Adibah sebak kehilangan kucing, “Bobby, Kau hantar kepadaku 15 tahun lalu ketika aku jatuh tersungkur”. Begitulah antara luahan yang dikongsikan oleh Adibah Noor yang kini merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) apabila salah seekor kucing kesayangannya menghembuskan nafas terakhir.
Adibah yang dikenali sebagai seorang pencinta kucing untuk rekod sebelum ini memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka termasuk kucing jalanan yang dibela di rumahnya. Antara kucing-kucing tersebut diberi nama Along, Marco dan Billy.
Adibah Sebak Kehilangan Kucing
Terbaru kucing kesayangan pemilik nama sebenar Adibah Noor Mohamed Omar yang diberi nama Bobby telah menghembuskan nafas terakhir selepas 15 tahun mewarnai kehidupan Adibah. Malah Adibah berasa sebak apatah lagi Bobby banyak berjasa terhadap dirinya.
“Bobby baru sahaja menghembuskan nafas terakhir dalam pelukan saya. Terima kasih Allah atas kurnia dan kasih sayang-Mu, yang telah Kau salurkan melalui Bobby, yang Kau hantar kepadaku 15 tahun lalu ketika aku jatuh tersungkur.
“Bobby mesti gembira di syurga okey sayang. Bobby doa untuk Ma (panggilan buat dirinya) ya sayang,” luah Adibah menerusi akaun Instagram rasminya.
Sebelum itu Adibah telah berkongsi Bobby sedang sakit dan mengalami sawan.
“Bobby sedang sakit. Berusia 15 tahun kalau ikut usia kucing, 77 tahun (usia manusia).
“Saya (ketika itu) sedang memeluknya, bersedih dan berdoa dengan kuat untuk belas kasihan Allah,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya.
Anak sekolah ini antara mangsa langgar lari pemandu tidak bertanggungjawab yang kini menerima rawatan lanjut di Hospital Selayang.
Guru sekolahnya, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah sayu abang sulung yang begitu kasihkan adik-adiknya. Namun, dalam keadaan terlantar ini, apa yang semua pihak harapkan agar nasib Ayin terbela.
Walau Tubuh Cedera Abang Sulung Tetap Nak Cium Adik
“Ayin. Ayin. Bangun. Tengok siapa datang ni,” bisik si ibu sambil menggongcangkan badan adik Nazrin perlahan.
“Eh, Cikgu Fadli.”
Terus dihulur tangan untuk bersalam. Berkerut mukanya menahan kesakitan tulang rusuknya yang patah.
Dikucup tangan aku. Kemudian dia cuba senyum dan berlakon macam tiada apa-apa. Ah, anak ini sungguh kuat!
Padahal tubuh badannya cedera, kulit tersiat, empat tulang rusuknya patah, ada pendarahan dalam kepala. Namun dia tidak merengek, meraung mahu pun menangis.
10 minit kemudian, si ayah sampai bersama 3 lagi anak-anak mereka termasuk yang baby baru berusia 5 bulan. Malam tadi mereka hanya tidur ditemani ayah mereka sementara si ibu menemani Ayin di hospital.
Sebaik ayahnya melihat aku, terus air matanya melunjur laju. Sebak dan sedih yang tidak mampu ditahan-tahan.
Aku gosok bahunya seraya menenangkan. Adik-adiknya meluru ke arah abangnya sambil menangis memanggil nama.
Kakak datang bersalam dengan aku lantas memeluk pinggang aku. Si adik pun sama, lepas bersalam terus datang peluk aku.
Ah, anak-anak ini sememangnya rapat dengan aku. Menangis teresak-esak mereka berdua dalam pelukan yang kemas dan kejap.
Mereka kemudiannya bersalam dengan abang mereka yang masih lemah.
“Ibu. Nak baby. Nak cium baby,” minta Ayin perlahan.
Dia memang abang sulung yang sangat kasihkan adik-adiknya. Terus ibunya sua baby itu untuk dikucup abang.
Kisah Ayin Tular, Semua Pakat Beri Semangat
Tidak lama kemudian, PK Hem sekolah Ayin sampai. Post aku tular hingga ke pengetahuan mereka. Alhamdulillah, ramai juga guru Ayin yang hadir tadi.
Semua pakat mengirim sumbangan, semua pakat mendoakan, semua pakat memberi semangat pada anak ini.
Alhamdulillah. Ayin makin positif. Walau empat batang tulang rusuknya patah, walau masih ada darah beku dalam kepala, dia masih kenal semua orang disekelilingnya.
Perkembangan positif ini sangat bagus. Lagi pun Ayin dah dibenarkan makan. Dia boleh menelan makanan lembut dengan baik. Sebelum ini terpaksa berpuasa sebagai persediaan untuk operation.
Kata doktor, mereka akan buat Ct Scan 8 jam sekali untuk lihat darah dalam kepala. Jika makin banyak, operation akan dilakukan segera.
Dan jika; jika otaknya membengkak, tempurung kepala yang dibuka semasa pembedahan tidak akan di pasang semula. Ini paling merisaukan.
Namun jika otaknya tak bengkak, tempurung yang dibelah itu boleh dicantumkan kembali.
Jom kita pakat doakan agar pendarahan dalam kepala itu tidak serius dan tidak perlukan pembedahan lanjut.
Mungkin asbab doa dari ribuan kawan-kawan sejak semalam, dan juga usaha pihak doktor yang merawat, perkembangan Ayin sangat positif hari ini.
Terima kasih atas doa semua.
Ini Sebenarnya Cerita Kemalangan Anak Sulung Ini
Oh ya. Ayin sebenarnya dilanggar lari. Semalam, Ayin menemani ayahnya menghantar buah ke Port Dickson. Ayahnya bekerja sebagai pemandu lori buah. Semalam, Ayin nak ikut sama.
Ayahnya bawa ke sana. Seronok Ayin dapat teman ayahnya menghantar buah ke dalam kem askar di Port Dickson.
Sebaik pulang, ayahnya menghantar anak ini ke rumah dan meminta duduk sahaja di rumah. Ayin masuk ke dalam rumah dan terlihat ada barang ayahnya tertinggal di atas meja.
Dia ambil barang tersebut dan berlari mengejar lori ayahnya. Katanya, dia dilanggar di depan Petron, Selayang. Ayahnya tak sedar pun kejadian tersebut dan teksi yang melihat kejadian itu terus membawa Ayin ke hospital. Sementara pemandu yang melanggar Ayin terus berlalu pergi.
Cikgu Mohd Fadli Salleh
Mak Ayah Tak Tahu Pun Yang Ayin Terlantar Di Zon Merah Kecemasan
Menjelang Maghrib, si ayah dan ibu mula risau bila Ayin tidak pulang-pulang. Baru sahaja mereka keluar untuk mencari Ayin, ada panggilan mengatakan Ayin di zon merah wad kecemasan, Hospital Selayang.
Begitulah kisahnya. Di harap pemandu yang melanggar Ayin dan saksi dapat tampil membuat laporan polis. Ayah Ayin juga akan buat report polis petang ini.
Sebelum beredar, aku kirim sumbangan Dana Kita kepada ibu dan ayahnya.
Mereka sangat berterima kasih atas kunjungan aku dan mendoakan semua kawan-kawan yang baik hati dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Terus aku aminkan doanya.
Moga-moga doa tersebut diangkat ke langit dan diperkenankan Allah taala. Amin, Ya Rab.
MW : Semoga pemandu yang melanggar Ayin berani tampil bersemuka dengan ahli keluarga Ayin.
Guru Tersentuh Hati Mengajar Anak DSAI “Masih Kecil Merindukan Kasih Sayang, Ketika Itu Ayah Mereka Di Dalam Penjara!”
Allahu Akhbar sememangnya tersentuh hati mendengar luahan seorang guru yang pernah mengajar anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Perdana Menteri Ke-10.
Onak ranjau yang dilalui keluarga ini sememangnya penuh liku. Walaupun bukan sebahagian ahli keluarga namun bergelar seorang guru juga merupakan pengalaman berharga apatah lagi tatkala keluarga anak murid menghadapi masalah maha hebat.
Guru Tersentuh Hati Mengajar Anak DSAI
Guru berkenaan iaitu Syed Yusof Wafa atau lebih dikenali dengan nama Wafa yang juga seorang selebriti, wartawan dan pelukis terkenal berkongsi kisahnya sewaktu menjadi guru kepada anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika usia Wafa 23 tahun.
Malah menerusi perkongsian di Facebooknya, Wafa juga turut berkongsi lukisan anak kepada Anwar Ibrahim ketika itu masih kecil yang ternyata meninggalkan memori yang cukup sedih dan memilukan.
Bersemangat Belajar Walau Ayah Dalam Penjara
Menurut Wafa paling dia tersentuh hati apabila berpengalaman mengajar anak DSAI.
“Masih saya ingat di saat peristiwa Dato’ Seri Anwar ditahan dan dipenjarakan kami sebagai guru agak terkejut dan terpikir bagaimanakah nasib anak-anak beliau yang masih kecil dan bersekolah ketika itu. Paling sedih dan mengejutkan lagi ayah meraka ditahan dan dipenjarakan,”
“Terharunya anak-anak beliau masih kecil merindukan kasih syg seorang ayah, ketika itu ayah mereka di dalam penjara! Akhirnya ayah anak2 ini seorang perdana menteri !
“Tahniah Utk PM Ke 10…..Saya Pernah Cerita Pengalaman Ketika Mengajar Anak Beliau….Begitu Anak2 Beliau Yang Masih Kecil Merindukan Kasih Syg Seorang Ayah !!!…..Ketika Itu Beliau Di Dalam Penjara !!!…..Akhirnya Ayah Anak2 Ini Seorang Perdana Menteri !!!” luah Wafa ketika ditemubual sebentar tadi.
Luahan Syed Wafa;
“18 May 2016
“Assalammualaikum Semua…Entah Mengapa Setelah Sekian Lama Saya Terpanggil Untuk Bercerita Pengalaman Saya Sebagai Guru….
“Walaupun saya bukan lagi guru dan sempena hari guru baru-baru ini serta dgn ucapan yg tdk putus2 dari bekas anak murid saya…..terharu saya walaupun saya antara guru yg agak garang dan tegas!….dari situ tergerak hati saya utk menulis pengalaman ini…
“Guru bukanlah cita2 saya krn arwah ibu mahu saya jadi guru saya turutkan….setelah arwah ibu meninggal dunia saya berhenti dari tugas yg amat mulia ini krn bagi saya tugas ini tidak layak utk saya krn tangungjawabnya terlalu berat dan terlalu mulia utk mendidik dan membentuk anak bangsa mjd insan yg berguna utk agama,bangsa dan negara…..
“Pengalaman menjadi guru utk anak2 vip iaitu anak Perdana Menteri,Timbalan PM dan ramai lagi adalah pengalaman yg luar biasa….Paling menyentuh hati saya apabila pengalaman mengajar anak Dato’ Seri Anwar Ibrahim……Masih saya ingat di saat peristiwa Dato’ Seri Anwar ditahan dan dipenjarakan kami sebagai guru agak terkejut dan terpikir bagaimanakah nasib anak2 beliau yg masih kecil dan bersekolah ketika itu….Paling sedih dan mengejutkan lagi ayah mrk ditahan dan dipenjarakan.
“Anak2 beliau tetap pergi ke sekolah seperti biasa walaupun dlm keadaan yg tertekan…Saya kagum dgn semangat anak2 beliau iaitu Nurul Nuha, Nurul Ilham ,Nurul Iman dan anak tunggal lelaki beliau Ehsan terus bersemangat utk belajar walaupun ayah tercinta di dlm penjara….sedangkan ketika itu mereka masih kecil dan bersekolah di sekolah yg sama dengan anak2 Tun Mahathir dan sebahagian anak menteri yg lain seolah2 tidak ada apa yg berlaku dan mrk masih berkawan spt biasa….
“Ketika saya mengajar Nurul Iman dan tidak silap saya ketika itu beliau darjah satu dan amat memerlukan kasih syg seorang ayah….dan dia memberi saya satu hasil lukisan kepada saya utk meluahkan perasan dia …air mata saya menits bila membaca tulisan beliau…antaranya….’ Suatu hari ayah saya di penjara,saya amat sedihkan dia….saya harap harap ayah saya akan keluar dari penjara…saya amat sayang ayah saya ‘….
“Dari situ saya lihat utk menjadi Ahli Politik terpaksa mengorbankan segala2nya…..Paling saya kagum Menteri2 begitu menghormati guru dan kami dianggab ibubapa kedua selepas di rumah dan diberi kelonggaran utk mendenda atau memarahi anak2 mrk asalkan ada batasnya…
“Buat Najwa Muhyiddin Yassin,bakat seni Nazwa cikgu sudah dapat lihat dari kecil lagi dan cikgu doakan semoga Najwa terus berjaya…buat bekas anak murid saya yg lain..tq di atas ucapan dan sesungguhnya ucapan itu buat cikgu terasa begitu disayangi dan dihargai.”
Cuti hujung minggu ni, ramai yang meluangkan masa masak menu istimewa untuk keluarga. Tidak kurang juga, ada para suami yang rajin singsing lengan, masuk dapur memasak untuk gembirakan hati isteri dan bagi ‘chance’isteri berehat gantung kuali.
Baru sebentar tadi, penyanyi Siti Sarah Raisuddin ada memuat naik video resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu”, hasil air tangan suami tercinta, Shuib Sepahtu didalam instagramnya.
Namun perkara yang mencuri perhatian ialah cara Shuib menyampaikan perkongsian resipi tersebut cukup kelakar dan membuat ramai pengikutnya yang terhibur.Kalau dah berjiwa pelawak, memang tidak kering gusi dengan lawaknya walaupun sekadar berkongsi resipi.
Buat mak-mak yang nak cuba resipi Bawal Emas 3 Rasa “Bermadu” versi Shuib ini, berikut adalah resipinya sebagai rujukan:
Bahan-Bahan:
Ikan Bawal Emas
Minyak Masak
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai
Cili Kisar
Sos Tomato
Buah Tomato
Cili Besar
sedikit Air
Nenas
Buah Epal
Madu
Daun Ketumbar
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.Goreng ikan bawal dalam kuali tersebut sehingga masak, ketepikan.
3.Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai yang telah dihiris hingga naik bau.
4.Masukkan cili kisar dan sos tomato, tumis sehingga garing dan masukkan sedikit air.
5.Masukkan pula cili besar, nenas, buah tomato dan buah epal yang dipotong kiub.Kacau sebati.
6. Masukkan pula sedikit madu, kacau sebati dan didihkan seketika.