Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pinggir Mereka!

Adik beradik sepatutnya orang yang paling rapat dengan kita. Yang akan ada di sisi kita setiap kali kita memerlukan sokongan.

Selain saudara kandung, kita pasti ada rakan-rakan rapat yang hubungan kita dengan mereka bak saudara sedarah. Mereka ini juga akan sentiasa menyokong kita dalam susah senang kita. Tapi, zaman sekarang susah tau nak jumpa KATEGORI SAHABAT TILL JANNAH ni. Beruntunglah siapa yang memilikinya.

 Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka!

Adik Beradik Tak Sama

Kata orang, walau dari rahim yang sama, namun tiap anak tak sama sikap dan juga kebolehan. Ada anak yang dikurniakan akal yang cergas dan bijak, ada anak yang sederhana saja.

Begitu juga dalam kehidupan mereka setelah dewasa. Ada yang lebih cemerlang, bergaji besar dan mampu hidup mewah. Ada juga yang mungkin hidupnya ala kadar saja. Yang hidup seadanya, nak bermewah jauh sekali!

Ads

Pandang Rendah

Yang sedihnya, ada di kalangan adik-beradik sendiri yang pandang rendah dengan adik-beradik yang lebih susah hidup mereka. Nak bantu, memang jauh sekali! Kalau sama-sama balik kampung, bersembang pun ala kadar je. Belum lagi bab layan anak-anak saudara yang susah tu. Buat tak tahu je dan tak mesra langsung.

Belum lagi bab mengumpat dan mengata yang susah tu! Ada je yang tak kena di mata si kaya. Alahai! Kenapalah ada yang berperangai macam tu. Takkan dengan darah daging pun nak pilih kasta?

Ads

Bantu Adik-beradik Dulu Sebelum Bantu Orang Lain

Ada yang hidupnya senang, suka menderma sana sini. Tapi, dengan saudara kandung sendiri berkira. Kalau tengok ada yang susah, memang takkan ditolongnya. Lagi afdal tolong orang-orang terdekat dengan kita dulu. Nak kejar pahala, tapi peluang rebut pahala di depan mata diendahkan. Nak bagi sedekah, bagilah pada adik-beradik dan saudara mara yang susah dulu. Ini tak, sibuk dengan bantu orang luar.

Adik Beradik Ada Yang Rasa Rendah Diri 

Biasanya adik-beradik yang susah akan ‘sedar diri’. Dia tahu kalau dirinya orang tak berapa  suka. Mesti dia akan pinggirkan dirinya. Tak sedih ke tengok keadaan tu? Sepatutnya, yang kayalah kena sentiasa tanya khabar dan dekati yang lebih susah. Hulurkan bantuan sewajarnya.

Ads

Besar pahala bila tolong saudara kandung sendiri yang susah. Dapat pula kukuhkan ikatan silaturahim kita. Kata orang, cubit paha kiri, paha kanan pun rasa sakit. Sepatutnya, kalau tengok ada saudara kandung yang susah, kita kena jadi orang pertama yang hulur bantuan.

Apa gunanya kita berbuat baik dengan orang lain sedangkan dengan saudara kandung sendiri kita pandang sebelah mata je? Kita juga kena ingat, mak ayah kita juga pasti gembira melihatkan anak-anaknya mampu hidup dalam keadaan rukun dan harmoni…

https://www.mingguanwanita.my/reunion-akibatkan-rumah-tangga-15-tahun-musnah-sekelip-mata/

https://www.facebook.com/mingguanwanita/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI