Bukan semua suami isteri bertuah, cepat dikurniakan anak selepas berkahwin. Ada yang menanti bertahun-tahun, masih berusaha dan mengharap kelahiran anak sebagai penyeri didalam rumahtangga. Dalam tempoh tempoh, pelbagai dugaan dihadapi dengan kata-kata orang, meskipun telah berusaha dengan pelbagai cara.

Setelah menanti sekian lama untuk mendapat cahaya mata, pelakon cantik manis Anzalna Nasir,31 selamat melahirkan anak pertama pada 31 Mei lalu. Bayi lelaki tersebut merupakan cucu lelaki pertama yang dinanti-nantikan bagi keluarga Nasir, memandangkan Anzalna mempunyai lima beradik perempuan serta 3 anak saudara perempuan.

Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016. Kelahiran Mohamad Eidrees Mohamad Hanif yang kini telah pun berusia 1 bulan setelah lebih 3 tahun pasangan ini berkahwin.

3 Tahun Nak Dapatkan Eidrees, Terlalu Teringinkan Anak Anzalna Hampir Buat HSG & IVF

Rupanya disebalik momen indah kelahiran putera kesayangan,pelakon Memori Cinta Suraya ini berkongsi kisah dan pengalaman yang harus ditempuhi, tanpa berputus asa untuk mendapatkan anak. Termasuklah bertemu doktor dan hampir melakukan rawatan HSG dan IVF, kerana terlalu inginkan anak.Malah, pelakon ini juga berkongsi beberapa pesanan dan tip buat pasangan yang masih mengharapkan cahaya mata.

Perkara ini dikongsikan oleh Anzalna sendiri didalam Instagram anaknya Mohamad Eidrees baru-baru ini.

“Kehadiran Mohamad Eidrees pada tahun 2019 melengkapkan ikatan perkahwinan kami. Mengambil masa selama 3 tahun untuk dapatkan Eidrees, tidak pernah sekali pun berputus asa kerana percaya Allah adalah sebaik-baik perancang dan bukan manusia!”

“Jangan hiraukan apa orang nak kata, yang penting kita suami isteri bahagia. Jangan pernah putus berdoa dan jangan jadikan isu tiada zuriat untuk bergaduh. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan berlagak dengan yang belum ada zuriat kita tak tau masa depan anak kita macam mana”

Ads

“Tahun pertama perkahwinan, Anzalna dan Hanif teringin menimang cahaya mata tetapi disebabkan jadual shooting yang padat terpaksa kami plan. Tahun kedua, Anzalna berehat dari shooting sebab sudah bersedia untuk buat anak!haha”

3 Tahun Nak Dapatkan Eidrees, Terlalu Teringinkan Anak Anzalna Hampir Buat HSG & IVF

Hampir Buat HSG dan IVF

“Kami mencuba dari awal sampai tengah tahun 2018 tapi masih tiada “good news” terpaksa jumpa doctor gynae untuk buat check up. Hanif pun kena check juga. Alhamdulillah kami berdua tiada masalah.”

“Anzalna hampir buat (HSG) test for blocked fallopian tubes tetapi disebabkan kami ada melanggar peraturan sebelum buat HSG terpaksa ditangguhkan doctor tak bagi buat! kena buat appointment lagi sekali.”

Ads

“Anzalna banyak ke luar negara tahun lepas jadi terpaksa tangguhkan untuk buat HSG. Kami juga hampir buat IVF tetapi Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati kami berdua yang betul teringinkan anak.Pulang dari Italy bulan 10 tahun lepas, Anzalna disahkan hamil.”

3 Tahun Nak Dapatkan Eidrees, Terlalu Teringinkan Anak Anzalna Hampir Buat HSG & IVF

Jaga Pemakanan

“Selain dari check up, pemakanan pun kena jaga sebenarnya. Anzalna amalkan makan asid folik, buah delima, susu kambing, Phytonatal dan Akar herbanika dari @nr.mustajab.”

Ads

Ambil Berat Tarikh Period

“Nak pesan, Kalau plan nak jumpa doctor, tolong ambil berat tarikh period! berapa lama period dan berapa cycle sebab bila pergi check up doctor akan tanya. Semoga dengan perkongsian Anzalna sedikit sebanyak dapat membantu.”

3 Tahun Nak Dapatkan Eidrees, Terlalu Teringinkan Anak Anzalna Hampir Buat HSG & IVF

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Bukan mudah untuk mendapat cahaya mata. Selain berusaha, segalanya merupakan rezeki dan ketentuan daripadaNya. Apa-apapun, tahniah buat Anzalna, suami dan seisi keluarga atas kelahiran cahaya mata pertama yang menjadi penyeri dalam rumahtangga.

Baca Disini: “Akhirnya, Bertemu Juga! Raya Yang Paling Bermakna Buat Kami Sekeluarga,” Anzalna

Sumber: mohamadeidrees

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI