kulit wajah bermasalah

Kesibukan menguruskan anak-anak di rumah di samping bebanan tugasan di tempat kerja, membuatkan penjagaan kulit wajah sering kali dibuat secara ala kadar, mana yang sempat.Hati mulalah runsing bila dah nampak kulit wajah kian tampak kusam dan mulai bermasalah. Tompok-tompok jeragat, ditambah dengan butir-butir biji jerawat yang kian ‘meriah’ memenuhi ruang wajah. Memang risau! Impian nak memiliki kulit wajah yang sihat dan berseri-seri seperti zaman anak dara bagaikan tinggal kenangan.

Apabila kulit wajah mudah dihambat bermasalah, sering kali kita tertanya apakah punca sebenarnya.Ketahuilah bahawa penjagaan kulit wajah dalam rutin harian persiapan diri sahaja tidak mencukupi, ini lima punca penyebab kepada masalah kulit wajah ini.

1. BERKONGSI BERUS SOLEKAN

Penggunaan berus solekan yang kotor dan berkongsi berus solekan dengan orang lain boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat.
Ia juga mengakibatkan kuman daripada alat solek mudah tersebar kepada bahagian lain pada muka. Cuba gunakan jari atau berus berasingan untuk setiap alat kosmetik dan jangan lupa cuci setiap minggu. Jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.

Ads

2. TANGAN KERAP MENYENTUH KULIT WAJAH

Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin.

Ads

3. PENGELUPASAN KULIT BERLEBIHAN

Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak.

Ads

4. PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN

Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

5. TIDUR TANPA MENCUCI SOLEKAN

Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI