‘Ada beza didik anak buat kerja rumah dan jadikan hamba.’ Nak melentur ada caranya. Betul tak? Dalam mendidik anak tak boleh salah cara nanti lain impaknya.
Memang seronok bila tengok anak orang lain dapat lakukan itu dan ini dalam membantu mak ayahnya di rumah. Jika anak itu gembira melakukan kerja rumah, tak salah. Namun bila dia berasa terpaksa dan lelah, kasihanlah.
Ada Beza Didik Anak
Kongsi Puan Wawa Syauqi, ‘Saya bangga dengan parents yang berjaya didik anak sampai mahir buat kerja-kerja rumah ni. Saya sendiri pun masih bertatih.’
Saya sangat sokong.
Bahawa anak-anak ni perlu diajar buat kerja-kerja rumah sedari awal lagi. Supaya kita tak terkontang-kanting buat kerja sorang-sorang sampai ke tua.
Dan supaya mereka jadi dewasa yang ada high sense of responsibility.
Tapi,
Hati-hati dengan pemahaman ‘didik anak buat kerja rumah’ ni.
Ada beza didik anak buat kerja rumah,
dan jadikan anak hamba untuk selesaikan segala kerja rumah.
Saya percaya dalam mendidik anak ni, kena ada seninya. Nak melentur tak boleh kurang, tak boleh lebih.
Kurang, dia tak bergerak.
Lebih, takut dia patah.
Tak salah nak didik anak buat kerja rumah dari kecil. Tapi biarlah berpadanan dengan usia mereka.
Ads
Nak Melentur
Bak kata Dr Rozanizam Zakaria ,
“Jangan dewasakan anak sebelum waktunya. Kelak beban emosi dan psikologi yang ditanggung, akan menjadi benih kepada masalah mental bila dewasa.”
Waktu kecil, anak mungkin menuruti atas dasar hormat dan takut. Bila mereka mula dewasa dan mula berkuasa, sisi gelap akan mula kelihatan.
Paling tak nak, kesan toxic cycle ini akan diwarisi generasi ke generasi.
Ada pesanan yang selalu keluar dari mulut mentor-mentor parenting :
1. Anak bukan milik kita.
Yang boleh kita perguna dan bertindak ikut perasaan.
Mereka hanyalah pinjaman. Mereka juga amanah yang akan ditanya cara kita mendidiknya.
Maka didiklah mengikut panduan agama dan saranan sains. Bukan ikut logik akal dan kehendak kita.
2. Jangan berlebihan.
Berlebihan dalam menyayangi anak. Sampai tak sanggup nak suruh anak lakukan kerja-kerja rumah.
Ads
Atau berlebihan dalam menyuruh anak.
Sampai kita lupa anak juga ada emosi untuk dipelihara. Dan ada hak untuk menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak.
3. Pertimbangkan keperluan emosi mereka.
Sebagai dewasa, ada masa kita lupa untuk rendahkan ego. Menjerkah, menyuruh dan memekik. Sampai tak sedar yang anak-anak juga ada air muka yang perlu dijaga.
Ada Caranya
Akan sampai satu masa anak akan dewasa dan rasa diri mula berkuasa.
Jangan kita lupa hakikat bahawa, bagaimana anak melayani kita pada sepuluh tahun akan datang adalah kesan dari bagaimana kita melayani mereka pada hari ini.
4. Jadilah coach, bukan bos.
Didiklah mereka dengan niat mereka jadi dewasa yang bertanggungjawab dan tinggi common sense di hari esok.
Ads
Bukan semata-mata menyuruh demi memudahkan tugas kita pada hari ini.
Kita suruh anak sana-sini. Tapi kita kat tepi dok goyang kaki.
Didikan kita mungkin membentuk bakal dewasa yang menyakitkan hati. Atau dewasa yang disenangi.
Saya doakan, mak ayah yang membaca ini dikurniakan kekuatan dan ilmu yang betul untuk mendidik anak-anak yang cemerlang di dunia. Dan bahagia di akhirat.
Mingguan Wanita : Tak salah jika mak ayah mendidik anak-anak melakukan kerja-kerja rumah, namun janganlah melampaui batas.
Ayah, jarang nak luahkan rasa sayang pada anak-anaknya. Sampaikan ibu jadi penghubung dan akan beritahu apa yang ayah pesan dan tegur. Begitulah ayah, segalanya yang dia lakukan demi untuk isteri dan anak-anak.
Kalau nak dibandingkan dengan ibu, ayah berbeza dan kalau nak tunjuk sayang pada anak-anak pun dengan cara tingkah laku dan perbuatan. Namun, kita tahu jauh di sudut hati, kasih sayangnya tak pernah pudar.
Sebab itulah, ibu jadi penghubung antara ayah dengan anak. Begitu juga sebaliknya. Kalau mak marah, petik nama ayah terus anak gerun. Ayah pula cukuplah berdehem saja dah buat anak diam.
Gambaran seorang ayah yang jarang meminta atau tagih simpati pada anak-anak. Dia ada masalah sekalipun, hanya diam dan jarang luahkan. Kalau ada sekalipun untuk dia luahkan, ibulah jadi penghubungnya.
Ini adalah mesej emak aku sebelum Hari Raya Aidiladha tempoh hari.
Benarlah kata orang, ayah ini sukar untuk menangis, tapi jauh disudut hatinya dia terpaksa menahan sebaknya, sedihnya.
Kedua, orang lelaki ni memang sukar nak luahkan sayangnya. Tetapi dia akan luahkan sayangnya melalui tingkah lakunya atau perbuatannya. Begitulah lelaki itu mengambarkan sayangnya kepada orang sekeliling yang dia sayangi contoh isteri dan anak anak.
Ketiga, lelaki ini, walau banyak mana kesusahan yang dia alami, kesulitan yang sedang dia hadapi, tetapi dia tidak sesekali untuk mudah berbicara. Kerana bagi mereka, biarlah kesusahan itu, kesulitan itu, biarlah mereka sahaja yang hadapi dan rasainya.
Begitulah ayah kita. Mereka gembira dengan kejayaan kita, kekayaan kita dan apa jua yang kita kecapi. Tapi amat jarang mereka minta dan menagih simpati dari kita.
Ibu ‘Tukang’ Cerita Jerit Perit Ayah
Selagi mana kudrat yang mereka ada, selagi itu ayah kita akan terus menjalankan kehidupannya tanpa dipaksa. Ibulah yang menjadi penghubung antara ayah dan anak. Ibulah yang selalu mencerita keperitan ayah ketika kita berjauhan.
Ada ketika aku sungguh berdosa. Tidak aku terfikir melihat apakah kain pelikat yang ayah pakai setiap hari. Adakah bertukar atau itu sahaja diulang ulanginya.
Sedangkan waktu aku kecil setiba raya sahaja pasti baju baru dibeli tanpa dirayu dan dipinta.
Abah, maafkan abang sebab tidak mampu menjadi yang terbaik
Walaupun abah garang, abah selalu cakap lepas, tapi abah adalah abah yang
terbaik
Aku tahu suatu hari nanti jika abah dah tiada, pasti sunyi dunia aku ini.
Mingguan Wanita : Sebaknya. Isterilah tempat dia luahkan perasaan dan boleh lihat ara dia tunjukkan kasih sayang pada anak-anak.
Tidak dinafikan setelah berkahwin dan dikurniakan zuriat, perhatian mak ayah akan lebih terarah kepada keperluan dan kehendak anak-anak. Kadang-kadang akibat terlalu sibukkan urusan anak, hati pasangan tidak terjaga.
Sepatutnya ramai mana pun anak kita, sebaiknya keraplah curi masa berdua-duaan. Tidak perlu berlama-lama, memadai dua, tiga tetapi masa itu digunakan sepenuhnya tentang untuk bercakap tentang hal suami, isteri. Luahkan apa yang patut yang selama ini kita terlepas pandang.
Setelah kehilangan, baru aku sedar yang aku tak cukup memberi pada isteri aku. Biasalah kan, lepas dah tidak ada baru kita sedar apa yang kita hilangkan? It's too late.
Beberapa bulan terakhir, kami ada plan, ambil cuti, hantar anak-anak ke tadika dan kami nak pergi dating, nak tengok wayang, nak makan dengan tenang, dia nak pergi spa serta itu, ini.
Kami sempat keluar sekali jer, tu pun beberapa jam sahaja, tak sempat tengok wayang pun. Tapi sebab dapat jalan berdua dan pegang tangan tak lepas, seronok kemain. Lepas tu bila balik ke normal rutin, pegang tangan jadi kurang, nak bersembang pun kurang, gurau senda pun kurang, semuanya kurang. Sibuk dengan kerja dan anak-anak punya pasal.
Tiba-tiba dia diambil Tuhan.
Terus aku rindu segalanya, terus aku ingat segala benda yang kecil dan remeh- temeh. Ya Allah, kalaulah masa tu boleh undur macam-macam aku nak betulkan balik.
1. Nak selalu pegang tangan dia. Walaupun nampak kecik, tapi dia sangat suka. Aku rasa semua perempuan suka kot bila laki dia pegang tangan sambil berjalan. Sungguh, aku teringin sangat nak buat tu.
2. Nak selalu ucap sayang dan rindu. Kadang bila dah kahwin lama, kita tak ambil endah benda gitu. Alah dah sama-sama faham yang i love you dan you love me. Tapi sebenarnya ungkapan tersebut jika keluar dari mulut sangat lebih memberi makna. Kalau dia masih hidup aku nak ucap setiap kali bertentang mata. Sungguh.
3. Nak ringankan tugas dia sebagai ibu. Aku sanggup buat semua kerja rumah agar dia tak penat dan dapat tumpu uruskan anak-anak dan juga aku. Dapat dia bergelak tawa dan gomol anak-anak selalu. Aku pun dapat tempiasnya. Sungguh, aku sanggup.
4. Nak selalu bagi bunga kat dia. Dulu sebelum kahwin kemain romantik, asal jumpa jer bagi bunga, asal bagi bunga jer, jumpa. Lepas kahwin jarang-jarang sangat aku bagi kecuali special ocassion. Aku tahu dia suka bunga, mata dia "sparkling" setiap kali dapat bunga. Tapi tulah, bila dah lama aku rasa macam alah tak perlu lah. Sungguh, aku nak bagi bunga pada dia setiap minggu. Sekuntum pun cukup asalkan bagi.
5. Aku nak bersembang lama dengan dia. Inilah yang paling aku inginkan. Demi Allah sunyi gila walaupun ada riuh dan hiruk pikuk jeritan dan tangisan anak-anak. Kalau diberi peluang aku nak duduk dan pandang wajah dia, bersembang lama-lama dengan dia, nak cerita segalanya pada dia.
Sungguh. Begitulah, sesekali rindu datang, aku pun mengenang. Acapkali aku kesal kerana tak berikan sepenuhnya pada dia. Kau yang belum kehilangan, hargailah apa yang kau masih ada. Belajarlah dari kesilapan aku.
MW: Hargailah pasangan selagi dia masih ada, sesungguhnya menghargai saat dia tiada lagi adalah fasa yang cukup menyakitkan. Oleh itu, menangilah hati isteri dan mewahkan isteri dengan rasa kasih, cinta serta sayang yang tiada bandingnya.
Zaman sekarang, ramai mak ayah yang gemar bagi anak-anak gajet seperti tab, handphone, ipad dan sebagainya. Ada mak ayah ambil ‘jalan mudah’ bagi anak-anak yang masih kecil main gajet untuk ‘senyapkan’ kerenah mereka. Hati-hati iya mak ayah yang bersikap begini. Bagi anak yang masih kecil terdedah selalu dengan skrin handphone boleh merosakkan penglihatan dan menyebabkan rabun teruk!
Myopia
Baru-baru ini dilaporkan, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun bernama Xiao Man dari Jiangsu, China mengalami masalah rabun jauh teruk iaitu Myopia gara-gara terlalu ketagih dengan gajet. Tanpa disedari rabun ‘power’ matanya sudah mencecah 900 darjah!
Ia berpunca daripada mak ayah kanak-kanak ini yang memberikan telefon pintar pada anaknya sejak berumur 1 tahun.Mereka membiasakan Xiao Man dengan gajet sepanjang masa, berjam-jam dan menjadikan anaknya sangat selesa dan tidak menangis apabila smartphone berada di tangan.
Gambar hiasan
Dikesan Rabun
Selepas setahun dibiarkan kerap main handphone, Xiao Man menunjukkan beberapa tanda-tanda rabun.Xiao Man mula mengecilkan mata dan mengerutkan dahi apabila melihat skrin handphone. Namun keluarganya menganggap ia hanyalah satu tabiat buruk dan tak memandang serius.
Sehinggalah pada suatu hari, mak ayah Xiao Man membawanya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan mata. Apa yang mengejutkan rupa-rupanya Xiao Man sudah mengalami 900 darjah rabun dekat!
Menurut doktor, kanak-kanak yang masih kecil seperti Xiao Man amatlah tidak sesuai didedahkan dengan penggunaan gajet. Ia boleh menyebabkan masalah mata yang teruk. Malah tambah doktor, apabila meningkat usia, masalah rabun matanya akan jadi lebih teruk.
Doktor juga menasihatkan bahawa kanak-kanak dibawah umur 3 tahun tidak seharusnya dibenarkan menggunakan gajet elektonik. Manakala bagi umur tiga hingga enam tahun, hanya dibenarkan menggunakan gajet maksimum 30 minit setiap hari. Mak ayah juga seharusnya mengambil berat dan memerhatikan simptom yang ada pada anak sekiranya mempunyai tanda-tanda masalah penglihatan. Seperti kerap menggosok mata, mata kerap berkedip, mengerutkan dahi, mengecilkan mata dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Buat mak ayah jadikan kisah ini satu pengajaran. Jangan sikap ambil mudah kita, bagi anak gajet tak mengira masa dan tidak dikawal penggunaannya, mengakibatkan anak mengalami masalah mata dan rabun teruk pula!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...