
Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Artikel berkaitan: Perkara Boleh & Tak Boleh Dilakukan Semasa Hamil Untuk Elak Dijangkiti COVID-19!
Isteri Teruja Jadi Ibu
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga di Carcosa Sri Negara, Kuala Lumpur pada Mei 2013.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Jehan Miskin
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cium Batu Nisan Pun Dah Rasa Puas Sangat,” Noorkhiriah Luah Rindu Di Pusara Ayah

Isi Kandungan
Toggle“Cium Batu Nisan Pun Dah Rasa Puas Sangat,” Noorkhiriah Luah Rindu Di Pusara Ayah. Memang perit dan sakit rindu yang tak tertanggung apabila kehilangan orang tersayang. Lebih-lebih lagi jika kehilangan orang yang banyak berjasa pada kita sejak dari kecil. Dapat melihat kubur, meluahkan rasa hati, cukup untuk melepaskan sedikit rindu di dada.
Luah Rindu Di Pusara Ayah
Pelakon kecil molek Noorkhiriah Ahmad Shapie, 43 ada meluahkan rasa rindu di pusara Allahyarham bapanya, Ahmad Shapie baru-baru ini. Disebalik, perwatakan khiriah ini yang sering ceria, pelakon drama NUR ini mengakui dirinya ‘kalah’ menangis merindui arwah ayah tersayang, hinggakan mencium batu nisan pun rasa puas dalam melepaskan rindu. Ternyata ia rindu yang paling sakit.
“Orang selalu nampak akak gelak tapi bila part ni akak kalah..Rindu paling sakit..Ayah adalah lelaki pertama yang tak pernah sakitkan hati anak dia. Sangat betul dik…” ujar nya
Kongsi Khiriah lagi, ziarah ke kubur sempena ulangtahun ke-69 arwah ayahnya pada 3 Disember lepas. Pelakon ini juga mengharapkan supaya arwah ayahnya tenang di sana, malah turut menasihatkan para ‘follower’ yang masih ada kedua mak ayah supaya menjaga mereka dengan baik.
“Masa ni empangan akak pecah..hari lahir arwah ayah 3/12 baru ni. Semua anak-anak balik. Genap 69 tahun kalau ayah akak masih ada. Cium batu nisan pun akak dah rasa puas sangat..sakit rindu ni, sakit sangat.Semoga Pak tenang dekat sana. Al Fatihah..Pada yang masih ada keduanya jagalah elok-elok, sebab semua berbalik pada kita nanti.”
Seronok Berkumpul Adik Beradik
Disamping itu, Khiriah juga berkongsi kegembiraan dan kemeriahan apabila semua adik beradiknya dapat berkumpul bersama ketika pulang ke kampung baru-baru ini.
“Kami berkongsi rahim yang sama, takde apa yang mak nak tengok melainkan ini..anak-anak balik berkumpul yang jarang-jarang berlaku waima raya. Seorang ke hulu sorang ke hilir. Walau tak sampai 32 jam..tapi seronok mengalah ke kenduri,” ujar Noorkhiriah.

Mesti Baca:Sukakan Cabaran, Noorkhiriah Tak Sangka Berjaya Sekali Hafal Al-Kahfi Ayat 1-10 Di Set Shooting
Baca Lagi Di Sini:“Kalau Dulu Terselak Sana Terselak Sini, Sekarang Tutuplah, Kita Berhak Merubah Diri Sendiri” Noorkhiriah
Artikel Menarik:“Sebelum Meninggal Akak Nak Tinggalkan Sesuatu, Semoga Allah Pandang Usaha Kecil Ini” Noorkhiriah
Mingguan Wanita: Benar, rindu kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi mak ayah adalah rindu yang ‘paling sakit.’ Selagi mana masih mempunyai mak ayah, berbaktilah kepada mereka.
Sumber: Instagram Nukhiriah
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pembunuhan Kejam Abby Choi Kerana Harta, Bekas Bapa Mentua Tak Puas Hati Pembahagian Hartanah

Isi Kandungan
TogglePembunuhan kejam Abby Choi kerana harta, bekas bapa mentua tak puas hati pembahagian harta. Pembunuhan kejam dan sadis melibatkan pempengaruh dan model Abby Choi sememangnya menggemparkan. Hanya kerana harta, model cantik ini maut di tangan bekas bapa mentua durjana yang tamakkan hartanya.
Kira-kira dua minggu lalu, wajah Abby Choi Tin-Fung menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup mewah digital, L’Officiel Monaco.
Tetapi, dunia fesyen dikejutkan dengan berita kehilangan sosialit berusia 28 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Abby Choi pada Selasa lalu dan kemudiannya digemparkan dengan penemuan bahagian tubuh miliknya, tiga hari kemudian.
Pembunuhan Kejam Abby Choi Kerana Harta
Sebelum ini, ikon fesyen dan pempengaruh media sosial itu telah mencipta nama sebagai salah seorang individu paling disegani dalam industri berkenaan.
Wanita yang mempunyai gaya unik tersendiri itu bukan hanya popular di Hong Kong malah turut mempunyai peminat di seluruh dunia.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kepala Model Cantik ABBY CHOI Ditemui Dalam Periuk Sup!
Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!
Rupanya Masih Hidup, Pelakon Veteran Bollywood Dikatakan Meninggal Dunia Akibat Dibunuh Anak Sendiri
Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!
Abby sering dilihat menghadiri acara Paris Fashion Week dan tampil dalam sejumlah majalah terkenal seperti Elle, Vogue dan Harper’s Bazaar.

“Saya adalah seorang individu yang sentiasa mengambil inspirasi dan mencuba gaya baharu. Kadangkala saya juga cuba mengenakan busana lebih mewah dengan gaya suai dan padan untuk tampak berbeza,” katanya menerusi wawancara baru-baru ini.
Tetapi, kehidupan glamor beliau berakhir dengan tragis apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam yang dipercayai telah didalangi oleh bekas bapa mertuanya.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati rumah tiga tingkat yang menjadi lokasi penemuan bahagian tubuhnya dalam keadaan mengerikan dijadikan sebagai tempat ‘menyembelih’ Abby.
Beberapa laporan media mendakwa bekas bapa mertuanya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian hartanah mewah yang menjadi punca pertikaian hingga mereka tergamak membunuhnya tanpa perikemanusiaan.


Pada Jumaat, polis Hong Kong menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan terancang susulan penemuan pelbagai bukti jelas di sebuah rumah di perkampungan Lung Mei Tsuen di Tai Po yang terletak di pinggir bandar raya tersebut.
“Kami sedang berusaha mencari kepala mangsa,” kata jurucakap polis, Alan Chung ketika mengesahkan sepasang kaki mangsa ditemui di dalam sebuah peti sejuk.Menurutnya, rumah itu turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging, namun tidak mempunyai sebarang perabot.
“Kami percaya kediaman itu disewa semata-mata untuk melupuskan mayatnya. Dua bekas mengandungi tisu manusia ditinggalkan di lokasi kejadian. Bahagian badan dan tangannya juga belum ditemui,” jelasnya lagi.

Sebagai usaha menjejaki bahagian lain tubuhnya, kira-kira 100 anggota termasuk penyelam dari unit khas digelar Flying Tigers telah dikerahkan untuk melakukan carian di kawasan tadahan air di tanah perkuburan Tseung Kwan O.
Operasi itu dilancarkan selepas siasatan awal mendapati bekas bapa mertua dan abang iparnya dilihat di kawasan itu pada Rabu, sehari selepas Abby dilaporkan hilang.
Ketika penemuan mengejutkan itu heboh diperkatakan media, bekas suaminya, Alex Kwong akhirnya berjaya ditahan di kawasan dermaga Tung Chung pada Sabtu.
“Kami percaya dia mungkin sedang menunggu bot laju sebagai cubaan untuk melarikan diri,” lapor South China Morning Post memetik sumber rapat dengan pihak berkuasa sambil menambah Kwong turut membawa wang tunai HK$500,000 (RM282,532) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2.3 juta) bersamanya.

Bekas Bapa Mentua Tak Puas Hati Pembahagian Hartanah
Tanggung keluarga bekas suami
Walaupun sudah berpisah dengan Kwong, Abby dikatakan masih menanggung bekas suami dan keluarganya.
Wanita itu juga membeli hartanah di Kadoorie Hill di Ho Man Tin, sebuah kawasan kejiranan mewah di tengah Kowloon di bawah nama bekas bapa mertuanya.
Difahamkan, nilai pasaran hartanah itu dianggarkan berjumlah HK$45 juta (RM25.4 juta).
Pada tahun lalu, Abby memaklumkan rancangannya untuk menjual hartanah mewah tersebut.

Wanita jelita itu juga berjanji untuk menempatkan keluarga bekas suaminya ke kediaman lain, namun rancangan itu mencetuskan bantahan daripada mereka hingga membawa kepada pertengkaran mulut.
Siasatan pihak berkuasa juga mendapati Abby tidak mendaftarkan perkahwinan terbaharunya pada 2016 bersama Tam Chuk-Kwan anak kepada pengasas rangkaian restoran kasual di Hong Kong, TamJai Yunnan Mixian yang beroperasi di Tanah Besar China.

Kegagalan Abby berbuat demikian akan menyebabkan aset miliknya bakal diwarisi dua anaknya bersama Kwong.
- Sementara itu, beberapa penduduk kampung itu menyatakan berasa ‘terganggu’ dengan insiden pembunuhan ngeri tersebut.
- “Ada yang mencadangkan kami melakukan upacara keagamaan untuk menenangkan roh si mati,” kata seorang penduduk yang enggan identitinya didedahkan.

Sebelum wanita itu dilaporkan hilang, Abby dikatakan menaiki kereta bersama bekas abang iparnya yang bekerja sebagai pemandunya.
Tetapi, media tempatan melaporkan Abby tidak sempat mengambil anak perempuannya dan ia adalah kali terakhir wanita itu dilihat masih hidup.
Pada Ahad, bekas bapa mertuanya dan abang iparnya telah didakwa atas tuduhan membunuh manakala bekas ibu mertuanya berdepan tuduhan menghalang keadilan.
Ketiga-tiga suspek berusia antara 31 dan 65 tahun itu yang diberkas pada Jumaat akan dihadapkan di Mahkamah Bandar Kowloon pada Isnin. – Agensi / Sinar Harian
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur Saya Berada Bersama Suami Ketika Dia Jatuh Sakit,” Isteri Salahuddin

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah untuk menerima kehilangan suami tersayang. Apatah lagi pemergian secara tiba-tiba. Seringkali berdua kemana-mana menemani suami Datuk Seri Salahuddin Ayub di majlis dan pelbagai program, Datin Seri Fatimah Taha bersyukur apabila berpeluang berada disamping suami disaat sukar ketika suami tersayang jatuh sakit.
Suami Jaga Kesihatan, Pemakanan
Isteri Salahuddin, Datin Seri Fatimah Taha, 60, ketika ditemui berkata, suaminya adalah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan.
“Tekanan darah dia okay, bacaan gula pun okay, cuma mungkin apa yang sebabkan burst (pendarahan otak) mungkin kerana dia penat sangat agaknya.
“Dia memang ada mengadu dia penat dan pening. Syukurlah saya berada bersama dia ketika dia jatuh sakit hari itu (Jumaat), saya tidak boleh bayangkan kalau dia keseorangan waktu itu hendak survive (bertahan) dengan sawan dan sebagainya,” katanya sebak.
Fatimah yang kebiasaannya akan bersama Salahuddin dalan kebanyakan program dihadiri Ahli Parlimen Pulai itu berkata, dia sedih apabila memikirkan selepas ini dia berseorangan.
“Sebelum ini, dia akan sentiasa balik, jika keluar tinggalkan saya untuk kerja, tetapi sekarang, dia ditinggalkan saya dan dia tidak akan balik lagi,” katanya.
Impian Meninggal Dunia Ketika Bekerja Untuk Rakyat
Sementara itu, anak sulung kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Iskandar Zulkarnain, 37, berkata ayahnya mengimpikan meninggal dunia dalam keadaan bekerja untuk rakyat.
“Ini impian dia, dia memang cakap kalau meninggal dunia, biarlah dalam keadaan dia sedang bekerja untuk rakyat,”
Bahkan sejak dari kecil, dia enam beradik sudah dididik supaya faham akan kerja bapanya itu dan meletakkan bapanya sebagai milik rakyat.
“Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat.
“Terlalu banyak nasihat dia yang saya ingat antaranya dia pernah pesan jangan campur urusan kerjanya dan dia ajar kami untuk berdikari serta tidak bergantung padanya.
“Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, hari ini.
Terdahulu, Iskandar turut mengimamkan jenazah Salahuddin bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham.
Iskandar yang mewakili keluarga memohon semua pihak mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pergi dengan nama yang baik dan jasa baiknya.
“Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf,” katanya.
Abang Tak Pernah Lupa Tanggungjawab Keluarga
Pada masa sama, adik Salahuddin, Ghazaley, 56, menyifatkan abang sulungnya itu seorang yang workaholic dan kerja bermati-matian apabila diamanahkan, namun dia tidak pernah lupakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Katanya, Salahuddin juga seorang yang periang dan penyayang sebagai seorang abang sulung terutama sekali apabila beliau berperanan sebagai pengganti bapa mereka yang meninggal dunia pada 2009.

“Saya memang sayang sangat pada dia, kami cuma tiga beradik lelaki. Kalau dengan emak, Aminah Abdullah (83 tahun), sebulan dua kali, beliau tetap akan singgah rumah dan ziarah emak walaupun sekejap untuk cium tangan emak,” katanya.
Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram meninggalkan seorang balu bersama empat anak lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.
Mesti Baca:Viral Harga Sardin Naik Melambung RM13.30, Menteri Sahkan Tiada Kenaikan Berlaku
Baca Lagi Di Sini:ADUN Didakwa Perlekeh Menu Rahmah, Tuang Air Oren Supaya Menu “Ada Rasa”
Mingguan Wanita: Salam takziah buat seisi keluarga allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI