Setiap kali menjalani pembedahan, komplikasi mahupun kecuaian selepas pembedahan amatlah dirisaukan. Siapa sangka kecuaian daripada pihak hospital dan petugas kesihatan meninggalkan alat-alat pembedahan, boleh menyebabkan penderitaan dan menjejaskan kesihatan diri.
Kejadian berlaku di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang sering dialaminya sejak 20 tahun diakibatkan oleh sebilah gunting tertinggal di dalam perutnya.
Pembedahan Buang Batu Karang
Bachena Khatun, 55, mula sering mengalami sakit perut selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah klinik Chuadanga pada 2002.
Beberapa hari selepas pembedahan itu, Khatun pergi ke semula klinik tersebut untuk memaklumkan mengenai sakit perut yang dialaminya.
Rasa Sakit ‘Normal’
Namun, doktor memaklumkan rasa sakit itu adalah normal dan menasihatkan wanita itu supaya tidak perlu risau mengenainya.
Diakibatkan oleh rasa sakit yang berterusan, Khatun berjumpa dengan doktor lain dan hasilnya sama, malah dia diberi ubat tahan sakit untuk meredakan keadaan.
Ads
Tahun demi tahun, wanita itu terpaksa menjual haiwan ternakannya dan sejumlah aset bagi mendapatkan rawatan untuk menghilangkan sakit perutnya.
Buat Imbasan Sinar X
Akhirnya, Khatun pergi ke hospital bagi menjalani imbasan sinar X dan doktor terkejut selepas mendapati terdapat sebilah gunting di dalam perut wanita itu, sekali gus mengetahui punca kesakitan yang dialaminya selama ini.
Ads
Pembedahan segera dilakukan dan gunting itu berjaya dibawa keluar dan kini, keadaan Khatun semakin pulih.
Mingguan Wanita: Kasihan sungguh. Tempoh 20 tahun bukan waktu yang sekejap untuk mengalami penderitaan sakit perut. wanita ini bernasib baik, gunting yang tertinggal tidak menyebabkan jangkitan kuman dan komplikasi yang lebih teruk. Sebaiknya pihak hospital dan doktor tidak ambil mudah atas setiap aduan pesakit.
Budak jatuh dari tingkat 11 hanya patah tangan, bumbung kedai pemisah ajal. Dalam hidup, manusia harus berpegang kepada qada dan qadar yang telah ditetapkan khususnya dalam bab kematian dan jodoh.
Ternyata selagi belum sampai saatnya, Allah masih memberi peluang untuk kita menikmati kehidupan mengikut apa yang kita cari.
Budak 12 Tahun Jatuh Dari Tingkat 11 Hanya Patah Tangan
Berpantang maut sebelum ajal dan seolah diberikan peluang kedua, inilah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11 bangunan.
Dalam kejadian senja semalam, seorang kanak-kanak nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.31 malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun terselamat dan hanya mengalami patah tangan kiri.
Bumbung Kedai Pemisah Ajal
Memetik laporan Kosmo, difahamkan, mangsa dikatakan menggigau kerana demam sejak beberapa hari lalu sebelum terjatuh dari tingkat 11 dan tersangkut pada bumbung kedai.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Arifin berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) memang benar terdapat kejadian yang dilaporkan.
“Mangsa, seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui tersangkut di atas bumbung kedai yang berada di tingkat bawah bangunan kediaman terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkarnain berkata, pihaknya bertindak membawa turun mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.
Khusus mak-mak yang pernah berdepan situasi ini; diaper pant atau seluar lampin pakai buang yang anak pakai tanpa sengaja mak terkoyak kan, padahal masih elok dan bebas air kencing atau poo poo anak.
Sudahnya, mak nak buat macam mana. Pelakon dan pengarah, Yana Samsudin ini pun berdepan situasi yang sama. Dan ini yang Yana kongsikan bila mana lampin pakai buang Mateen, Yana koyakkan tanpa sengaja.
Tipnya, buatkan DIY sampai diaper tu boleh pakai semula. “Kukuh.. kukuh..” kata Yana yang berkongsi video bukti DIY diaper pant tu menjadi.
Ini Cara Yana DIY Diaper Pant Mateen Yang Terkoyak
Semalam malam masa nak mandikan @aisymateen , Yana terus koyakkan diaper pant dia. Alaaaaaa!!!! Lepas koyak tu, baru sedar diaper tu baru je tukar dan takda najis pun lagi.
So lepas mandikan tu terus cakap dengan suami @fadzilzahari , “sayang, I rasa menyesal tak check dulu diaper ni, bersih lagi… sayang nya membazir.. ramai orang luar sana yang susah perlukan diaper untuk anak dia. Macam mana ni? I rasa bersalah. ”
Lepas tu dia reply, I pun pernah macam tu yang hari tu, lepas tu I letak soletip. “Ha!!! Idea!!
Akhirnya Mateen Happy..
So hari ini saya pun DIY lah diaper ini supaya tidak menjadi satu pembaziran.. it work!! Tahan juga!.
Lepas tu mateen tanya mommy buat apa ni? Dia macam curiga kenapa kena tampal tampal… Mommy cakap DIY diaper Mateen biar tak membazir. Dia jawab oooooooo… .
Akhirnya Mateen happy! THANK YOU sayang ku @fadzilzahari bagi idea DIY ni. Kadang kadang mak mak ni buntu juga… benda simple je pun.
Ok selesai separuh tugasan jadi ibu dan hati ku dah tenang… nak bagi Mateen makan pula… muka ada cengkung sikit sebab baru kebah dari demam panas.
MW : Bagus cara yang Yana Samsudin kongsikan ini. Bukan saja tak membazir, malah secara tak langsung Mateen pun belajar cara berjimat cermat guna barang.
Wanita Islam yang beriman kepada Allah harus ambil tahu 13 perkara ini. Agar mereka faham konsep menutup aurat itu bagaimana syaratnya. Ini perkongsian daripada Puan Monalita Mansor yang dihimpunkan menerusi dakwah yang disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azazi Mulkan.
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka Dan Leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian Yang Nipis (Jarang)
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (Suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW yang bermaksud: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah SAW. bersabda yang mafhumnya: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Ya Allah aku telah menyampaikan 13 perkara ini kepada umat Islam, dan terimalah amalanku ini sebagai ibadah yang Engkau redha. Amin!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...