‘Ada masalah pendengaran, tak boleh cakap & berjalan.’ Ibu tunggal alami kesukaran jaga tiga anak OKU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sudahlah berpisah dengan suami, kini dialah ibu dan ayah dalam membesarkan ketiga-tiga anaknya yang OKU. Apatah ketiganya anaknya memerlukan pemerhatian yang khusus disebabkan masalah yang dialami.
Kesukaran hidup seorang ibu tunggal di Bagan Datuk menjaga tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Pihak MAIPk telah mengunjungi wanita itu, Saizana Ermah Hamdan, 35, yang menjaga tiga anaknya iaitu Muhammad Emariz Adam, 10; Aaira Syifaa, 5; Muhammad Afnan, 4.
Tiga beradik itu mengalami masalah pendengaran, masih belum boleh bercakap dan berjalan dan disahkan oleh doktor bahawa mereka mengalami penyakit dikenali global development delay atau perkembangan atau pembesaran lewat.
Jaga Tiga Anak OKU
Menurut MAIPk, wanita itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM1,500 sebulan atas nama sendiri bagi perbelanjaan ketiga-tiga anaknya dan bantuan tersebut merangkumi pembelian susu dan lampin pakai buang.
Ads
“Wanita itu juga ada menerima bantuan kecemasan segera daripada MAIPk berjumlah RM300 pada tahun 2020 dan dalam senarai nama penerima bantuan Hari Raya Tahun 2022.
“Dicadangkan kelulusan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM300 di bawah kelulusan segera Pegawai Baitulmal Daerah,” katanya.
Menurut kenyataan MAIPk, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Mohd. Shahmer Mahzuz Mohd. Zin dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Luar Bandar), Ahmad Faiz Sakri menyampaikan bantuan kecemasan segera berjumlah RM300 dan beras.
MAIPk menjelaskan, Saizanah merupakan ibu tunggal yang baru sahaja berpisah dengan suaminya pada Mac lalu.
Ads
Menurut MAIPk, wanita itu kini tinggal bersama anak-anaknya di rumah milik sendiri di Kampung Simpang 3, Rungkup Bagan Datuk bersebelahan rumah ibu bapanya.
Tak Boleh Cakap & Berjalan
Katanya, bagi menambah perbelanjaan isi rumah, wanita itu menjalankan perniagaan dalam talian secara kecil kecilan dengan purata pendapatan bersih sebanyak RM150 dan RM200 sahaja.
“Wanita itu memberitahu anak-anaknya memerlukan pendingin hawa kerana tidak selesa dengan keadaan panas dan akan menangis serta keadaan tidak terkawal.
“Berikutan penggunaan kerap penghawa dingin, bil elektrik di rumahnya mencecah RM150 sebulan dan menyebabkan ada beberapa bulan dia tidak mampu menjelaskan bil elektrik.
“Keperluan utama wanita itu dan anak anaknya adalah perbelanjaan isi rumah. Wang bantuan yang diterima daripada JKM hanya mencukupi bagi perubatan anak-anaknya dan kekurangan pendapatan dalam perbelanjaan harian lain termasuk pembayaran bil elektrik,” katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh memberi sumbangan kepada tiga beradik ini ke akaun ibu mereka, Saizana Ermah Hamdan di akaun Maybank 158387134942.
Mingguan Wanita: Semoga ibu ini terus kuat untuk menjaga anugerah yang diamanahkan Allah. Memang berat tanggungjawabnya namun insyallah ganjaran pahala besar menanti di sana pabila menguruskan anak-anak syurga ini.
“Siapa Anak Kena ‘Chicken Pox’ Tolonglah Duduk Rumah Jangan ‘Selfish!,” Anzalna. Dalam perkongsian terbaru pelakon cantik Anzalna Nasir, 35 ini di Instagram ada berkongsi luahan rasa kesal kepada mak ayah yang bersikap pentingkan diri dan tetap membawa anak-anak pergi beraya meskipun anak tidak sihat dan menghidap demam campak (Chicken pox). Bukan apa, penyakit seperti demam campak ini boleh berjangkit pada orang lain pula.
Jangan Bersikap Pentingkan Diri
Ia susulan anak-anak saudaranya berjangkit penyakit demam campak ini sewaktu hari raya.
“Missing @diananasir86 sebab anak-anak dia berjangkit chicken pox! Kesian @the_angguns.”
“Siapa anak yang kena chicken pox can try dan siapa yang kena tu tolong la duduk rumah jangan selfish!” ujarnya.
Tip Hilangkan Gatal & Kesan Parut
Disamping itu, ibu kepada dua orang cahayamata ini juga ada berkongsi tip bagi mengurangkan kegatalan dan kesan parut akibat demam campak. Iaitu dengan berendam di dalam air Soda Bikarbonat.
“Tiba-tiba teringat waktu kami empat beradik (@nazirahnasir97 dalam perut mama) kena chicken pox serentak kat Canada. Doktor kat sana suruh berendam air Bicarbonate of soda dalam bathtub untuk kurangkan gatal dan tak tinggalkan kesan,” ujar pelakon ini.
Hasil perkahwinan dengan Hanif Zaki pada 2016, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang comel bernama Mohamad Eidress,4 dan Mohammad Emirhan, 11 Bulan.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya apa yang dikongsikan oleh Anzalna ini. Jadi mak ayah jangan pentingkan diri, bawa anak-anak yang berpenyakit demam campak pergi beraya. Penyakit sebegini memang berjangkit dan boleh menjangkiti anak orang lain pula.
Selepas menimang cahaya mata ketiga pada 15 Jun lalu, pasangan selebriti popular, Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya, Datin Lisa Surihani telahpun melaksanakan upacara aqiqah.
Memandangkan negara masih lagi dalam PKP pasangan ini telah menyempurnakan aqiqah dengan cara terbaik dan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di mana penyembelihan dua ekor kambing serta makanan diagihkan dan dihantar kepada golongan asnaf dan keluarga terdekat.
Terbaik Lisa, Yusry, Syukur Semua Dipermudahkan
Malah Lisa juga berasa sangat bersyukur segalanya dipermudahkan.
“Terima kasih @kedaikopikl tolong mempermudahkan utk kami supaya dapat laksanakan Upacara Aqiqah bagi anak kami Yunos Laith Bin Yusry.
“Dan membantu kami untuk agihkan dengan servis penghantaran masakan Nasi Arab dari penyembelihan dua ekor kambing bagi golongan asnaf dan keluarga terdekat. Alhamdulillah selesai. Thank you Sayang Daddy @yusryabdhalim,” tulis Lisa menerusi entri video di akaun Instagramnya itu.
Peminat Jadikan Pasangan Ini Contoh Terbaik
Malah apa yang dilakukan oleh pasangan ini juga mendapat pujian wargat dan juga peminat Yusry dan Lisa. Malah mereka mahu menjadikan pasangan ini sebagai contoh terbaik.
“Alhamdulillah and Tahniah pada Dato and Datin.. Awalan hidup yg sempurna buat Yunos. Semoga dapat menjadi contoh buat semua kita,” komen ctmazlifah.
Pujian Warganet
kiasahkadhra
Alhamdulillah mmg cara yang betul mendahulukan asnaf. Semoga ada keberkatan disitu.
wanhanim1969
Alhamdulillah …. May Allah SWT bless the aqiqah n bless Yunos Laith to be amongst muslims that upholds Islamic teachings.
rozitanorr
Alhamdullillah…itu lah yg sebaik-baiknya…semuga allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga awak berdua…amin
suriyati378satu
Alhamdulillah
wd_ciktipah
Allahuakbar macam ni la contoh tauladan, semoga Lisa dan Yusry sentiasa dalam rahmat Allah amiinn
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
“Jangan tunggu sampai bapa sudah tak ada” itulah antara luahan Datuk Yusof Haslam. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.
Walaupun kita tidak sependapat dengan ibu atau bapa, jangan sesekali meninggikan suara, membentak atau bercakap dalam nada keras ketika sedang berbicara dengan mereka. Setiap orang ada pandangan tersendiri, sesuai dengan keadaan dan kehendak diri. Jadi, hormati pandangan atau pendapat ibu bapa walaupun ia kedengaran tidak logik pada anda.
Seperti yang diketahui umum, konflik keluarga antara Syamsul Yusof dan ibu bapanya sudah lama berlaku. Terbaru menerusi perkongsian rancangan Melodi, Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa terhadap anak lelakinya Syamsul Yusof.
“Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada”
Menurut Datuk Yusof, Syamsul sudah bertahun tidak pulang ke rumah. Malah dirinya memberi nasihat buat anaknya agar pulanglah ke rumah dan lupakan sengketa dan berbaik dengan keluarga.
Bukan sekadar Datuk Yusof malah isterinya Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul dan tidak menyimpan dendam terhadap anaknya itu.
“Kami sudah nak menjangkau usia 70 tahun pada tahun depan… Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari!
“Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan ibu (terutamanya) dan keluarga. Wang bukan segala-galanya. Dalam solat kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” ungkapnya.
Rindu Syamsul
Walau akui dirinya dan isteri rindui Syamsul namun mereka reda dengan sikap anaknya yang tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi.
“Mestilah rindu, kita sayang anak kita, kan?
“Tiada istilah benci anak sendiri tapi saya sudah letih dengan semua ini,. Jiwa saya dan isteri sudah tenang dan terima semua yang berlaku ini.
“Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” sambungnya.
Kali Terakhir Berhubung Menerusi Telefon Setahun Lalu
Ibu bapa mana yang tidak merindui anak, Datuk Yusof mendedahkan kali terakhir bercakap dengan Syamsul menerusi telefon sekitar setahun yang lalu.
“Saya pun tak ingat bila, seingat saya tahun lepas masa mak mentua saya sakit. Ibunya ada hubungi dia, masa itu saya ada berbual sekejap.
“Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan.
“Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” luahnya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.