Selama ini macam mana kita kupas kerang. Rebus dulu, bila dah terbuka sikit baru kupas satu persatukan? Tapi salah rebus, kerang boleh hilang gebu. Dengan langkah mudah kupas kerang yang diajarkan ini, membuatkan kerja mengupas kulit kerang jadi tersangat mudah. Paling penting isi kerang gebu gebas dan ‘juicy’ walaupun telah direbus seketika.
Sebelum kerja-kerja mengupas dijalankan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan kerang. Boleh bersihkan dengan dua cara. Pertama, masukkan kerang dalam bekas besar, laga-lagakan kerang sesama sendiri. Cara kedua, bersihkan dengan berus.
Sebaiknya gunakan sarung tangan getah. Kalau tak, boleh terluka jari jemari yang mulus tu. Kulit kerang ini keras, lagi-lagi kalau guna teknik melaga-lagakan kerang tu. Salah laga, jari anda yang terluka. Selepas dibersihkan bolehlah rujuk cara-cara di bawah:
4 Langkah Mudah Kopek Kerang
1. Didihkan air dalam periuk. Biarkan sampai menggelegak.
Ads
2. Masukkan kerang yang dah dibersihkan. Selepas 30 saat, cepat-cepat angkat.
3. Tutup api dan toskan kerang.
4. Terus tuang ke dalam bekas berisi AIS dan AIR. Kerang boleh terus dikupas.
Ads
Kredit foto : miszsheyla.blogspot.com
Kenapa Teknik Kupas Kerang Ini Perlu Diikut
√ Masa ini kerja mengupas jadi lebih mudah.
√ Kerang pun nampak lagi bersih dan gebu.
Ads
√ Teknik sebegini cukup sesuai digunakan buat mak-mak yang nak mencuba resipi kerang masak serai.
Nak Kerang Masak Serai Lebih Cantik
Jangan kupas seluruh kulit kerang, tapi kupaslah sebelah kulit saja. Agar masakan anda lebih menarik dan lebih terasa keenakannya.
“Rehatlah Naim, Anak Syurga Mak Long. Moga Kita Bertemu Di Syurga Allah Kelak,” begitulah luahan hati Noraniza Idris atau Kak Ani tidak dapat menyembunyikan kesedihannya atas kehilangan anak saudaranya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, mangsa lemas di Pantai Kelulut, Terengganu, Jumaat lalu.
Awal pagi semalam sekitar jam 10.10 pagi, mayat Allahyarham Naim ditemui pasukan penyelamat selepas tiga hari hilang di pantai berkenaan, dipercayai ditarik ombak ketika sedang mandi.
Paling memilukan, kunjungan Allahyarham ke Terengganu adalah untuk melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada Sabtu, namun ia tidak menjadi kenyataan.
“Rehatlah Naim, Kami Reda Dengan Pemergian Kau”
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kak Ani telah menulis kisah sedih atas kehilangan anak saudara yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
“Innalillahi wa inna ilahi roji’un.
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”
“Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Hanya Jasad Kau Yang Tak Bernyawa Laut Pulangkan
“Al-Fatihah
“Rehat lah Naim, anak syurga Mak Long, Lepaskan lelah dunia, kami reda dengan pemergian kau.
“Terima kasih atas segala keringat, ilmu dan nasihat Naim pada setiap klien yang memerlukan khidmat terapimu sepanjang bersama.
“Sesungguhnya ramai saksi dunia ni melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempat mu, Naim.
“Hari ni walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehat lah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu disyurga Allah kelak,” tulis Kak Ani.
Jumpa Kali Terakhir Naim Agak Pendiam Daripada Biasa
Menurut Kak Ani, seperti mana dipetik menerusi SinarPlus kali terakhir dia bertemu arwah anak saudaranya itu ialah pada Isnin minggu lalu iaitu sehari selepas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) melabuhkan tirainya.
“Kali terakhir saya jumpa Naim selepas Maghrib pada hari Isnin minggu lalu, iaitu sehari selepas tamat final GV7.
“Kebetulan peminat saya meraikan tamat GV7. Sebenarnya saya adalah klien physio kepada Naim.
“Dia merupakan physioterapist yang sangat ramah dan baik dengan sesiapa sahaja. Lembut pertuturan dan sangat menghormati orang membuatkan sesiapa saja akan menyenanginya.
“Namun masa jumpa kali terakhir itu, karakternya agak pendiam daripada biasa. Salam cium tangan saya.
“Saya cium pipi kiri kanan dan dahi dia, tapi responnya agak tawar. Pandang saya dengan suami macam berfikir jauh. Tak teruja macam biasa jumpa.
“Selalunya dia yang akan bersapa dulu, tapi kali ini buat kami rasa sikit tersentuh hati, namun melepaskan saja perasaan itu,” luahnya.
Difahamkan juga ketika pertemuan tersebut Allahyarham ada memaklumkan bakal melangsungkan pernikahannya di Terengganu.
“Dia ada sebut nak kawin di Terengganu dan nak jemput. Kami cuma ucapkan tahniah dan tinggalkan dia dengan perasaan tertanya-tanya,” kongsi Kak Ani yang sebaik sahaja mendapat berita tentang tragedi yang menimpa Allahyarham pada Jumaat lalu, dia tidak putus memohon doa dan mengadakan solat hajat agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan.
“Semalam masuk hari ketiga kehilangan Naim dan jenazah Naim ditemui pasukan penyelamat.
“Saya sangat berharap keluarganya tabah dan cekal hadapi dugaan besar kehilangan anak sulung dan satu-satunya lelaki,” ujarnya yang turut menerangkan Naim merupakan sepupu yang terlalu rapat dengan anak-anaknya iaitu Aliff dan Alfeeq.
Sumber Foto: Instagram Noraniza Idris Sumber: SinarPlus
Pagi ini Mingguan Wanita dikejutkan dengan berita pemergian Hajarul Aswad Mat Kar, 34 jururawat Desa yang dilaporkan semalam demam bengkak susu rentetan kehilangan dua anak serentak akibat kemalangan membabitkan kenderaan jenis Perodua Kancil yang dipandunya dengan pacuan empat roda.
Menurut bapa saudaranya, Mohd Syukri Said, 57, Hajarul menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.13 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Semalam lebih kurang pukul 9.15 malam pihak HUSM telefon Azami memaklumkan yang isterinya ada masalah sikit.” ujarnya ketika dihubungi.
Jenazah Hajarul akan disolatkan di masjid besar Tanah Merah selepas solat Zohor ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol Kemunting, Tanah Merah. Tempat yang sama bersemadinya jasad kedua-dua anaknya yang terbabit dalam kemalangan yang sama tempoh hari.
“InsyaAllah, suami Hajarul, Azamin Setapa dapat menerima ujianNya.” Tambah bapa saudaranya lagi, dia memastikan anak saudaranya itu untuk menjaga kesihatan dengan baik dan meminta agar redha dengan ketentuanNya.
“Begitulah redha yang Allah turunkan ke atas diri kita dan mungkin ada yang terbaik lagi Allah akan beri pada Azamin. Itu sajalah kata-kata semangat abe Ye selalu ucapkan pada Azamin.” Sambungnya mengakhiri temu bual bersama Mingguan Wanita.
Sebelum ini, arwah Hajarul yang terlibat dalam kemalangan dilaporkan dalam keadaan stabil dan mengalami demam bengkak susu selepas anaknya, Muhammad Azam Tamim, 6 bulan dan Nur Alya Nisrina, 12 tahun meninggal serentak akibat kemalangan yang membabitkan mereka.
Doktor selebriti, Dr Say Shazril Shaharuddin mengulas pendapat pengguna twitter tentang isteri yang malas berhias untuk suaminya di rumah.
Yang mana, suatu ketika dulu pada awalnya, Dr Say juga pernah terfikir tentang isteri yang apabila keluar rumah mula berhias cantik, siap memakai wangian.
Namun, sebagai suami yang matang. Akhirnya, Dr Say sedar betapa isteri yang berhias di luar itu sebenarnya melambangkan bagusnya suami menjaga isterinya.
Iya, isteri itu cerminan seorang suami. Hadamkan perkongsian Dr Say yang dikongsikan di laman instagram miliknya.
Isteri Berhias Untuk Kerja Tapi Bukan Untuk Suami?
Tergerak hati nak bukak topik ni sebab again saya cukup anti lelaki berfikiran kolot macam gambar kedua. 1st and foremost saya rasa penulis twitter ni tak kahwin lagi & kalau dah kawin, i feel sorry for his wife.
Awal-awal dulu saya pun pernah terfikir “kenapa bini aku keluar cantik-cantik sangat, pakai makeup perfume bagai” tapi bila fikir balik AN EXCELLENT WIFE IS THE CROWN OF HER HUSBAND.
Maksudnya kalau bini kita berhias elok-elok tidakkah dia melambangkan betapa bagusnya kita sebagai suami menjaga dia dari segi pakaian & penampilannya? Kalau isteri selebet selenga semongeh tak ke kita sebagai suami rasa malu?
Logiknya Nak Ke Bini Pakai Makeup Tebal Berinci Dalam Rumah
Nak cakap pasal isteri berhias kat rumah, logik akalnya bang nak ke bini pakai makeup tebal berinci-inci dalam rumah tu?
Tiap-tiap kali balik dari keluar saya yang ingatkan bini untuk cuci muka dia sebab saya pun geli kalau dia sayang saya dengan makeup lipstick bagai tu.
Lagipun rajin mana pun kita sebagai suami, kita takkan dapat menandingi kerajinan bini kita dari mengemas rumah, jaga anak, masak untuk sekeluarga. Pulak tu dia kerja macam kita.
Bagi lah depa pakai selesa-selesa kat rumah tu sebab bila depa selesa mesti kehidupan kita sebagai suami pun selesa.
Nak depa pakai cantik-cantik untuk malam istimewa bitau ja sebab dalam kepala kebanyakan isteri adalah untuk memberikan yang terbaik untuk suami.
Tang isteri degil berkawan dengan si fulan tu mungkin sebab isteri hang tak tahan dah dengan kekolotan hang. Tu yg dia berkawan dengan fulan tu tapi benda macam ni kalau bawak bincang, bawak COMMUNICATE sesama each other, boleh setel bang.
Saya tak suka bini berkawan dengan A, bini akur dengan permintaan saya. Saya pun akur bila bini tak bagi saya follow B kat instagram. IT TAKES TWO TO TANGO IN MARRIAGE.
Jangan hang harap bini hang tak boleh kawan si fulan padahal ang pi follow awek tayang dada kat ig, pi whatsapp rakan sekerja sembang topik tak berkaitan kerja. Kita honest, nescaya bini kita turut honest. As always, open conversation please.
Mingguan Wanita : Beruntung andai dapat suami yang memahami apa yang isteri inginkan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...