Selepas 23 tahun menjalani pembedahan, penerima hati pertama di Malaysia Afiq Ikmal Muhammad Zaini kini dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati serta berdepan kemungkinan perlu menjalani prosedur pembedahan pemindahan organ itu sekali lagi.
Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini berkemungkinan perlu menjalani semula prosedur itu, jika berlaku penolakan kritikal pada organ hati yang diterimanya, pada 1999.
Pemuda berusia 23 tahun itu kini dirawat di wad rawatan separa rapi (HDW) Hospital Selayang, Selangor, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat pernafasan, sejak Sabtu lalu.
Bimbang Keadaan Anak
Bapanya, Muhammad Zaini Rahim, 50, berkata pasukan perubatan kini sedang berusaha menstabilkan keadaan anaknya, selain belum memuktamadkan tindakan lanjut.
Beliau mengakui bimbang keadaan Mohd Afiq Ikmal, walaupun anaknya itu kerap dimasukkan ke hospital sebelum ini, selain menyifatkan keadaan itu sangat teruk dan pertama kali berlaku selepas jalani pemindahan organ.
“Afiq sebenarnya baru tiga hari dibenarkan pulang dari hospital selepas dirawat akibat jaundis. Keadaan dia masih okay sejurus tiba di rumah, tetapi semakin merudum sejak hari kedua dan terus tidak sedarkan diri, Sabtu lalu.
“Doktor juga ada terangkan kemungkinan berkenaan, tetapi prosedur ini rumit dengan keadaan Afiq dan persekitaran semasa.
“Kita pun belum berbincang atau buat keputusan mengenai penderma setakat ini, jika Afiq perlu menjalani semula prosedur ini,” katanya.
Ads
Tidak Sedarkan Diri Selepas Sarapan
Berkongsi detik cemas itu, Muhammad Zaini berkata, pihaknya terpaksa menghubungi ambulans selepas menyedari anaknya tidak sedarkan diri selepas selesai bersarapan, Sabtu lalu.
“Pagi itu dia bangun sarapan dan seperti biasa selepas makan dia akan tidur sekejap. Kemudian, saya kejutkannya untuk makan tengah hari dan makan ubat, namun dia tidak bangun saya ingatkan dia letih.
“Saya cuba kejutkannya lagi sekali, dia masih tidak memberikan reaksi sebelum kami menghubungi ambulans membawanya ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, bapa tiga anak itu menyifatkan, Mohd Afiq Ikmal sebagai individu yang tabah dan kuat melawan penyakitnya.
“Selama ini kami tidak pernah dengar Afiq mengeluh sampaikan kadang-kadang kita tak tahu pun dia sakit, mungkin dia tidak mahu menyusahkan kami.
Ads
“Kami sudah usaha cuma doa dan tawakal saja mudah-mudahan Allah mudahkan dia melawan penyakitnya, memberi kesembuhan dan panjangkan usianya.
“Sebagai bapa, dengan rasa rendah hati saya memohon rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kesembuhan Afiq, mana tahu mungkin ada doa hamba Allah lain yang dimakbulkan,” katanya.
Doakan Terbaik
Sementara itu, penderma hati pertama di Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, mendoakan yang terbaik buat Afiq Ikmal.
“Saya harapkan terbaik bagi adik Afiq kerana jangka hayat penerima mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati.
Ads
“Saya agak risau jika berlaku penolakan, selepas 22 tahun pembedahan dilakukan kerana ada kes penerima lain, Nurul Afiqah Mohd Zahir, meninggal dunia selepas puluhan tahun menjalani pembedahan sama.
“Afiq sebelum ini, dikatakan sudah beberapa kali keluar masuk hospital, tetapi keadaannya kali ini agak membimbangkan. Saya bercadang untuk menziarah Afiq, kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya.
Sebelum ini, Wan Mohd Hafizam dilapor mendermakan sebahagian hatinya kepada Mohd Afiq Ikmal yang ketika itu berusia 14 bulan.
Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan.
Tanpa bantuan sesiapa dan hanya berpaut pada dinding, seorang wanita tular lahirkan bayi sambil berdiri di depan mesin atm.
Menerusi video yang tular, wanita ini seolah-olah tiba-tiba melahirkan anak dengan begitu mudah.
Seorang Wanita Tular Lahirkan Bayi Sambil Berdiri
Malah, beberapa orang awam yang sedang berada di lokasi sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jogjakarta gempar apabila seorang wanita secara tiba-tiba melahirkan anak dalam keadaan berdiri, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Dalam satu video yang tular di media sosial, wanita tersebut sedang berdiri dalam keadaan tergamam sambil berpaut pada sebuah dinding.
Seorang lelaki yang identitinya tidak dapat dipastikan dilihat memegang bayi tersebut di belakang wanita itu dengan keadaan tali pusatnya yang masih belum dipotong.
Lebih menyedihkan adalah tiada seorang pun individu lain terutamanya golongan wanita tampil untuk membantu wanita itu.
Tiada Siapa Yang Membantu
“Allahuakbar, itu bukan Covid! Mari cik, tolong cik. Tiada apa-apa kerana itu bukan Covid,” kata perakam video tersebut.
Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan wanita itu dan bayinya. Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menerima hampir 20,000 tontonan dengan ramai yang meluahkan rasa marah kerana tiada yang menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut.
“Panggillah bidan atau doktor! Jangan dilihat sahaja,” kata seorang netizen. “Bukannya mahu membantu, sebaliknya hanya merakam,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sepatutnya buila berlaku kes sebegini, perkara utama adalah memberi bantuan yang patut dahulu sebelum merakam video atau sebagainya.
Sumber : Kosmo Online
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ellie Suriaty tidak terkejut bekas suami mahu bernikah dalam masa terdekat. Begitulah yang diberitahu oleh pengarah dan pelakon yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya, Azri Iskandar seperti mana yang dilaporkan.
Ellie Suriaty Akui Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah
Ellie dan Azri yang sah berpisah pada 17 Mei lalu menerusi Kosmo Online menjelaskan dirinya tidak terkejut dengan hal tersebut. Malah hatinya juga sudah nekad untuk menarik diri dari perkahwinan yang dibina selama 19 tahun.
Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.
“Tidak terkejut malah saya sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.
“Saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan,” ungkap ibu kepada tiga orag anak itu.
“Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”
Ellie juga menerangkan dia tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri.
“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama.
“Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi” kongsi Ellie yang mahu memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan kerjaya seni.
Sebelum ini menerusi laporan portal berita Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.
Keadaan sekarang ini mungkin kita lebih fokus dalam keselamatan diri atau SOP untuk mengelakkan diri dari wabak pandemik COVID-19. Namun kita jangan lupa dan perlu juga ambil cakna tentang masalah demam denggi.
Sebenarnya, ancaman wabak demam denggi ini tetap perlu diberi perhatian sama memandangkan ia adalah endemik (yang bermaksud berlaku sepanjang tahun) dan turut menyebabkan masalah kesihatan kepada kita sejak dahulu lagi.
Tidak dinafikan, kes demam denggi pada tahun 2021 menunjukkan tren penurunan sebanyak 75 peratus dan kematian demam denggi juga menunjukkan pengurangan sebanyak 91 peratus berbanding tahun lalu. Penurunan kes demam denggi ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara ASEAN yang lain.
Caption: Antara sukarelawan COMBI yang terlibat dalam aktiviti promosi pencegahan denggi.
Malah, dari Januari sehingga 12 Jun 2021 sebanyak 12,188 kes demam denggi dan lapan (8) kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 48,584 kes demam denggi dan 84 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.
Caption: Sukarelawan COMBI mengedarkan flyer untuk memberi kesedaran pada orang ramai dalam mencegah jangkitan demam denggi sekaligus menghapuskan denggi.
Mengelakkan penyakit demam denggi sebenarnya tidak sukar. Hanya dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes mampu untuk mencegah jangkitan demam denggi sekaligus menyelamatkan nyawa. Inilah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia dalam usaha untuk membasmi tempat pembiakan Aedes.
‘10 Minit Hapus Aedes’ Tema Sambutan Hari Denggi ASEAN
Pada 15 Jun setiap tahun, Hari Denggi ASEAN disambut di peringkat kebangsaan dan 10 Minit Hapus Aedes merupakan tema pada tahun ini bagi tujuan untuk menekankan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta dalam usaha membanteras demam denggi.
Caption: Luangkan masa 10 minit untuk hapuskan aedes di kawasan kediaman.
Menurut Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia, setiap individu dan setiap lapisan masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes di premis masing-masing. Malahan, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sebahagian besar waktu diluangkan di rumah, setiap individu perlu memastikan kediaman masing-masing bebas dari tempat pembiakan Aedes.
“Dalam usaha memperkasakan pencegahan denggi, sebanyak 3,084 pasukan sukarelawan COMBI dengan penyertaan seramai 28,381 sukrelawan (Sumber COMBiS: Data pasukan COMBI sehingga 31 Mei 2021) yang terdiri daripada komuniti di seluruh negara telah bersama-sama dalam aktiviti promosi pencegahan denggi”.
“Dengan komitmen dan usaha semua pihak diharapkan usaha membanteras denggi ini akan diteruskan demi memastikan rakyat dapat menikmati tahap kehidupan yang berkualiti dan bebas dari ancaman bahaya demam denggi,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...