Ada Sebab Kenapa Isteri TETAP BERTAHAN Walau Suami Buat Perangai

Ada sebab tertentu mengapa seorang wanita masih mempertahankan rumah tangganya. Walau berkali-kali hatinya dilukai hingga ada kalanya terasa maruah diri sebagai isteri dipijak suami, namun dia tetap bertahan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk keluar daripada ikatan perkahwinan itu.

Ada Sebabnya Tak Semua Faham

Ya, memang betul. Tiap orang dalam hidup punya banyak pilihan. Pasti orang sekeliling akan tertanya-tanya; kenapa isteri itu tetap mahu bertahan? Tetap rela diri berendam air mata. Kenapa tak berpisah saja? Takkan terlalu lemah?

Yang melalui sahaja yang faham. Sebagai orang luar kita tak sepatutnya menuduh sembarangan pada wanita yang berada dalam situasi itu. Mungkin sebagai rakan atau ahli keluarga, kita mampu menasihati mereka, untuk ‘membuka’ hati dan minda mereka. Supaya mereka dapat keluar mencari bahagia. Tapi, kenapa si isteri itu masih tetap bertahan dalam perkahwinan penuh air mata itu?

Ada Sebab Kenapa Isteri TETAP BERTAHAN Walau Suami Buat Perangai

Soal Hati

Bila menyentuh soal hati, sukar nak dikata. Kalau dah sayang, semuanya mampu ditelan walau sepahit mana pun dugaan itu. Sama seperti wanita yang diduga dengan pelbagai masalah berpunca daripada sikap suami.

Ada isteri yang memiliki suami yang panas baran. Pantang silap sikit, ditengking umpama isteri buat kesalahan besar sedangkan puncanya bila isteri silap letak barang kepunyaannya. Habis dilempar barang. Belum lagi dimaki isteri di depan anak-anak.

Ads

Bayangkan apa perasaan isteri? Namun, isteri masih mampu bertahan. Sebabnya dia sayangkan suaminya itu. Tambahan pula katanya suaminya baran tapi tak sampai ‘naik tangan’.

Dia sedar, dia sebenarnya mengalami penderaan emosi oleh suami. Tapi dia tetap reda. Sebab apa? Sebab kasih sayangnya masih menebal pada suami. Segalanya ditelan jua.

Lagi artikel menarik di sini:

Kenapa Isteri Sanggup Bertahan Walau Jadi Mangsa Deraan Emosi Dan Fizikal?

Ads

Suami Sibuk Nak Buka ‘Cawangan’ Baru, Tapi Janganlah Diburukkan Isteri Sedia Ada!

Ikuti Mingguan Wanita di Instagram

Ada Sebabnya…Demi Anak-Anak

Ada isteri yang masih tetap bertahan kerana anak-anak. Dia tak sanggup melihat anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Walau pun alasan itu tidak sepatutnya jadi penghalang untuk seseorang wanita itu keluar daripada rumah tangga yang tidak lagi bahagia buat dirinya, namun itu adalah antara sebab mengapa ramai isteri tak sanggup bercerai.

Mereka rela korbankan kebahagiaan diri sendiri demi anak-anak. Walau pun mungkin pada hakikatnya mungkin anak-anak juga lebih bahagia jika mereka berjauhan daripada ayah mereka. Tentu anak-anak juga sedih bila melihat ibu mereka tidak dilayan dengan baik oleh bapa mereka sendiri.

Ads

Bergantung Pada Suami Sepenuhnya

Wanita yang masih tetap cuba bertahan adalah kerana dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk menampung kehidupan. Sebab itu dia tidak dapat bayangkan kalau berpisah, dia dan anak-anak hidup susah.

Baginya, pengorbanan emosinya masih mampu ditanggung berbanding beban kewangan yang mungkin terpaksa dipikul andai pilih berpisah.

Takut Status SINGLE

Mungkin ada yang hairan dan tak percaya dengan alasan yang satu ini. Di zaman yang serba moden, soal status seseorang wanita bukan lagi isu besar.  Tapi masih ramai wanita yang ‘takut’ dengan gelaran itu. Mereka rasa malu andai diketahui masyarakat bahawa mereka sudah bercerai.

Tidak sepatutnya ini dijadikan alasan. Berapa ramai wanita yang bergelar ibu tunggal Berjaya membuktikan mereka mampu berjaya bahkan lebih berjaya selepas keluar daripada rumah tangga yang tak membahagiakan itu. Sepatutnya wanita-wanita ini dijadikan contoh betapa wanita sebenarnya sangat kuat.

Apa juga alasan, jangan terus biarkan diri didera emosi oleh suami. Bila isteri asyik memendam, ditakuti lama kelamaan ia akan menimbulkan depresi dalam diam. Ingatlah, BAHAGIA itu perlu dicari. Binalah kekuatan untuk mencarinya…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI