Cuba kongsi berapa ramai mak-mak pandai goreng bihun. Tak semua orang boleh masak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur. Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini. Memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.
Bila dah salah masak bihun inilah yang akan jadi:
Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah.
Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.
Sebab Itu Tak Boleh Langgar Pantang Larang Goreng Bihun
1. Tak Tengok Arahan Pada Paket
Tengok dekat paket bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.
2. Tak Perasan Bihun Ni Rupa Je Sama Tapi Kekenyalan Berbeza
Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.
Ads
3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari
Air tangan tu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam tu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari tu boleh ke tidak. Kalau senang tu dah cukup lembutlah tu.
4. Tak Ambil Pusing Masa Merendam
Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun tu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun tu lembut.
Ads
5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting
Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai dah terlalu lembik baru nak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air tu barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa kena lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun tu tidaklah melekat sangat bila dah siap digoreng.
6. Tak Campur Air Masa Menumis, Goreng Bihun
Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut.
Ads
Kalau suri guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit dah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.
7. Tak Gunakan Dua Tangan
Hah! ni pelik… masak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.
8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam
Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa yang minat kek marble dan kek buah, apa kata kita sekalikan jadi kek marble buah. Ada sesetengah mak-mak buah kering nie mesti ke bawah. Kali nie kita kongsi resipi daripada Azina Ina Fans. Mesti cuba untuk raya nanti.
Melalui perkongsiannya:
“Siapa-siapa yang minat kek buah jenis bakar. Kali ni ada rasa coklat dan sedap sangat sebab buah kering yang digunakan kurang manis dan rasa masam-masam manis. Paling penting kek nie senang sangat nak buat.
2 cawan majerin 1 cawan gula halus (nak manis boleh tambah lagi) 5 sudu besar susu pekat 1 sudu besar esen vanila Mix sampai kembang gebu Cuci awal-awal buah kering, tos dan keringkan.2 cawan 1/2 tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 sb baking powder ayak kan ambik sesenduk dan letak pd buah kering td
Gaul sebati
Dekat bowl mixer td tambah kan susu tepung 1/4 cawan mix lgMasukkan 5 biji telur. Satu persatu yer.Masukkan tepung.Masukkan buah kering tadi kacau rataBahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian, letakkan serbuk koko dan kacau.Sedia untuk dibakar.
p/s: Tuang dalam loyang 8×8 lapik dengan baking paper.
Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama satu jam.
Setelah hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga, kehamilan pertama pastinya suatu perkara yang ditunggu-tunggu oleh Lisa Surihani dan pasangannya Yusry. Namun tiada siapa yang tahu disebalik kegembiraan menerima berita tentang kehamilan yang dinantikan itu, rupanya Lisa melalui detik sukar yang dikongsikan menerusi sepotong video yang dimuat naik di laman Instagram Mingguan Wanita semalam.
Pelakon cantik jelita ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne, membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah kegugurannya pada kehamilan pertama menerusi video sedutan episod Program Tanya Doktor Imelda yang akan bersiaran pada Khamis ini dengan topik “Punca dan Tips Tangani Keguguran”
Dalam sedutan video yang dimuat naik itu, Lisa dilihat sebak saat menceritakan detik tersebut.
“Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri, sewaktu saya mengandung anak yang pertama saya sebenarnya mengandung kembar.
“Bila saya membuat pemeriksaan dan saya diberitahu oleh doktor saya yang salah satu bayi dalam kandungan saya sudah tiada heart beat…
“Saya bersyukur saya dapat lahirkan Yahaira Leonne tapi saya nak tahu kenapa ia boleh berlaku?
“Sebab saya tanya, What does it mean? Adakah ia bermaksud ada prosedur yang perlu dilakukan?” luah Lisa
Untuk mengetahui cerita penuh Lisa dan juga perbincangan lanjut mengenai topik “ Punca dan Tips Tangani Keguguran”, jangan lupa saksikan episod Tanya Doktor Imelda pada Khamis ini, 18 Julai jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Foto: IG LISA SURIHANI & IG MINGGUAN WANITA
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau anak batuk dan selesema, mak-mak pasti tak senang duduk dengan kesihatan anak-anak. Biasanya peyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus. Jadi tak bolehlah nak biar sembuh sendiri.
Ok, memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelakkan semakin berlarutan tetapi mak-mak juga boleh cuba petua tradisional ini di rumah.
Orang kata, ubat bagi tapi petua pun boleh cuba. Andai kata nak cuba, mak-mak boleh cedok petua hilangkan batuk daripada Puan Ummu Umar Ali ini.
Petua Hilangkan Batuk Anak
Bismillahirrahmanirrahim.. Tengah hari tadi ada post pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah… Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai juga yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba.
Cara buat pun tak susah..
Langkah pertama
Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan wrna kulit bawang menjadi kekuningan.
Langkah kedua
Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
(boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
Langkah ketiga
Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cuba lah.. Mudahkn?
Nota:
Saya guna minyak telon.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...