doa-lailatulqadar-di-10-hari-terakhir

Cukup pantas masa berlalu, tanpa disedari kita telah  berada di malam 10 hari terakhir dan Bulan Ramadan semakin hampir meninggalkan kita. Pada malam-malam terakhir ini, terdapat salah satu malam diantaranya yang menjadi rebutan dan menawarkan ganjaran pahala lebih baik daripada seribu bulan iaitu Malam LailatulQadar.

Didalam Hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Aisyah berkata;

“Nabi Muhammad Saw ber i’tikaf di sepuluh hari terakhir Bulan Ramadhan dan Nabi Muhammad Saw bersabda, Carilah Malam Lailatul Qadar dimalam ganjil pada 10 (Sepuluh) hari terakhir di Bulan Ramadhan,”

(HR. Bukhari no 4/225 dan Muslim no 1169)

Oleh yang demikian,kita amat disarankan untuk mempertingkatkan amalan,beriktikaf dimasjid, mendirikan qiamulail, memohon keampunan dan memperbanyakkan berdoa menjelang malam-malam terakhir bulan Ramadan ini. Sebagai panduan, ada doa khusus yang telah diajarkan oleh Rasullah SAW jika bertemu dengan malam yang penuh dengan kemuliaan ini.

6 Perkataan ini merupakan doa istimewa, ulanglah sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan.

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma

2. Innaka

3. ‘Afuwwun

4. Tuhibbul

5. ‘Afwa

Ads

6. Fa’fu’Anni

Doa istimewa ini telah diajarkan oleh Rasullah SAW kepada Ummul Mukminin ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha, iaitu ketika ‘Aisyah bertanya;

“Wahai Rasulullah, jika aku mendapat malam Lailatul Qadar ini, apakah yang harus aku ucapkan atau bacakan?” kemudian Rasullah SAW menjawab,

Berdoalah dengan membaca :

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Allahumma innaka ‘ afuwwun tuhibbul ‘ afwa fa’fu’anni

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, maka maafkanlah kesalahanku.”

(Hadis Riwayat At Tirmidzi no 3513 dan Ibnu Majah no 3850)

Ads

Namun demikian, para Ulama juga turut menyarankan agar mengamalkan membaca Doa Saat Malam Lailatul Qadar ini pada Bulan Ramadhan khususnya di Sepuluh Malam terakhir. Malah elok juga diamalkan pada bulan–bulan lain setiap hari kerana maksud dari doa tersebut ialah meminta keampunan seorang hamba kepada Allah Swt kerana setiap Muslim tidak lepas dari melakukan dosa.

Amalan Doa Khusus, Ulanglah Sebanyak Mungkin Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Jadi mulai malam ini, tingkatkan amalan kita agar Ramadan tahun ini tidak pergi dan berlalu dengan sia-sia.

Baca juga : Susunan doa penting untuk diamalkan 10 malam terakhir Ramadan, moga dimakbulkan.

Perkara Yang Boleh Dilakukan:

1. Tidur awal

2. Bangun sebahagian malam (3 atau 4 pagi)

Ads

3. Solat sunat 2 rakaat

4. Solat tahajjud 2, 4, 8 atau seberapa yang diingini.

5. Solat sunat taubat

6. Solat hajat

7. Beriktikaf & zikir, tahmid, tahlil diantara solat-solat atau selepas semua solat atau membaca surah-surah penting Al Quran seperti Al Baqarah, Al Kaafirun, Al Ikhlas, Zalzalah, Yaasin,

8. Solat Witir & berdoa bersungguh-sungguh

9. Sahur

10. Akhir sekali Solat Subuh

Mingguan Wanita : Semoga kita direzekikan untuk bertemu Lailatulqadar, malam yang dijanjikan ganjaran amalan, lebih baik daripada daripada 1000 bulan.

Sumber: ilmutauhid.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI