air lemon

Rupanya ada sebab tertentu kenapa wanita kena amalkan minum air lemon suam ni.Jika sebelum ni, amalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur, apakata tambah dengan beberapa hirisan lemon bagai menambah lagi khasiatnya. Kandungan nutrisi yang ada pada buah lemon ni sangatlah elok untuk kesihatan mahupun kecantikan. Jadinya, pastikan dalam peti sejuk memang ada stok lemon sentiasa. Jangan lupa masukkan dalam senarai setiap kali beli barang dapur iya.

Berikut merupakan antara kelebihan minum air lemon suam setiap pagi;

1. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi

Lemon kaya dengan antioksidan Vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem pertahanan badan.Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema.Amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.

2. Mengimbangkan pH badan

Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda Untuk pengetahuan anda, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.

3. Mengurangkan berat badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih berkesan, sekaligus memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar.

Lemon juga mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.

Ads

4. Kulit yang sihat dan cantik

Vitamin C dan antioksidan lain dalam lemon menangani kerosakan dari radikal bebas (kedutan, jeragat, tanda penuaan) terutama yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV dan toksin yang hadir dalam alam persekitaran.

Selain itu, oleh sebab lemon merangsang funsgi hati, jadi ia membantu membersihkan toksin dari darah justeru secara langsung menyebabkab kulit menjadi bersih dan bebas jeragat.Bahkan,Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.

5. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Minum air lemon pada waktu pagi juga akan membantu anda kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.

Ads

6. Membantu pencernaan dan menyingkirkan toksin

Air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan.Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.

Cara Sediakan Air Lemon:

1.Hiris nipis setengah biji lemon dan rendamkan di dalam segelas air suam.
2.Biarkan selama beberapa minit, kemudian bolehlah diambil sebagai minuman pembuka di awal pagi sejurus bangun dari tidur, sebelum mengambil sarapan.

Selamat Mencuba! Rasai keberkesananannya!

Ads

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI