Mungkin basuh baju dianggap perkara yang paling mudah sahaja. Masuk baju dalam mesin, tak perlu tunggu dan boleh buat kerja-kerja lain. Sampai masa, siap dan jemur sahaja. Mudah sangat.

Kadang-kadang, nampak sangat mudah dan senang untuk basuh baju tapi sebenarnya untuk lakukan kerja-kerja basuh baju ini pun kena ada adab dan etikanya. Mungkin sebelum ini kita tidak tahu dan angap perkara mudah saja.

Perkongsian daripada Bijen Mohd ini boleh membuka mata buat isteri mahupun sesiapa sahaja tentang adab dan etika membasuh baju.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah! Jangan Paksa Anak Jadi BIJAKSANA, Sampai Anak Tidak Beradab

Ada Sebab Antara Adab Masuk Tandas Kena Alirkan Air Paip Pada Dinding!

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Adab Dan Etika

Jangan ingat beradab hanya dengan suami, keluarga atau orang lain sahaja. Kadang-kadang cara kita beradab pun ada masalah, apatah lain dengan perkara ini. Nak kongsi adab-adab dan etika lain membasuh baju di rumah.

1. Basuh baju sendiri

Ini adab paling penting. Jangan harapkan orang lain basuh baju kita. Isteri muliakan suami. Suami mudahkan isteri. Anak-anak belajar berdikari. Zaman sekarang bukan susah pun nak basuh. Campak masuk mesin je, mesin yang tolong basuhkan.

2. Tetapkan jadual membasuh

Buat jadual membasuh suami, isteri dan anak-anak. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin basuh. Ampaian pun tak penuh pada satu-satu masa. Kalau semua nak harung sekali, itu yang sibuk nak beli mesin basuh barulah, ampaian penyidai tak muatlah. Itulah, inilah.

3. Asingkan pakaian mengikut warna dan jenis kain (kasar & lembut)

Kelaskan pakaian supaya kain tak turun warna. Kain kasar seperti jeans dan denim pula tak boleh dicampur dengan kain lembut macam sutera dan jersi. Nanti cepat rosak dan berbulu. Asingkan pakaian yang bernajis dengan yang bersih.

Ads

4. Pakaikan butang baju dan kemaskan zip seluar

Kalau tak nanti butang baju mudah tersangkut dan mudah tertanggal jahitannya. Gerigi zip yang kasar pula akan merosakkan kain-kain lain. Kesian nanti baju berbulu.

5. Terbalikkan pakaian (inside-out)

Ini supaya warna kain tak cepat pudar di bahagian luarnya, seperti seluar hitam. Bahagian celah ketiak juga dapat dicuci dengan bersih dan tak mudah berkarat.

6. Pakai detergen dan pelembut yang halal

Setakat yang jumpa ni yang halal adalah dari jenama Top. Jenama lain mungkin ada, kalau tahu boleh share info.
Penting ke ada sijil halal? Tepuk dada tanya iman. Terpulang kepada anda.

Ads

7. Terus sidai selepas siap basuh

Ini pun penting untuk mengelakkan bau hapak. Jangan biar baju lembap terperam lama. Kalau sabun tak power, sia-sia je bubuh sabun banyak tapi bau wangi tak kekal lama. Oh, wangi kain terletak pada pelembut, bukan pada sabun. Jadi tak payah bubuh sabun sampai selori, terutamanya mesin basuh front load.

8. Seni menggantung pakaian

a. Gantung pakaian menggunakan hanger untuk jimat ruang dan kurangkan kedutan. Bagi kain bersaiz besar (seperti selimut, cadar, tuala, kain pelikat), boleh lipat dua dan sidai bagi menjimatkan ruang ampaian.
b. Gantung pakaian berwarna secara inside-out dan di tempat yang tidak kena cahaya matahari secara terus untuk mengelakkan pakaian cepat pudar.
c. Bagi pakaian putih, biarkan bahagian luar di luar. Gantung di bawah cahaya matahari terang supaya putihnya jadi berseri.
d. Susun pakaian mengikut warna, saiz dan jenis dengan tertib. Semua orang suka bila tengok benda tersusun dan seragam. Tapi tak semua orang boleh tengok benda yang berterabur. Jadi menyukakan orang tu adalah akhlak terpuji. Orang nak ambil jadi menantu pun senang hati.

Korang jangan tanya pula mana dalilnya. Nak buat, buat. Tak nak buat sudah. Kalau buat, insya-Allah terhindar dari masalah.

Adab-adab ni sesuai untuk pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga. Pasangan yang lama-lama ni, liat dah nak ubah.

MW: Perkongsian yang boleh membantu pembaca untuk lebih tahu tentang cara betul nak membasuh baju ye!

Sumber: Bijen Mohd

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI