Jangan macam ini ya wahai anak-anak yang belanja bawa mak ayah uzur tunaikan umrah. Tak boleh lepas tangan, semata harapkan mutawwif jaga mak ayah kalian, atau mak ayah uzur pandai-pandai jaga diri sendiri. Itu namanya tidak bertanggungjawab.
Pesanan ini dikongsikan Ustaz Khairul Anuar Basri. Ada dua perkara penting yang anak perlu lakukan bila mana sudah berniat dan tuhan tunaikan niat itu bawa mak ayah kalian pergi umrah.
Jagalah 2 Perkara Ini Bila Bawa Mak Ayah Uzur Tunai Umrah
Aduhai anak, jagalah 2 perkara penting berkaitan umrah ini :
Pertama : Kalau belanja mak ayah yang dah uzur pergi umrah, janganlah biar diorang pergi tanpa ada anak-anak yang menemani.
Saya jumpa ada anak-anak yang macam ni. Maybe diorang harap mutawwif yang uruskan makan, pakai, mandi, berak, kencing, sakit, pening, tolak wheel chair pergi masjid dan lergi ziarah.
Tak boleh la macam tu. Itu tak baik tu. Tak bertanggungjawab namanya.
Belanja mak ayah pergi umrah tu besar pahala dia. Itu benda terpuji.
Tapi kalau biarkan diorang pergi sendiri, itu memang masalah besar. Kalau jadi apa-apa, siapa yang nak bertanggungajawab? Siapa yang akan dipersalahkan?
Mutawwif atau group leader, dia bukan nak saja mak bapak kita saja. Dia nak kena jaga semua ahli jemaah umrah dalam kumpulah tersebut.
Bayangkan ke semua antara 20 ke 40 orang dalam group tu yang nak dijaga. Kalau dia kena bagi special attention hanya pada mak ayah kita, apa halnya dengan orang lain kalau ada apa-apa masalah berlaku?
Ads
Jangan Biar Mak Ayah Bersendirian..
So, anak-anak kena bertanggungjawab. Kalau mak ayah kondisi mereka uzur, maka anak kena ambil tanggungjawab temankan mak ayah ke Tanah Suci. Apatah lagi kalau terlampau uzur, maka lebih lagilah tanggungjawab itu.
Kalau ayah uzur, sebaiknya anak lelaki temankan. Dan kalau mak uzur, sebaiknya anak perempuan yang temankan.
Kalau mak mentua yang uzur, sebaiknya anak perempuan atau menantu perempuannya yang temankan. Dan kalau bapak mertua yang uzur, sebaiknya anak lelaki atau menantu lelakinya yang temankan.
Jangan biarkan mak ayah kita bersendirian.
Orang lain pasti akan menolong. Tapi sejauh mana keikhlasan mereka? Setakat mana mereka mampu menolong, sedangkan mereka datang ke Mekah dan Madinah untuk fokus pada ibadah?
Kedua : Kalau anak ikut sekali mak ayah yang dah uzur pergi umrah, jangan sesekali tinggalkan mereka bersendirian ke mana sahaja.
Saya pernah jumpa anak yang jenis macam ni. Bukan main lagi belanja mak ayah pergi umrah. Bukan main lagi datang sekali dengan mak ayah macam nak teman dan jaga mereka, tapi akhirnya hampeh belaka.
Ads
Mak ayah ditinggal terkontang-kanting mengharapkan belas ehsan orang lain untuk ditolong.
Tolong teman pergi masjid. Anak tolonglah tolak kerusi rida buat tawaf sunat. Tolong bawak pergi tandas masjid. Semua anak orang lain yang tolong buatkan.
Anak sendiri pergi mana?
Anak sendiri hanyut dengan pasangan masing-masing. Kalau anak yang bujang pun hanyut juga entah ke mana.
Sudahlah Tak Endahkan, Lagi Mak Ayah Dimarah-marah
Lebih teruk lagi, bukan mak ayah tak diendahkan, dimarah-marah pula. Ditinggikan suara, ditengking-tengking orang tua tu.
Menyusahkan katanya!
Ads
Anak jenis apa ni? Nak belanja mak ayah pergi umrah, nak bawak mereka sama-sama dengan kita, jagalah mereka betul-betul.
Silap-silap, kita jaga saja makan pakai dan ibadah mereka sepanjang tempoh di Tanah Suci, kita tak buat apa-apa ibadah khusus yang lain pun.
Pahala yang kita dapat sangat besar.
Malah pahala memuliakan orang tua dapat. Pahala mak ayah buat ibadah juga kita dapat sebab kita yang tolong mereka untuk sempurnakan.
So, jangan ambil ringan. Ambil juga perhatian yang sewajarnya.
Semoga amal ibadah sepanjang berada di Mekah dan Madinah nanti diberi ganjaran pahala yang sempurna asbab kita berbakti kepada kedua-dua orang tua kita.
MW : Macam mana sukar pun nak uruskan mak ayah uzur, ingatlah waktu kita kecil, ragam ‘tantrum’ kita mak ayah hadap dengan sabar.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri
– ibu bapa adalah keutamaan, tidak layak berkata tidak kepada mereka –
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Separa koma, lumpuh lepas kemalangan.’ Sedih dari mengandung hingga beranak suami masih terlantar sehingga pasangan ini tidak merasai nikmatnya menyambut zuriat pertama.
Sebagai isteri, tentu saja wanita ini sepertimana orang lain inginkan suami sentiasa di sisi sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Separa Koma
Wanita muda ini tidak sempat berkongsi berita kehamilan dengan suaminya apabila insan tercinta itu ditimpa kecelakaan ketika bekerja yang menyebabkannya separa koma dan lumpuh.
Kini, bayi dikandung Siti Nor Shafika Salmizi, 21, sudah selamat dilahirkan dan berusia 47 hari, tetapi keadaan Mohamad Rosdi Shafei, 27 masih sama, bahkan mereka terlepas peluang merai kegembiraan menyambut zuriat pertama.
Mohamad Rosdi jatuh bangunan berketinggian 12 meter pada Jun tahun lalu, ketika menjalankan kerja membaiki bumbung sebuah kilang di Pengkalan Chepa di sini.
Menurut Siti Nor Shafika, suaminya dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana parah pada anggota badan dan bahagian otak.
Sedih Dari Mengandung
“Ketika menguruskannya, saya tidak sedar saya sudah hamil sebulan, memandangkan sebelum ini dua kali saya gugur, jadi saya tidak begitu ambil berat.
“Apabila usia kandungan cecah tiga bulan, kegembiraan itu sukar untuk saya nikmati seperti pasangan lain kerana suami terlantar lumpuh dan separa sedar.
“Begitupun saya tetap mengurus suami tanpa lelah hingga hari nak beranak, tugas itu saya serahkan kepada mentua kerana saya pula berpantang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lubuk Pukol, Kota Bahru, Kelantan.
Siti Nor Shafika berkata, tanggungjawab menjaga suaminya diambil alih selepas dia selesai berpantang dan dia juga sentiasa meletakkan anak dinamakan Mohammad Raihan di sisi Mohamad Rosdi dengan harapan lelaki itu memberi reaksi.
“Adakalanya dia kedipkan mata seolah beri reaksi positif,” katanya yang memberitahu keluarganya hilang punca pendapatan utama selepas suaminya hilang upaya kekal.
Suami Masih Terlantar
Terdahulu, keluarga itu menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi dan rombongan Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan diketuai Pengarahnya, Nora Yaacob.
Nora berkata, pihaknya menyerahkan bayaran pertama Faedah Hilang Upaya Kekal kepada waris mangsa berjumlah RM56,176.10 dan jumlah seterusnya akan dibayar secara bulanan sebanyak RM1,194.50.
Katanya, Mohamad Rosdi yang bekerja sebagai pembantu am di syarikat kontraktor turut layak menerima Elauan Layanan Sentiasa yang akan dibayar kepada penjaga.
Mingguan Wanita: Semoga Siti Nor Shafika terus kuat dan sabar menjaga suami dan anaknya.
Setiap bayi yang dilahirkan pastinya akan diberikan nama yang bersesuaian, malah mempunyai kenangan tersendiri untuk diingati sempena kelahirannya.
Seorang bayi perempuan berasal dari Palembang, Indonesia yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 pada Ahad, telah dinamakan dengan ‘Adibah Asean Games’.
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Anak Keempat
Menurut Yordania, 38 tahun, selepas kelahiran anak keempatnya itu, dia dan isteri, Veranova, merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya.
Uniknya nama yang diberikan, pastinya akan diingati seumur hidup. Semoga membesar meminati bidang kesukanan dan menjadi atlet yang berjaya suatu hari nanti!
Kalau mak mentua berhajat nak tinggal dengan anak, tolonglah jaga mulut. Jangan sesekali menjaja cerita perihal anak menantu kepada orang lain. Sikap mak mentua beginilah yang akan mengacau rumah tangga anak menantu sehingga boleh menyebabkan hubungan suami isteri menjadi dingin.
Mak Mentua Tolonglah Jaga Mulut Kalau Nak Tinggal Dengan Anak Menantu
Tidak semua sikap mak mentua itu betul, ada kalanya ada juga salahnya. Setiap wanita ingin dan mengidamkan hubungan yang baik dengan mak mentua apatah lagi bila tinggal sebumbung. Oleh itu sebagai mak mentua, berilah kerjasama yang baik kepada menantu supaya dia menjadi menantu yang baik.
Ibu Mentua Duduk Dengan Anak Menantu
Hidup sebumbung dengan mertua bukan sesuatu yang mudah jika masing-masing ego dan tidak mahu beralah. Tidak kiralah sama ada menantu atau mertua.
Bagi mengekalkan hubungan yang baik memerlukan kerjasama dua hala baik dari menantu perempuan dan juga mertua. Jika menantu saja berusaha untuk menambat hati mertua, kemudian mertua remehkan sudah tentu ianya tidak akan berjaya.
Nasihat ikhlas dari nenek ini telah menjadi amalannya sejak dahulu lagi bila tinggal bersama anak, menantu. Katanya dalam menjaga hubungan yang baik, mulut kena jaga.
‘Mulut kena jaga sebab kalau mulut jahat menantu benci. Saya tak pernah cerita dengan orang tentang hal menantu. Tak pernah cerita dia tak pandai masak ke, tak pandai berkemas ke,’ jelas nenek ini yang dikenali dengan panggilan Tok Pah.
Jangan Jaja Cerita Pada Orang
Jangan Jaja Cerita
Tambah nenek lagi, oleh sebab itulah bila tinggal dengan menantu, menantu tak benci dan tak marah. ‘Ini tidak menantu masak tak sedap cerita dengan orang, serba serbi cerita dengan orang. Bila orang sampaikan pada menantu, marahlah dia.’ Ujarnya.
Baik menantu perempuan atau mentua masing-masing kena jaga mulut agar hubungan baik dapat dikekalkan.
Nasihatnya lagi, mak mentua ini jika duduk bersama anak, menantu terutamanya dengan menantu perempuan, mulut kena betul-betul jaga. Jangan nak bercerita dengan orang.
Hal Menantu Simpan Sendiri Jangan Cerita Pada Orang!
Sikap nenek ini membuatkan dia bahagia saja tinggal dengan anak menantu hingga ke saat ini dan tiada masalah yang timbul antaranya dengan anak, menantu.
Kesimpulannya, baik menantu perempuan atau mertua masing-masing kena jaga mulut agar hubungan baik dapat dikekalkan. Menantu pun anak juga dan janganlah dianggap menantu itu orang luar. Baik menantu atau mertua keduanya perlu bertoleransi dalam menjaga hubungan yang baik.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.