuah Kastard SEDAP, Mudah Sangat Bahan Pun Tak Banyak! Bagi mak-mak yang nak cuba buat sendiri pencuci mulut yang sedap tapi simple boleh ikut resipi puding buah kuah kastard yang dikongsikan ini. Hanya guna 5 bahan utama je, sedap dinikmati sejuk-sejuk dengan buah pilihan.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ni. Memang nampak menarik sungguh.
Harini nk share resepi simple tapi sedap. Resepi Puding Buah kuah Kastard by Mr.Ali.
Jom start! Jangan risau, siapa-siapa je boleh buat, mudah sangat dan bahan pun tak banyak!
(Puding)
Bahan-Bahan:
2 setengah cawan air
4 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
1 tin susu cair
(Tekstur puding ni bukan macam agar-agar tau..dia lembik sebab saya suka blend dengan sos kastard nanti..kalau nak keras sikit tambahkan 5gram agar-agar serbuk. Gaul dengan bahan di atas baru on api, dalam resepi dan gambar saya tak pakai sebarang serbuk agar-agar).
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu..dah sebati baru on api perlahan.
2. Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih off api.
3. Masukkan dalam bekas anda, biarkan ia suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti.
( Kuah Kastard)
Bahan-Bahan:
2 cawan air
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
secubit garam
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru on api.
2. Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi pan.
3. Off api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti.
Bila puding dah keras hiaskan la buah apa yang anda nak guna atas tu, dan bila nak makan baru tuang kuah kastard tadi.
Makan sejuk-sejuk insyaAllah sedap.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Mingguan Wanita: Mudah sangat nak buat Puding Buah Kuah Kastard ni. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Sedap makan sejuk-sejuk. Boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Jamuan Akhir Tahun Anak, RESIPI Spagetti Beef Bolognese Untuk 40 Cup! Sekarang tengah musim anak-anak buat jamuan kelas akhir tahun, pening mak-mak untuk memikirkan menu sesuai untuk dibawa ke sekolah. Resipi Spagetti Beef Bolognese letak dalam cawan air ini idea menarik yang mak-mak boleh ‘tiru’. Sukatan untuk 40 orang makan.
Bukan apa, jamuan jenis ‘potluck’ begini memang mempunyai pelbagai jenis makanan. Jadi memadai sukatan yang kecil sebegini. Mudah dan jimat malah mengenyangkan anak-anak.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Rose Senni ini sebagai panduan;
Alhamdulillah tengah sarat menunggu hari dapat siapkan menu untuk jamuan akhir tahun untuk 3 orang anak. Total untuk 120 orang makan.
Terima kasih pada ahli group MAHN yang pernah berkongsi idea untuk hidang macam ni. Maaf sebab tak ingat siapa. Jenuh umminya nak meluruskan pinggang sebab lepas masak nak isi dalam cup pulak. Anak-anak bantu time sebelum pergi sekolah je.
Saya masak 3 kali sebab waktu lain-lain dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resepi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resepi untuk 40 cup aka 40 orang.
Bahan-Bahan:
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Bahan kuah spagetti :
5 tin sos prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak aka bertukar ke warna coklat.
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati.
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati.
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Ready to serve.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...