
6 hari terperangkap dalam kontena dari Bangladesh, kanak-kanak ditemui lembik tak bermaya. Gara-gara tertidur di dalam kontena, seorang kanak-kanak dari Bangladesh tidak menyangka akan menempuh perjalanan sejauh ini.
Tanpa makan dan minum dipercayai enam hari, dirinya sudah lembik saat diselamatkan oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Demi Khemah Di Kem Pelarian Untuk Anak-Anak, Ayah Sanggup ‘Gadai’ Organ
Kejamnya Seorang Bapa. ‘Tergamak Campak Tiga Anak Sebelum Terjun Jejambat.”
Memetik laporan Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang baru tiba di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang, malam semalam.
Kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.

Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota Polis Bantuan Pelabuhan.
Berdasarkan maklumat sumber, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu.

Dipercayai siasatan awal kanak-kanak itu dipercayai tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal dan berlepas dari pelabuhan.
Sumber turut memaklumkan bahawa kanak-kanak itu akan dihantar pulang ke negara asal menggunakan kapal sama Sabtu ini.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
42 Jam Bertarung Nyawa, Balkisyh Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Isi Kandungan
Toggle42 jam bertarung nyawa, Balkisyh selamat lahirkan bayi lelaki. Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan dan suami Mohd Nazri Zakaria yang telah menyambut kehadiran cahaya mata.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram, Balkisyh berasa bersyukur selepas bertarung nyawa 42 jam bayi lelakinya selamat menjengah dunia.
42 Jam Bertarung Nyawa
Menerusi entri di akaun Instagramnya, Balkisyh juga telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang bayi.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan “Baby Boy” pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” tulis Balkisyh.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 42 jam sebelum bayi dilahirkan namun Balkisyh berasa sangat teruja apabila melihat wajah si comel yang dinanti-nantikan. Ternyata pengorbanan seorang ibu dalam tempoh proses bersalin begitu murni.
“Tahniah kak! Ya Allah comel”
Malah menerusi ruangan komen rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam hidup Balkisyh
Menarik Disini : Balkisyh Cadangkan Guna Kain Lampin “Boleh Membantu Anda Yang Telah Kehabisan Pampers”
Tahniah Balkisyh, “Suami Serasi Dengan Dua Anak & Boleh Terima Pahit Getir Hidup Saya”

Balkisyh dan suami yang juga seorang pekerja barisan hadapan bernikah pada tahun 2020.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
Mingguan Wanita: Tahniah Balkisyh. Suka tengok lakonan Balkisyh dalam drama.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Balkisyh
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Upah Perompak Tikam Suami Sendiri, Demi Pampasan Insuran Jutaan Ringgit!

Isi Kandungan
ToggleIsteri upah sekumpulan perompak tikam suami sendiri, demi pampasan insuran jutaan ringgit! Bagaikan dalam plot drama di televisyen, seorang isteri tergamak mengupah sekumpulan perompak merompak di rumah sendiri dan merancang pembunuhan suami demi tuntutan pampasan insurans yang bernilai jutaan ringgit.
Bayar RM10,000 Pada ‘Perompak’
Bayar upah RM10,000 kepada kumpulan pembunuh upahan yang diarah menyamar sebagai perompak untuk ‘melakonkan’ aksi rompakan sebelum membunuh suaminya.
Itu rancangan jahat seorang wanita yang dipercayai melakukan adegan rompakan palsu bagi tujuan menuntut pampasan insurans bernilai jutaan ringgit. Plot pembunuhan dirancang rapi suspek wanita berusia 37 tahun itu dilakukan di kediamannya di Taman Aneka Baru, Sungai Udang di sini, Khamis lalu.
Sumber berkata, isteri mangsa sebelum itu melaporkan kepada polis kediaman mereka dirompak sekumpulan lelaki yang turut menikam mati suaminya.
Bagaimanapun, soal siasat polis terhadap wanita terbabit membongkar rancangan licik dilakukannya.
Mengaku Rancang Pembunuhan Suami
Sumber berkata, terdapat percanggahan keterangan direkodkan daripada wanita terbabit menyebabkan dia akhirnya mengaku merancang pembunuhan itu.
“Wanita itu yang disoal siasat mengaku mencari khidmat pembunuh upahan itu menerusi kenalan lelaki dan membayar wang pendahuluan kepada pembunuh upahan terbabit.
“Pada mulanya dia memberi alasan melakukannya (rancangan membunuh suami) kerana tertekan sering dipukul mangsa. Namun siasatan mendapati wanita itu sudah menaik taraf jumlah insurans sebelum kejadian (bunuh) berlaku,” katanya, semalam.
Suami Meninggal Dunia Dengan 14 Tikaman
Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang menyebabkan seorang daripadanya terbaring berlumuran darah di kawasan rumah berkenaan jam 2.14 pagi Khamis lalu.
“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan seorang lelaki berusia 41 tahun sudah meninggal dunia akibat 14 kesan tikaman,” katanya.
Arjunaidi berkata, isteri mangsa memaklumkan, dua lelaki berpakaian serba hitam dan memakai topeng serta bersenjatakan pisau masuk ke rumahnya melalui pintu hadapan sebelum menikam suaminya hingga menyebabkan kematian.
“Dakwa wanita itu, perompak menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000 dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” katanya.

Berkomplot Bersama Empat Lelaki
Bagaimanapun, polis menahan wanita berumur 37 tahun itu sekitar jam 10 malam, tidak sampai 24 jam selepas polis menerima laporan berhubung insiden kejadian rompakan itu.
Beliau berkata, suspek dipercayai membuat perancangan untuk membunuh suaminya sendiri kerana dendam.
“Dia berkomplot bersama empat lelaki berumur 20 hingga 36 tahun yang ditahan polis antara Jumaat lalu hingga kelmarin di sekitar daerah ini serta Senawang, Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau berkata, wanita terbabit dan empat suspek direman sehingga 22 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata.
Mesti Baca:Sakit Hati Kerana Curang, Isteri Sanggup Upah Orang Tamatkan Riwayat Suami
Baca Lagi Di Sini:Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!
Mingguan Wanita: Tergamak isteri, rancang pembunuhan suami sendiri, demi pampasan insuran bernilai jutaan ringgit. Semoga yang bersalah dan melakukan jenayah kejam ini, mendapat pembalasan yang setimpal.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Janji Kenyang, Lelaki Bangladesh Makan Nasi Lauk Bawang & Cili Saja. Boleh Simpan RM800,000 Di Kampung

Janji kenyang, lelaki bangla makan nasi lauk bawang & cili saja. Boleh simpan RM800,000 di kampung. Setiap orang yang berhijrah pasti mempunyai impian memberikan yang terbaik buat ahli keluarga yang ditinggalkan di kampung.
Bukan mudah membuat keputusan merantau jauh demi mencari rezeki yang lebih baik kerana kita akan berjauhan dari keluarga. Sakit pening yang tak akan mudah kita sampai secepatnya dan masa yang sama kena cepat menyesuaikan diri dengan negara yang kita pergi
.
Malaysia antara destinasi negara pilihan banyak warga luar. Antaranya Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain lain kerana kemakmuran dan mudahnya mencari rezeki di sini.
Ramai antara mereka sudah menjadi kawan kepada kita semua kerana sudah lama bergaul. Bila berbual-bual kosong, rata-rata mengakui duit gaji yang diterima setiap bulan, ¾ darinya dihantar ke kampung untuk kegunaan ahli keluarga.
Sama ada untuk makan minum, persekolahan anak-anak, dibuatkan rumah yang lebih besar dan ada yang sudah mampu membeli tanah di negara mereka. Semuanya hasil kerja keras warga luar ini membanting tulang mencari rezeki halal di negara kita.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Walaupun Berusia 110 tahun, Warga Emas Ini Gigih Mengayuh Beca Demi Sesuap Nasi
‘Sewa Katil Saja Cecah RM1,200’ Apabila Ditakdirkan Mencari Rezeki Di Singapura
Satu perkongsian dari warga Tik Tik @pokchek906 cukup membuatkan kita berfikir betapa kerasnya kehidupan dan strugglenya mereka mencari rezeki kerana tidak ramai mampu melakukan seperti mereka.
Tapi di akhir video itu, kita juga boleh menangis tak berlagu kerana cara hidup yang simple dan makan asal perut kenyang mampu menyimpan duit yang banyak di kampung. Ya jumlah yang boleh buat kita menganga mendengarnya.
Dalam video dirakam ini, kelihatan seorang warga Bangladesh sedang makan dengan berselera.
@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan ♬ original sound – @awe
Apa yang membuat kita tak mampu tiru ialah lauk di makannya. Dalam pinggannya hampir setalam nasi yang dicampur air kosong (jadikan nasi berkuah), sebiji bawang dan sebiji cili padi yang kemudian dicecah dengan garam halus untuk mendatangkan rasa sedap.
“Bila ditanya sedap tak, katanya sangat sedap. Dan katanya asal perut kenyang saja.
Mengejutkan, saat ditanya berapa simpanannya di kampung, dia mengakui sudah ada RM800,000 di kampung hasil simpanan bekerja di Malaysia dan makan nasi begitu. Tanah juga sudah dibeli.
Rata-rata kita tak mampu menirunya, jangan kata ada tanah, rumah pun masih menyewa dan hidup dengan simpanan yang banyak begitu juga satu mimpi kerana ramai miskin bandar. Terpaksa buat dua tiga kerja untuk mencukupkan perbelanjaan seharian yang semakin keras hari ini.

Ramai yang menonton videonya sempat membuat lawak di mana kata mereka, mulai esok mereka akan meniru lauk begitu untuk mendapatkan simpanan sebanyak itu.
Tak kurang juga yang bertanya adakah benar warga bangla ini mampu menyimpan sebanyak itu? Dari carian komen, ada memaklumkan, jika pulun lakukan kerja lebih masa (OT) pendapatan warga asing ini boleh mencecah RM7000-8000 sebulan. Jika sudah duduk lama dan bekerja begitu, mungkin tidak mustahil.
Tak kurang juga berkata, adakalanya warga Bangla ini keliru kerana RM80,000 disebut sebagai RM800,000. Waallahualam.
Tapi apa pun, kita harus salute sikap mereka yang hanya makan untuk kenyang bukan sedap seperti kita demi untuk memberikan yang terbaik di kampung halaman mereka. Tak kisahlah lauk apa pun, asal ianya rezeki yang halal.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI