oat

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Ia membekalkan tenaga untuk menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Namun pilihan jenis makanan untuk sarapan pagi sangatlah lah penting. Sebenarnya, bijirin oat sangat baik diambil ketika sarapan pagi dan ia memberi manfaat pada kesihatan tubuh. Jadi tidak hairanlah bagi mereka yang sedang berdiet dan jaga kesihatan sering memilih oat sebagai menu sihat, berkhasiat lagi  mengenyangkan ketika memulakan hari.

Ini 7 Kelebihan Oats!

1. Sesuai Untuk Sarapan

Makanan terbaik untuk sarapan pagi yang berkhasiat .Tiada yang lebih mengujakan anda setiap pagi melainkan dengan sarapan yang berkhasiat dan menyedapkan. Tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam semangguk oat yang memberikan manfaat untu keperluan nutrisi seharian anda.Oat adalah di antara makanan yang paling berkhasiat untuk sarapan pagi anda. Ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

2.Rasa Kenyang Yang Lama

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

3. Makanan Yang Mengenyangkan Sehingga Tengahari

Oat adalah salah satu makanan yang tinggi kandungan serat. Oleh itu Oat berikan anda jawapan untuk kurus dengan mudah kerana apabila anda makan oat untuk sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka masa yang panjang.

Sarapan yang tinggi kandungan gula dan lemak boleh membuat anda berasa kenyang untuk tempoh yang singkat. Sarapan yang terdiri daripada oat yang dengan dicampur buah-buahan boleh mengenyangkan sehingga tengah hari.

Ads

Jika anda sedang mencari sarapan yang berkhasiat, oat adalah pilihan terbaik anda. Dengan gabungan 6 makanan terbaik dunia di dalam satu hidangan oat, anda akan mendapat semua kebaikan oat untuk tubuh badan anda.

7 Sebab Kenapa Bijirin Oat Sangat Baik Diambil Ketika Sarapan Pagi!

4. Oat Ada Serat Baik Untuk Kurus Dengan Sihat

Ia mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.

Ads

5. Oat Ada Pelbagai Khasiat

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. sebab itu telah ramai orang mula amalkan cara kurus dengan oat.

6. Kurangkan Kadar Kolestrol

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

Ads

7. Kurangkan Risiko Sakit Jantung

Saintis mengesyorkan mengambil makanan bijirin seperti oat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung.Satu kajian saintifik terbaru mendapati kadar kolesterol berkurang dengan pengambilan oat di dalam sajian harian. Dr James W. Anderson, profesor perubatan dan pemakanan dari University of Kentucky telah mendapati paras kolesterol dapat diturunkan melalui pengambilan oat.

“Makanan bijirin seperti oat adalah di antara makanan terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan tahap kolesterol dan juga sebagai makanan pilihan. “Gaya hidup mempengaruhi risiko seseorang untuk mendapat kolesterol ” kata Dr James lagi.

Hasil Kajian Mengatakan :
– Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi , diabetes jenis 2 dan mengurangkan berat badan.
– Mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol tidak baik) di dalam berat badan.
– Mengurangkan pengerasan arteri di dalam salur darah yang menyumbang kepada serangan jantung.

Sumber:

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI