Ketiga-tiga cara buat racun organik bawang putih, daun semambu dan cili padi ini berkesan menghalau serangga perosak seperti bena putih, belalang dan ulat pemakan daun. Serangan makhluk perosak seperti ulat, belalang malah bena putih antara ancaman pokok cili yang diusahakan secara besar-besaran.
Semburan pelindung tanaman dari bawang putih dan daun semambu antara alternatif yang pengusaha boleh praktikkan untuk lindungi hasil tanaman. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk anda yang mengusahakan tanaman secara komersial.
Malah ianya juga menjimatkan kos. Sesetengah pengusaha menanam pokok semambu atau neem untuk memudahkannya menghasilkan bahan penyah serangga perosak. Ini perkongsian daripada Nur Amirul Nur Azmi cara menghasilkan semburan racun Bawang Putih, Daun Semambu dan Cili Padi.
Kaedah yang dikongsikan oleh Nur Amirul ini menggunakan teknik Double Boiling.
Apa Itu Kaedah Double Boiling
Ambil 1 periuk leper dan letak di atas periuk yang bersaiz besar yang diisi air. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan sampai adunan tadi jadi sebati.
Kaedah ini biasa digunakan untuk mencairkan coklat masakan.
Cara Buat Racun Organik Bawang Putih
1. Ambil 200 gram bawang putih kisar dengan 500 ml minyak masak.
2. Hasil kisar tadi, masak menggunakan kaedah double boiling dengan api perlahan.
3. Anggaran masa memasak, antara 2 ke 3 jam.
Ini Pula Cara Buat Racun Organik Daun Semambu
1. Ambil 200 gram daun semambu dan kisar dengan 500 ml minyak masak.
2. Hasil kisar tadi, masak menggunakan kaedah double boiling dengan api perlahan.
3. Tambahkan 2 sudu cengkih.
4. Anggaran masa memasak, antara 2 ke 3 jam.
Cara Buat Racun Organik Bawang Putih Dan Cili Padi
Klik untuk belajar buat racun berguna dengan campuran sabun
Aturannya
Ambil 20 ml racun pilihan untuk 20 liter air.
Tambahkan 20 ml sabun basuh baju.
Kacau sebati
Sembur bawah dan atas daun.
Setakat Ini Performance Bawang Putih/Semambu Tak Mengecewakan!
“Racun yang selalu saya guna untuk perlindungan pokok cili saya adalah dari semambu dan bawang putih sahaja. Buat sendiri aje. Masa proses pun nak muntah dibuatnye sebab bau dia yang memeningkan.
“Selama 5 bulan hasil tanaman saya cuma sekali sahaja saya pakai racun kimia. Tu pun racun kulat. Setakat ini performance semambu dan bawang putih tak mengecewakan.”
Buat pengusaha cili mahupun suri yang mengusahakan pokok cili secara sambilan itu, Jika sebelum ini, racun organik bawang putih dan cili kurang berkesan, apa kata cuba pula racun organik bawang putih dan daun semambu.
Kenapa Pekebun Perlu Menolak Racun Kimia Dan Kembali Rajin Hasilkan Racun Organik
Sebenarnya terlalu banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan menyembur racun organik pada tanaman. Sebolehnya, kurangkan membeli racun kimia untuk tanaman anda. Ini kelebihan jika anda rajin menyembur racun organik pada tanaman.
- Racun organik sememangnya berbau busuk. Ia menyengat bauan di hidung kita, tapi dalam masa yang sama ia menghindari jauh-jauh serangga perosak.
- Apabila semburan racun organik terkena pada daun, serangga takkan memakannya sebab rasa pahit daun buatkan mereka jadi tak berselera.
- Kaedah ini juga mencegah serangga daripada bertelur pada tanaman anda.
- Ia juga berkuasa untuk membuatkan sistem hormon dalam tubuh serangga terganggu. Sudah pasti serangga takkan dekat dengan tanaman anda sebab dia pun tak nak hormonnya terganggu.
- Kaedah ini juga dapat mengawal kehadiran bakteri atau kulat.
Sumber/Foto: Facebook Nur Amirul Nur Azmi (Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI