
Sudahlah tertipu selama empat tahun, malah salah seorangnya turut menderita diseksa dan dipukul oleh ‘suami’ mereka yang rupa-rupanya perempuan.Dalam kejadian di daerah Nainital, Uttarakhand, India, polis menahan wanita 25 tahun yang menyamar sebagai lelaki itu kelmarin atas tuduhan melakukan penyamaran, penipuan dan pemalsuan.
Polis daerah Nainital, Superintendan Kanan Janmejay Khanduri berkata, wanita dikenali sebagai Sweety Sen itu menyamar sebagai lelaki sejak 2013.
“Wanita itu menyamar sebagai lelaki menggunakan nama Krishna dan memikat wanita melalui Facebook sebelum mengahwini mereka.
“Dia menggunakan nama Krishna Sen di akaun laman sosial itu dan memuat naik beberapa gambar berperwatakan sebagai lelaki,” katanya.
Menurut laporan media India, polis berkata, Krishna ‘berkahwin’ dengan seorang wanita bernama Kamini pada 2014.
Pada, 2016, Krishna berkahwin pula dengan wanita lain berusia 20 tahun di daerah sama dan berpindah tinggal dengan isteri barunya.
Menurut Indian Express, Krishna tidak membenarkan kedua-dua isterinya itu melihat tubuhnya dan menggunakan kemaluan palsu ketika hubungan seks.
Isteri keduanya, Nisha, dikatakan tahu suaminya adalah wanita namun berdiam diri kerana dijanjikan habuan wang.

Pada hujung tahun lalu, Kamini membuat laporan polis mendakwa dipukul kerana mas kahwin dan wang keluarganya diambil lalu polis memburu Krishna sebelum berjaya menahannya, kelmarin.
“Pemeriksaan perubatan juga mendapati dia sebenarnya seorang wanita,” kata Janmejay.
Polis turut memburu keluarga wanita terbabit yang dikatakan hadir di kedua-dua majlis perkahwinannya.
Sumber: Hmetro & Indian Express
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jemaah Hilang Di Makkah, Pencarian Anak Berakhir Sedih. Bapa Ditemui Meninggal Dunia

Isi Kandungan
ToggleJemaah hilang di Makkah, pencarian anak berakhir sedih. Bapa ditemui meninggal dunia. Kisah kehilangan seorang jemaah umrah, Rosli Salleh, 62 yang sepatutnya pulang ke tanah air pada 23 Mac 2023 berakhir dengan berita sedih.
Dalam perkongsian terkini dari anaknya Muhammad Farid Rosli yang meminta bantuan orang ramai mencari bapanya di Makkah menerusi facebook Group Umrah memaklumkan, bapanya disahkan sudah meninggal dunia.
Jemaah Hilang Di Makkah
“Assalamualaikum. Update terbaru, kami sekeluarga telah menjumpai Ayah kami. Beliau telah meninggal dunia di sana. Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikntuk di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin InsyaAllah.
“Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail. Cukup di sini sahaja. Terima kasih.Innalillah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tiada Insuran Perlu Jelaskan Bil RM11k, Jemaah Umrah Pengsan Dalam Pesawat Dirawat Hospital Di India
Lelaki Ini Terang Panduan Umrah Mudah, Untuk Jemaah Kali Pertama
Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Ketika Tunai Umrah Bersama Keluarga, Bertuahnya Anak Syurga
“Allah, Mak.. Mak” Wanita Rebah Saat Tunai BADAL UMRAH ARWAH IBU, Sarat Rindu Tak Terbendung
Asbab Jatuh Dalam Bilik Air Ketika Tunai Umrah, Fatin Dijangka Koma Seumur Hidup
Pencarian Anak Berakhir Sedih. Bapa Ditemui Meninggal Dunia
Kisah bapanya mendapat perhatian media sebelum ini selepas dirinya membuat perkongsian di media sosial. Ini kerana bapanya mengerjakan umrah secara sendirian dan bukannya mengikuti rombongan jemaah dari agensi.
Berdasarkan perkongsian sebelum ini, 25 Mac lalu, Muhammad Farid memaklumkan, bapanya dipercayai masih berada di Makkah.
“Assalamualaikum. Update terbaru 25/3/2023 : Ayah saya masih di Mekah insyaAllah even after date of flight yang sepatutnya dia pulang ke malaysia pada 23/3/2023.

“So mungkin boleh cari di area Mekah atau masjidil Haram. Kemungkinan boleh focus pada orang-orang yang tidak memakai ihram sebab ibadah umrahnya sudah lama selesai.
“Maybe focus on pada lelaki dewasa yang pakai tshirt berkolar biasa saja. Kebiasaannya tawaf di tingkat 2. Mungkin boleh check orang-orang yang baring-baring di tepi. Maybe boleh cari juga dia mana-mana area balai polis atau di hospital berdekatan.
Terima kasih sesiapa yang sudi membantu dan semoga dapat terus berdoa untuk kami sekeluarga agar ayah kami sihat dan dapat dipertemukan kami semula insyaAllah. Jasa baik tuan puan hanya Allah yang dapat membalasnya dan semoga akan ada keajaiban daripada keberkatan ramdhan ini. InsyaAllah.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta, Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika

Isi Kandungan
ToggleKanak-kanak 2 tahun meninggal ditinggalkan 8 jam dalam kereta, ibu sangka anak sudah turun ke tadika. Gara-gara menyangka anaknya sudah turun dari kenderaan ketika menguruskan seketika perniagaan dalam talian di hadapan tadika anaknya belajar, seorang ibu diuji dengan kematian anak kecilnya.
Kanak-kanak Perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas lapan jam terperangkap di dalam kenderaan di Ara Damansara, di sini, akibat ibunya menyangka sudah menghantar mangsa ke tadika semalam.
Anak 2 Tahun Meninggal Ditinggalkan 8 Jam Dalam Kereta
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang menyatakan mangsa tidak sedarkan diri di rumah di Ara Damansara, di sini.
Memetika laporan Harian Metro, hasil siasatan lanjut polis mendapati pada jam 7 pagi, ibu mangsa berumur 30-an menghantar dua anaknya ke sekolah berhampiran dan seterusnya ke tadika berdekatan untuk menghantar mangsa.
Ibu Sangka Anak Sudah Turun Ke Tadika
“Sampai di tadika, ibu mangsa berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa menurunkan mangsa di lokasi.
“Ibu mangsa terus balik ke rumah dan hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta pada jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhruddin berkata, bapa mangsa membuat panggilan Mers 999, memberi rawatan awal kepada mangsa sehingga pihak ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat dijalankan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka, lebih bertanggungjawab dan mementingkan keselamatan anak di bawah jagaan masing-masing.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Enjin Hidup & Pintu Tidak Berkunci, Wanita Hadapi Detik Cemas Dua Anak Ditinggalkan Dalam Kereta Dilarikan!
“Apakan Daya Saya Terpaksa..” Hampir 10 Bulan 5 Beranak Berhimpit Tinggal Dalam Kereta
Warga Emas & Anak Didakwa Perkosa Remaja 15 Tahun Dalam Kereta
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Mak Ayah Sendiri Tak Tunjuk Contoh Baik, Macam Mana Anak Nak Ada Rasa Hormat

Isi Kandungan
ToggleNota sinis kiriman mak ayah yang dikepilkan pada buku anak, menjentik-jentik emosi sungguh. Ada rasa nak marah, kecewa bila membacanya. Lagi-lagi ditujukan pada ustaz atau ustazah yang mendidik anaknya.
Sebenarnya dalam urusan mencari ilmu ini, keberkatan guru itulah paling utama. Bukan saja pelajar, perlu ada rasa hormat pada gurunya. Mak ayah pun sama.
Kalau dah guru pun dimarahnya, macam manalah ilmu tu nak masuk ke anak.
Kata Cikgu Mohd Fadli Salleh, “kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler dairy RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.”
Kalau Mak Ayah Sendiri Pun Tak Tunjukkan Contoh Baik..
Dah macam mana anak-anak nak hormat guru kalau mak ayah sendiri pun tak tunjukkan contoh baik?
Ilmu ini berkait rapat dengan keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya guru pada anak-anak didik mereka.
Aku tak tahu kejadian ni berlaku kat mana. Yang pasti, ustaz atau ustazah murid ini pasti terluka dengan nota sinis dan pedas ini.
Ustaz/ustazah tu ‘conteng’ iqra’ muridnya untuk memberi tunjuk ajar. Macam aku tanda buku dan tunjuk ajar pada murid juga.
Banyak kesilapan murid aku bulatkan, atau gariskan, atau buat tanda soal, atau potong yang salah. Nak tunjukkan murid tu kat mana kesalahan dia dan macamana pula cara yang betul.
Bukannya pergi conteng lukis muka Bahenol pun. Nak mengajar memang gitu gayanya.
Kalau Aku Yang Dapat Nota Macam Ini..
Nak buku bersih dan baru senang je. Beli buku dan ‘frame’kan. Gantung kat dinding rumah. InsyaAllah 10 tahun lagi pun elok je buku tu.
Kalau aku yang dapat nota macam ni, aku akan stapler duit RM20 kat buku anak dia beserta satu nota.
“Nah RM20 sebagai ganti buku anak tuan yang saya conteng. Beli lah buku baru. Duit lebih tu tuan beli kismis banyak-banyak dan makan. Bagi cerdik sikit.”
“Dah jadi cerdik, ajar sendiri anak tuan. Saya enggan mengajar anak tuan. Murid bodoh saya boleh tahan dan sabar mengajar. Tapi jika mak ayah yang biadab begini, silakan ajar sendiri anak tuan.”
Aku pernah terbaca satu kisah tentang Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dan muridnya.
Ada aku simpan dalam nota kat telefon aku ni. Nah aku salin semula di sini. Baca dan hayatilah.
Pentingnya Redha Seorang Guru
Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani.
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir. Lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya.
Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya.
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir. Ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya.
Syekh Abdul Qadir suka makan ayam. Setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain. Dia akan makan separuh sahaja.
Lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya. Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi.
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
“Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja.”
“Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik.”
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir.
Hasutan Buat Ayah Ini Tewas
Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing.
“Saya hantar kepada tuan syekh, supaya anak saya jadi alim ulama’.”
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..
“Kalau begitu ambillah anakmu.”
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang.

Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang, bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam.
Allah Tutup Pintu Ilmu Anak, Kerana Ayah Yang Tak Beradab
Ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul. Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir.
“Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula. Tuan didik lah anak saya.”
“Ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing. Aku melihat ilmu anakku sangat luar biasa bila bersamamu.”
Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir.
“Bukan aku tidak mahu menerimanya kembali. Tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU.
“ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu. Disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU maka anak yang menjadi mangsa.”
Inilah Adab Menuntut Ilmu
Begitulah ADAB dalam menutut ilmu.
Anak, mak, ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru. Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita.
Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru.
Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab, memaki dan mengaibkan guru nya?
Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu, maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepada mu.
Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita.
Aamiin.
Baca biar hadam. Renung dalam-dalam.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI