Alangkah beruntungnya miliki ikatan adik-beradik yang tetap utuh malah kuat walaupun selepas ketiadaan orang tua. Ini juga satu bentuk rezeki yang perlu disyukuri oleh adik-beradik.
Wanita ini, Niena Samsir bersyukur kerana abangnya rela hati menanggung kehidupannya dari kecil sampailah dewasa. Tetap menyediakan segala keperluan kehidupannya termasuklah kos pembelajaran dan sebagainya.
Abangnya itu tetap tunaikan amanahnya menjaga adik-beradik. Walaupun abang tidak belajar tinggi, budi yang abangnya beri tetap dikenang sampai ke akhir hayatnya.
Abang Tanggung Semua Kehidupan..
Lelaki inilah yang menanggung hidup ummi sejak umur ummi kecik sampai ummi umur 21 tahun. Tanggung macam mana?
Kos sekolah, belanja, kos masuk kolej, perbelanjaan harian, beli baju raya, kos bila tak sihat pergi klinik, banyak lagi lah. Adik bongsu pulak kuat belanja. Kalau fikir balik, berapa peruntukan sebulan kita sanggup nak tanggung kos untuk adik kita?
Sekolah tak tinggi, tapi jasanya tak ternilai. Allah saja yang dapat membalasnya.
Ummi tak de impian nak kaya, tapi impian ummi semoga Allah izinkan ummi untuk bahagiakan dan berbakti pula pada abang ummi.
Pernah kawan ummi cakap pada ummi,
“Abang awak tanggung semua kehidupan awak? Abang kita suruh beli kfc pun dia suruh bayar balik. Baiknya abang awak!”
Abang Garang, Nak Minta Duit Pun Seram
Yea, kalau ummi cerita pada kawan-kawan macam mana abang ummi tanggung hidup ummi, majority macam terkejut. Abang ummi ni garang tau. Dulu, kalau nak minta duit, seram jugak lah, tapi dalam garang tu dia hulur jugak.
Kadang-kadang malu kalau abang minta tolong ummi tak dapat bantu. Malu sebab abang dah banyak bantu sejak ummi kecik, tapi bila abang memerlukan bantuan, ummi tak dapat bantu.
Ummi rasa bersyukur sangat bila ayah Haziq kata nak bekerjasama dengan abang ummi. Dulu kami tak selalu jumpa. Tapi sekarang, boleh kata setiap hari lah boleh jumpa abang.
Arwah mak pernah pesan,
“Nanti kalau mak dah tak de, adik jaga hubungan dengan abang dan kakak ya. Jangan berjauhan, jangan bergaduh, kalau boleh, adik bekerjasamalah dengan abang dan kakak berniaga sama-sama. Ni impian mak, tapi mak belum mampu nak buat. Adik tolong mak capai impian mak ni, boleh? Mak yakin, adik boleh buat.”
Baca sini : Tak sesat pun hantar anak ke tadika Cina, asalkan didikannya betul dari rumah lagi
Bisnes Satukan Ikatan Adik-Beradik
Masa arwah mak cakap tu, ummi menung. Bisnes apa nak buat nak satukan adik-beradik? Boleh ke aku nak realisasikan impian mak ni.
Sekarang, kami mulakan dulu bekerjasama dengan abang. Kami bantu abang dapatkan client dan Alhamdulillah sekarang abang ummi terpaksa turun Semenyih setiap hari sebab ramai penduduk Semenyih perlukan bantuan khidmat plumber.
Sebelum ni abang ummi gerak sendiri je. Walaupun dia tak sekolah tinggi, tapi dah banyak projek perumahan dan kilang dapat sentuhan tangan dia.
Dia belajar dari pengalaman dia. Dia selalu cakap, “abang bodoh, abang tak pandai macam adik-adik abang.”
Tapi, adik-adik abang pun tak mampu nak berkorban macam apa yang abang buat.
Doakan kami dapat realisasikan impian arwah mak ya. Hanya Allah saja dapat membalas segala jasa abang pada kami. Semoga mak bahagia di sana ada anak macam abang.
Terima kasih abang.
Mingguan Wanita : Ibarat biarlah air dicincang, ianya tidak akan terputus. Begitulah kuatnya hubungan adik-beradik ini.
Sumber/Foto : Niena Samsir
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI