Pencarian selama 6 hari ahli keluarga seorang wanita, Painah Siwan berakhir dengan berita gembira apabila warga emas ini ditemui lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parti Sayang, Senggarang.
Painah yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu diyakini masih hidup kerana semasa usaha pihak berkuasa mencari secara fizikal, ada pengamal perubatan memaklumkan dirinya masih hidup namun disorok oleh bunian.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan, 79, ditemui oleh orang awam yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi kira-kira 900 meter dari pos kawalan operasi.
“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari sepanjang tempoh pencarian.
Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul. Ibunya mulai tidak dapat dikesan sekitar jam 3.30 petang sebelum laporan polis dibuat.
Ads
Jelas anak kesembilan ini, kebiasaan ibunya akan pergi ke kebun untuk mencari sisa daun sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.
“Tapi bila ibu tak pulang-pulang, kami mulai risau kerana hal ini tak pernah terjadi. Semasa operasi mencarinya, kami ada bertemu mereka yang arif dalam agama dan mereka membantu mencari emak. Mereka mengatakan emak dalam keadaan selamat di alam ghaib.
“Emak sebenarnya masih ada di sekitar kawasan ini dan dia mahu balik tapi emak tidak mampu untuk menjelmakan dirinya di dunia nyata. Kami sekeluarga sudah melakukan solat hajat dan semoga ada keajaiban untuk emak kembali pulang dalam keadaan selamat serta reda dengan ketentuan Allah SWT,”
Ads
“Syukur Alhamdulillah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.
“Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah dan buat masa ini biarlah dia berehat dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.
Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gara-Gara meninggalkan anak-anak didalam kereta dengan keadaan enjin masih dihidupkan dan pintu tidak berkunci, seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua anaknya dilarikan ketika berada dalam kereta diparkirnya di hadapan kedai serbaneka di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, baru-baru ini.
Dalam kejadian 7.45 pagi itu, dua beradik itu ditinggalkan oleh wanita berkenaan dalam kereta dengan keadaan enjin hidup dan pintu tidak berkunci.Namun wanita ini dianggap masih bernasib baik kerana anak-anaknya dapat ditemui semula serta berada dalam keadaan selamat.
Dijumpai Ditinggalkan 600 Meter
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, bagaimanapun, kenderaan dilarikan itu dijumpai semula selepas ditinggalkan 600 meter dari tempat ia dilarikan.
“Kira-kira 20 minit selepas kereta itu dibawa lari, ia ditemui semula dengan dua kanak-kanak lelaki yang masing-masing berusia lima dan enam tahun berada dalam kenderaan dalam keadaan selamat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 363/379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 33 Akta Kanak–Kanak 2001,” katanya.
Jokhiri berkata, pihaknya sedang giat mengesan serta mengenal pasti suspek dalam kes berkenaan dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak dalam kenderaan dengan enjin masih hidup dan kunci ditinggal dalam kenderaan.
“Kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke balai polis berhampiran.
“Selain itu, saksi boleh menghubungi hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui hotline Polis Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya.
Buat mak-mak semua, mohon jadikan kisah ini satu pengajaran. Walau macam mana nak cepat sekalipun untuk buat apa-apa urusan, tolong jangan sesekali tinggalkan anak-anak dalam kereta, baik kereta yang telah dimatikan enjin apatah lagi dengan keadaan enjin yang masih hidup iya. Situasi ini cukup membahayakan anak-anak. Mohon lebih prihatin dengan keselamatan mereka. Anak-anak adalah harta tak ternilai, harta hilang boleh dicari anak-anak hilang tak dapat diganti!.
Rupanya bila tengah usaha nak naikkan berat badan, perkara penting yang mak-mak kena tahu adalah berapa kadar metabolisme badan kita. Jadi, mak-mak boleh rancang cara mana naikkan berat badan ikut kesesuaian tubuh.
Inilah yang dikongsikan oleh si cantik manis Hanis Arif, 28 pengasas Tudung Ruffle dalam usahanya naikkan 5 kg berat badan sendiri. Hasil konsisten ikut cara yang ditunjukkan personal trainer, Hanis berjaya mencapai sasarannya.
“Sekarang berat Anis 44kg. Nak push jadi 50kg. Ini untuk kesihatan diri dalam jangka panjang. Lagipun, Anis nakkan healthy BMI.” Katanya memaklumkan Mingguan Wanita.
Haa.. kalau nak tahu macam mana isteri kepada Muhammad Irshad Dato’ Kapten Razali, 29 ini boleh dapatkan berat sekarang, kenalah hadam catatan pengalamannya dalam usaha menaikkan berat badannya itu.
Ramai yang DM kepadanya bertanyakan tentang tips dia menaikkan berat badan. Haa.. inilah jawapan Hanis. Katanya sebelum seseorang naik naikkan berat badan itu mereka kenalah tahu berapa kadar metabolisme dalam badan sendiri.
“Dari situ kita boleh agak-agak macam mana cara nak makan dan juga exercise untuk naikkan berat. Paling penting konsisten. Tak konsisten jadilah macam Anis. Naik turun, naik turun.”
Cara Hanis Arif Naikkan Berat Badan
Periksa Kadar Metabolisme Guna Alat Penimbang
Mostly kenapa orang susah naik berat badan, sebab metabolisma dia tinggi. Nak check metabolism rate ni guna penimbang je. Anis beli penimbang yang boleh tengok fat, muscle semua tu. Ada banyak jual kat lazada
Dah Tahu Angka, Kena Makan Ikut Keperluan
Metabolism rate Anis 1600. Maksudnya badan anis bakar 1600 kalori sehari. Jadi untuk Anis, naikkan berat badan, Anis kena ambil kuantiti makanan paling kurang 2000 kalori sehari.
Dari makanan Anis ambil tu, 2000 – 1600 ( badan bakar tenaga ), Anis tinggal 400 kalori dalam badan, hopefully, 400 kalori tu simpan boleh jadi lemak and otot.
Cara Kira Pengambilan Kalori:
√ Macam mana nak kira calorie intake ni. Just agak, setiap satu pinggan ( contoh nasi lauk ayam ) dalam 500 kalori. Jadi sehari kena makan paling kurang 4 pinggan nasi (4 x 500 kalori).
√ Kalau kurang makan je, calorie intake bawah 1600. Badan takkan naik berat atau jadi makin kurus. Kenapa kena ambil weight gain tu, sebab mostly orang kurus ni jenis makan sikit pun cepat kenyang. Jadi weight gain ni boleh tolong untuk tambah kalori dalam badan.
Senaman Pun Penting Untuk Kembangkan Otot
Exercise pun penting juga untuk orang kurus yang cuba naikkan berat badan. Sebab dia tolong kita untuk kembangkan otot badan (bagi effect badan tebal ). Masa badan tengah nak membesar boleh jadi naik cantik. Takut makan makan tak exercise nanti jadi naik menggelebeh
Kena Makan Banyak
Conclusion ni, memang makan banyak boleh tolong naikkan berat badan. Makan je, sampai la berat korang naik. Selamat mencuba. Untuk orang yang nak kuruskan badan boleh cuba other way around.
Doakan Saya Capai Sasaran – Hanis Arif
“Anis dah naik 5 kg since consistent. Tengah aim untuk tambah lagi 6 kg. Wish me luck tau.”
“Setakat ni saja pengetahuan Anis tentang cara naikkan berat badan yang Anis belajar dari personal trainer. If Anis salah bagi info tolong betulkan ya.” akhiri Hanis yang juga seorang graduan kejuruteraan.
Selepas bertahun-tahun menanti, wanita ini bertemu cinta sejati pada usia 55 tahun. Inilah dikatakan jodoh dari Allah.
Lambat atau cepat, jika itu yang tertulis maka ia akan berlaku dengan kehendak Allah SWT. Malah usia bukanlah penghalang untuk seseorang bertemu cinta dan memilih untuk bahagia.
Wanita Ini Bertemu Cinta Sejati
Seorang wanita yang baru menemui cinta sejatinya menjadi tular di media sosial selepas memilih untuk mengakhiri zaman bujangnya pada usia 55 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaunTikTok @purpleshina0625.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita mengenakan gaun pengantin sambil berjalan memasuki sebuah dewan yang sudah siap dihias cantik.
Cinta Sejati Pada Usia 55 Tahun
“Wanita ini akhirnya menemui cinta sejati pada usia 55 tahun, selepas menanti selama bertahun-tahun untuk bertemu jodoh.
“Majlis pernikahannya berlangsung secara maya kerana suaminya sedang berada di Auckland, New Zealand,” demikian kenyataan yang ditulis pada hantaran tersebut.
Jangan Mengeji Wanita Jodoh Lambat
Pemilik akaun tersebut turut mengingatkan netizen supaya tidak mengeji wanita yang berkahwin pada usia melebihi 30 tahun kerana jodoh, rezeki dan ajal adalah ketentuan Allah.
Video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Tolong jangan kahwin kerana umur, nikahlah dengan pasangan terbaik,” komen seorang netizen.
“Bagi yang sering bertanya bila mahu kahwin, bila mahu hamil, percaya saja dengan kuasa Allah,” komen netizen laim. – AGENSI
Mingguan Wanita : Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah jika mak-mak dikurniakan jodoh awal. Bagi wanita yang masih belum bertemu jodoh, insyallah pasti ada hikmah pada setiap yang berlaku.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.