![Untitled design(26) popia wonder cheese](https://www.mingguanwanita.my/wp-content/uploads/2017/12/Untitled-design26-696x522.jpg)
Isi Kandungan
ToggleMudah je sebenarnya nak buat Popia Wonder Cheese ni, hanya dengan 3 langkah yang senang nak buat dah boleh jadi kudapan yang sedap untuk anak-anak. Sesuai sangat kalau buat waktu pergi berkelah ke, tengok movie dengan anak-anak dirumah ke, atau dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Mak-mak mesti kena cuba resipi Popia Wonder Cheese ni, gerenti tak sedap & anak-anak suka. Silap-silap tak sedar makan habis sebalang.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Fatihah Aziz;
“Hari ini kali ke 3, buat lagi kudapan krukk krukk paling senang dan sedap!
Popia Wonder Cheezee.Kalau beli makan tak puas. Jadi kita buat sendiri jelah boleh buat selalu.
Bahan-Bahan:
1/2 paket kulit popia (digunting & dicarik-carik)
4 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
Cara-Cara Membuat :
1. Kisar semua bahan (kecuali kulit popia).
2. Goreng kulit popia dgn minyak secukupnya. Goreng hingga naik keperangan.
3. Tabur dan gaul rata serbuk yang dikisar pada kulit popia.
(Nak senang gaul dalam bekas dan goncang perlahan-lahan).
4. Siap!Popia wonder cheezee kudapan mudah siap untuk dimakan.
Resepi ni boleh dapat 300gram atau 1 bekas besar.
Selamat Mencuba!
Sumber: Fatihah Aziz via (MAHN)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Rotiboy Di Rumah, Tak Payah Beli Dekat Kedai
![](https://cdn.mingguanwanita.my/2020/06/212166-29_11_757556.jpeg)
Isi Kandungan
ToggleJika lalu di kedai bakeri di shopping mall, selalu terbau Rotiboy yang semerbak harum aroma kopi dan mentega.Tekstur roti yang rangup diluar namun cukup lembut didalam, memang sedap dimakan panas-panas.Kalau selalu kita beli Rotiboy di kedai, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah.
Boleh ikut resipi Roti Boy yang dikongsikan oleh Puan Amy Akim ini sebagai rujukan;
“Suami kata lepas ni dah tak payah beli dekat kedai.”
Resepi Roti Boy @ Mexican Bun :
Bahan Roti :
300gram @ 3 cawan tepung gandum
70gram gula
30gram marjerin
Sebiji telur
1 sudu besar mauripan
150ml susu segar
Esen vanila
Secubit garam
Salted Butter@buttercup (untuk inti)
Bahan (Topping) :
50gram tepung gandum
40gram gula
60gram marjerin
Sebiji telur
2 sudu besar nescafe + air suam (sekadar boleh larut)
Esen vanila
Cara Membuat:
1. Campurkan yis@mauripan dengan susu segar & gula. Biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam & esen
vanila.
3. Masukkan bancuhan yis@mauripan tadi. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
4. Tutup doh dengan kain yang lembap. Saya guna napkin je. Perap doh selama 1 jam.
5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.
6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Saya buat 50 gram untuk setiap doh jadi boleh dapat 13 biji roti.
7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yang disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sementara tu boleh sediakan topping. Blend marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. Last sekali baru masukkan tepung. Blend sebati. Masukkan dalam piping beg.
Posted by Amy Akim on Saturday, 18 April 2020
9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
10. Panaskan oven dalam 10 minit, baru bakar roti guna api atas & bawah dengan suhu 170°c selama 20 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.
Info Ekstra!
Untuk inti letak seketul butter kecik. Saya potong agak-agak size 1 sudu teh camtu.
Jangan isi inti penuh sangat, pastikn bawah tu tutup rapat macam isi inti pau.
Baca Lagi Di Sini:
Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib
Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali
MW: Mudah je nak buat RotiBoy di rumah. Jimat tak payah beli di kedai lagi, puas hati makan. Nak buat pun senang je.
Sumber: Amy Akim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Pertama Permulaan SPM, Norman Hakim Mohon Doakan Ketenangan Anak Jawab Soalan
![](https://cdn.mingguanwanita.my/2023/02/504971.jpeg)
Isi Kandungan
ToggleSetiap kali anak-anak menduduki peperiksaan, pastinya jiwa mak ayah turut berdebar sama. Setelah segala usaha dilakukan, hanya doa dan tawakal dipohon supaya anak kekal tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang. Begitu juga kata-kata semangat dan nasihat diberikan buat anak supaya kekal fokus dan yakin dalam menduduki peperiksaan.
Hari ini merupakan hari pertama permulaan peperiksaan SPM untuk subjek Bahasa Melayu Kertas 3 (Lisan). Anak kedua kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut menduduki peperiksaan besar ini. Meskipun bersekolah swasta antarabangsa, Marrisa Dania, 17 tetap mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan.
Kongsi Nasihat & Pesanan Buat Anak
Norman berkesempatan mencuri masa menghantar sendiri anak kesayangannya menuju ke pusat peperiksaan. Sepanjang perjalanan tersebut, sebagai seorang ayah Norman ada kongsikan nasihat dan pesanan berguna buat anak tersayang supaya tenang dalam menghadapi peperiksaan.
Hari pertama permulaan SPM untuk my Tanggecey @marissadania_ dan juga pelajar-pelajar SPM yang lain untuk subjek Bahasa Melayu Kertas 3 (Lisan).
Hampir 40 minit perjalanan untuk sampai ke Pusat Peperiksaan,masa diisi dengan sesi one on one..heart to heart talk dengan Dania.Nerves jugak katanya.But saya selalu pesan kat anak-anak, kita kena sentiasa ‘in control’. Bukan keadaan yang menentukan minda & emosi kita,tapi kita yang sentiasa terkawal dengan apa jugak situasi yang mendatang samada di dalam atau di luar perancangan kita.
Lagi satu pesan saya, kawal pernafasan untuk kekalkan minda,emosi supaya energi sentiasa at peak.Hati kena sentiasa ‘engage’ dgn Pencipta melalui istigfar & zikir.In shaa Allah takde apa yg perlu kita risau.
Mohon Doakan Ketenangan Anak Menjawab Soalan
Disamping itu, bekas pengacara Mingguan Wanita Talkshow musim kedua ini juga turut meminta para sahabat dan followernya supaya mendoakan ketenangan anaknya dalam menjawab soalan SPM.
Mohon sahabat-sahabat doakan juga kemudahan & ketenangan buat Marissa Dania Hakim untuk menjawab soalan-soalan dengan tenang in shaa Allah.
All the best cayang papa & juga buat anak-anak yang mula peperiksaan SPM seluruh Malaysia.
Mesti Baca:Ini 8 Tip Untuk Mak Ayah Amal, Bantu Anak Tenang Dalam Dewan Peperiksaan
Baca Lagi Di Sini:‘Doa Papa Tak Pernah Putus’ Norman Hakim Mohon Doakan Anak & Calon Peperiksaan SPM
Artikel Menarik:Baca, Tiup Dan Doakan Surah Al A’la, Bagi Anak Senang Ingat Jawapan Soalan Peperiksaan
Mingguan Wanita: Buat calon-calon SPM, semoga diberi ketenangan jiwa dan mudah menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan cemerlang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mampukah Meerqeen Tawan Cinta Erysha? Tak Sanggup Derita Kali Kedua Dalam ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’
![](https://cdn.mingguanwanita.my/2024/06/top-yatt-2024-06-07T130015.947.jpg)
Isi Kandungan
ToggleGandingan pelakon muda yang hebat dan berbakat besar, Meerqeen dan Erysha Emyra menerusi slot MegaDrama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ membuatkan penonton drama Melayu tegar terpesona. ‘Sweet couple’ ini digandingkan menerusi drama bergenre romantik komedi memaparkan nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka.
Meerqeen dan Erysha yang sebelum ini pernah menjadi penantian para penonton Astro dan juga peminat selepas bibit-bibit rakaman dan gambar mereka dimuat naik di media sosial. Disiarkan bermula 27 Mei, jam 10 malam menerusi Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ turut dibintangi oleh barisan pelakon tempatan popular seperti Nina Juren, Ozlynn Waty, Haidar Hasanudin, Malle Christian, Nik Rifaie dan juga juara Hero Dewi Remaja 2023, Aiman Ameer.
Kejar Cinta Janda Muda
Drama terbitan Playwright Pictures Sdn Bhd ini telah diarahkan oleh Hadith Omar dan diadaptasi daripada novel nukilan Liva Vee yang sama judul. Malah ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ merupakan rantaian 20 episod mengisahkan Anne (Erysha) dan Alan (Meerqeen) yang bertemu kembali selepas lima tahun berpisah apabila abang kepada Anne, Fazlee meminta Alan untuk menjadi peguam kepada Anne selepas dia terlibat dengan satu tuntutan mahkamah.
Pertemuan ini menjentik semula perasaan mereka. Alan yang masih mencintai Anne cuba menawan hatinya semula walaupun menghadapi pelbagai halangan daripada ibunya. Namun dia sentiasa mencari peluang untuk mendekati Anne semula dan bertekad tidak mahu kehilangan Anne buat kali kedua.
Pastinya naratif percintaan antara Alan dan Anne membuatkan para penonton terutamanya golongan muda tidak sabar menantikan episod yang dihidangkan seterusnya.
Kisah Cinta Nafas Baru Genre Romantik
Sewaktu menghadiri sidang media drama ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari menerangkan ‘Cinta Sekali Lagi’ merupakan kisah cinta yang memberikan nafas baharu kepada penggemar genre romantik. Apatah lagi dibarisi gandingan watak utama yang juga pelakon popular, berbakat dan sedang meningkat naik.
“Sebagai pelopor drama tempatan terbesar di Malaysia, kami ingin memberikan jalan cerita yang segar, sekaligus menepati citarasa semua penonton yang padat dengan nilai-nilai yang boleh diambil dan diterapkan kepada semua lapisan masyarakat.
“Kami berharap para penonton dapat menerima naskhah terbaharu daripada Astro Ria ini dengan memberi sokongan penuh kepada gandingan-gandingan baharu kami menerusi drama ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’,” kongsinya.
Drama hebat ini juga telah mencecah tontonan 109juta di aplikasi Tik Tok dan trending setiap episod (sehingga episode 5) di Platform X.
‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI