5 tahun jaga suami lumpuh hingga boleh berjalan, pengorbanan isteri berakhir di mahkamah syariah. Bila termetrainya akad nikah, saat itu bermulalah hubungan halal di sisi Allah taala buat suami isteri.
Merekalah mencoraknya, sama ada mahu menjadikan rumahtangga itu syurga atau sebaliknya. Bahagia atau beramukan. Berkasih sayang atau saling membenci. Kadang, suami isteri sedang membina syurga bersama-sama tetapi campurtangan orang luar menjadikan rumahtangga umpama “neraka” bagi sesetengah isteri. Dan malangnya ia berakhir di mahkamah syariah kerana isteri sudah lelah menanggungnya.
Sebab itulah ibu bapa baik mentua hanya berperanan menasihati, bukan masuk campur dalam urusan rumahtangga anak menantu.
Jika kita masih ingat akan kisah pengorbanan seorang isteri, Siti Rohayu yang mesra disapu Ayu yang sering memuat naik kisahnya menjaga suami Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang ditimpa kemalangan hingga lumpuh kira-kira lima tahun lalu.
Ads
Dari koma 90 hari, menjaga dari lumpuh hingga mampu berdiri sendiri dan dilihat sihat tetapi malang dalam beberapa hari lalu, Ayu memuat naik di instagramnya bahawa hubungan itu bakal berakhir di mahkamah semalam.
Bertahun jaga suami lumpuh, akhirnya dia mengakui sudah lelah mengharungi semua ujian kehidupan
Pada awalnya, isteri ini memuat naik bayangan bahawa hubungan suami isteri bakal menuju ke penghujungnya.
Ini berdasarkan statusnya:- Buat kali terakhirku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat dirimu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu. Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.
Segalanya salah diriku, muncul dalam hidupmu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua, Redha. Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala-galanya. Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami.
Tidak berapa lama kemudian, di Tik Toknya, dirinya memuat naik status ini:-
Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menabur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy. Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.
Dunia in sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.
Dan ia berakhir di Mahkamah Syariah di mana dapat dilihat Ayu masih memimpin tangan suaminya yang mungkin barangkali tidak mengerti apa-apa tentang keputusan dibuat ini.
Ads
Tulis Ayu, Ya Allah.. Semoga keputusan yang ku buat hari ini, adalah yang terbaik untuk semua orang, termaksud untuk diriku dan anak-anak. Sekuat mana pun sayang kita pada seseorang, kalau Allah kata dia bukan jodoh kita. Maka bukanlah. Maafkan Umy semua, Sebab tak mampu nak jadi insan yang kuat untuk meneruskan dan mempertahankan.
Andai tiba saatnya dimana kita harus melepaskan, bukan kerana tak sayang. Tetapi kita sedar, andai diteruskan akan banyak lagi pihak akan terluka. Mengalah bukan bererti kalah, mengaku salah bukan bererti salah, tetapi cukup penat mental dan fizikal untuk meneruskan. Fokus pada kesihatan dan anak-anak itu lebih baik. Biarlah 1 dunia membenci dan mengecam umy, Allah ada. Sama-sama kita mendoakan dipermudahkan segala urusan hari ini.
Mungkin selepas dengan keputusan ini, di instagramnya sebentar tadi Ayu menulis :-
Dari semalam tak mampu nak lelapkan mata, Bila baru nak tidur, Eqy dah start mula tanya macam-macam. Bila dia ternampak video-video muka umy dekat tiktok.
Allahu Semoga aku terus kuat, Buang lah rasa sakit ini Ya Allah. Tenangkan hatiku, Semoga aku mampu kuat demi anak-anak. Aku tak mampu lagi nak sembunyikan Airmata ini.
Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah ditelan, apatah lagi pemergian dua insan yang tersayang serentak. Sudah tentu ia menjadi sejarah yang tidak dapat dilupakan keluarga ini apabila setelah allaryarham ibu selamat dikebumikan, abang pula menyusul mengadap Ilahi.
Allahuakbar! Beratnya ujian… Berat mata memandang, lagi berat mahu yang memikul. Semoga seluruh ahli keluarga ini tabah dan dikurniakan kesabaran menghadapi ujian ini. Ikuti luahan Mohd Shari Saidin di akaun Facebook miliknya:
Mohd Shari Saidin, 33, hanya mampu meratapi pemergian ibunya, Ishah Kasa, 65, yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu dan abang sulungnya, Shuhaimi Saidin, 43 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas satu jam urusan pengebumian ibu mereka di Tanah perkuburan Felcra Lubuk Sireh di sini selesai, 27 Jun lalu.
Mohd Shari dan arwah ibunya…
Menurut, Juruteknik komputer di Sekolah Menengah Raja Puan Muda Tengku Fauziah, arwah abangnya iaitu Shuhaimi, antara orang kuat yang menguruskan jenazah semasa pengebumian ibu mereka.
“Masa ibu meninggal, arwah selalu beri saya kata-kata semangat, arwah minta saya kuat dan tak sangka benar kata-kata arwah, saya perlu kuat untuk melunaskan tanggungjawab yang besar demi keluarga ini setelah dia meninggal dunia.
“Abang orang yang paling tenang semasa tahu ibu sudah tiada (meninggal dunia). Seperti tidak percaya dan apa yang berlaku bagaikan mimpi. Kisah ini ibarat drama televisyen yang telah disusun atur,” katanya satu-persatu.
Mengadu Pedih Di Dada Sebelum Rebah
Jelasnya, arwah abangnya hanya mengadu pedih di bahagian dada dan memberitahu matanya kelabu sebelum rebah kira-kira sejam selepas selesai pengebumian ibu mereka.
“Waktu itu jam 11.30 pagi, kami rehat seketika selepas selesai urusan pengebumian ibu. Tiba-tiba abang mengadu sakit dada dan rebah.
“Seluruh anggota badannya sudah sejuk dan kami bergegas bawa ke hospital Kangar. Namun selepas menerima rawatan, jam 1 petang abang disahkan meninggal dunia,” katanya.
Allahyarham Mohd Suhaimi meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan perhatian.
Abang Amat Menghormati Ibu, Bapa
Di samping itu, menurut Mohd Shari, allahyarham Suhaimi ialah seorang yang peramah dan sentiasa menghormati ibu bapa.
“Kehilangan ini membuatkan diri saya kosong seketika. Kini tinggal saya seorang sahaja lelaki dalam enam beradik. Kini aku terpaksa menggalas tugas sebagai waris buat keluarga ku, tugas yang berat untuk aku galas,” katanya.
Menurut Mohd Shari, urusan pengebumian diteruskan pada hari yang sama dan jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 6.30 petang.
Allahyarham Shuhaimi meninggalkan seorang balu dan lima anak.
MW: Semua orang pernah merasai kehilangan, hanya orang yang melaluinya tahu betapa peritnya sebuah kehilangan. Rasa rindu yang tak mampu tertanggung dan tak mampu juga diungkap. Al-fatihah untuk kedua-dua arwah dan mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Sumber/ Foto: SinarOnline
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebab mak-mak sibuk dengan kerja harian, sedar tak sedar anak ketagih gajet. Konon nak bagi kejap sebab tak nak anak ganggu kerja kita tetapu bila dah dapat bukan senang anak nak lepas.
Sudahnya anak sampai tantrum sebab belum puas tengok video melalui gajet. Ini yang bahaya!
Tetapi apa cara yang mak-mak praktik? Adakah dengan mencuba tip guna setting screen gambar hantu di phone? Kalau ya, mak ayah WAJIB betulkan sikap itu dan baca perkongsian saudara Muhammad Ahmad ini…
Saya paling tidak suka jika ada ibu bapa takutkan anak-anak dengan hantu. Banyak kali dah saya jumpa untuk hentikan anak ketagih gadget setting screen letak gambar hantu!. Salah tu tuan puan.
Sebab apa anak kita ketagih gadget?
KITALAH PUNCANYA.
Nak anak diam bagi gadget, nak anak makan bagi gadget, nak elak anak ganggu kita buat kerja bagi gadget. Akhirnya anak bangun tidur pun cari gadget. Guling-guling jika tidak diberi gadget!
Jangan salahkan anak jika mereka KETAGIH gadget.Salahkan diri kita. Berapa lama kita layan bermain gadget bersama anak? Berapa kerap kita peluk cium anak? Berapa kali kita main kejar, lari-lari, guling-guling bersama anak?
Gadget itu tidak salah untuk kanak-kanak jika cara guna yang betul. Banyak manfaat jika digunakan dengan bijak.
Akhirnya kita guna cara yang salah untuk hentikan semua itu. cara membuatkan VISUAL dan AUDITORY LEARNERS menafsirkan HANTU itu sangat berkuasa, bahaya kepada fizikal mereka.
Mereka mula kurang keyakinan diri. Sampai satu tahap tidur dalam gelap pun mereka fobia sebab takut HANTU. Mereka rasakan HANTU sentiasa bersama mereka ketika bersendirian terutama diwaktu malam.
Saya cukup hairan. Dari zaman orang tua dahulu lagi. Untuk hentikan kita lakukan sesuatu perkara pasti takutkan dengan Hantu. Taknak bagi kita keluar rumah waktu malam pun ditakutkan dengan hantu. Asalkan malam jumaat ada hantu. Jalan sebelah KUBUR pun kita fikir hantu. Sepatutnya jalan sebelah kubur kita perlu diingatkan tentang kematian, tentang azab kubur, bukan tentang hantu pocong.
Apa Yang Patut Buat
Sepatutnya anak-anak kecil perlu diberi PENDIDIKAN jiwa untuk KENAL, TAKUT DAN SAYANG HANYA KEPADA الله, bukan MENAKUTKAN mereka kepada hantu. Sangat berbeza apabila perasaan ‘TAKUT’ itu diterap hanya kepada الله. Mereka lebih berkeyakinan, mudah dengar cakap, akan jadi anak yang soleh solehah. Insyaallah.
Cukuplah takutkan anak dengan hantu, lipas, tinggi. Sebaliknya didiklah anak-anak gaya Visual, auditory, kinesthetic untuk meneroka apa yang ada disekeliling mereka.
Cerita kepada mereka kisah kehebatan sahabat r.hum, para Nabi a.s. Seperti mana Sayyidina Umar r.hu syaitan pun takut kepada beliau. Cerita kisah Nabi ibrahim a.s yang boleh memerintah para jin, dan banyak lagi kisah-kisah seumpama ini yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila terlalu sayang pada pasangan, adakalanya sukar untuk ‘melepaskannya’ apabila dia telah tiada. Hanya kenangan manis waktu bersama yang dapat mengubat rindu tersebut.
Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut dilihat sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul.
Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’.
“Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” demikian tulis keterangan dalam video tersebut.
Dihalang Polis
Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya.
Sementara itu, menurut laporan laman berita Tribun News, tindakan lelaki itu bukanlah kali pertama kerana dia turut melakukan perkara yang sama pada hari ketujuh kematian isterinya.
Gangguan Mental
Lelaki berkenaan juga dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian.
Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter.
Video lelaki tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai tindakannya.
“Gara-gara menonton video ini, saya menjadi bertambah sayang kepada isteri. Susah dan senang selalu bersama. Semoga kami dapat sehidup semati,” komen seorang netizen.
Mingguan Wanita: Hargailah pasangan selagi mempunyai masa bersama-sama, kerana bila pasangan dah tiada hanya memori manis dan kenangan yang dapat mengubat rindu.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...