Amalan makan berjemaah dalam satu talam dikongsi empat lima orang antara sunnah Nabi. Bagi keluarga Nurul Ain, dengan bilangan anak empat orang cara makan dalam talam sebegini lah yang jadi amalan setiap kali menikmati hidangan.
“Walaupun kekadang makanan sikit ajaibnya tetap cukup.” Luahnya dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani.
Menariknya, menerusi amalan makan dalam talam yang dipraktikkan sejak dua bulan lalu (ketika status dimuatnaik) beliau merasai beberapa kelebihan yang memberi manfaat pada diri dan keluarganya.
Ini Kelebihan Anak Beranak Makan Dalam Talam
Sekadar nak berkongsi kelebihan mengamalkan sunnah.
Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia.
“Hampir 2 bulan kami makan bersama di dalam talam. Kelebihannya..
1. Makanan tak terbazir
2. Anak-anak berselera
3. Masa makan, masa bonding dengan suami dan anak-anak.
4. Pembahagian tugas, tukang bawa talam ke singki, tukang sapu, tukang jaga baby bila ibu basuh talam.
5. Paling best, tak perlu susah, nak basuh mangkuk, sudu, pinggan banyak-banyak. Lauk ambil terus dari kuali masuk talam.
6. Dan jimat masa, makan semua serentak,kemas, selesai.
7. Kadang-kadang makanannya sikit, tapi ajaib, rasa cukup je. Itulah namanya berkat.
8. Nanti bila anak-anak besar, pasti teringat memori ini.
9. Anak-anak walau bergaduh macamana sekali pun,bila makan, terpaksa berlaga lutut, erat kasih sayang semula.
10. Pahala pun dapat.
11.Kami semua berenam. Anak 4+ibu+walid. Setakat ni muat lagi setalam.
Alhamdulillah.
- Terasa jauh dengan anak, cubalah sunnah makan satu talam.
- Dapat makan setalam berjemaah, peha dekat, hati dekat, handphone jadi jauh.
Bila Anak Besar, Pasti Teringat Memori Ini
MW : Bagus sebenarnya jika dipraktikkan amalan makan dalam talam untuk anak-anak ini. Mak ayah ajarkan juga adab-adab ketika makan beramai-ramai sebegini, misalnya ambil dahulu makanan yang berdekatan.. jangan menjangkau jauh dari tempatnya makan. Dalam tak sedar, sambil makan anak-anak akan berbual dengan adik-beradiknya yang lain malah mak ayah juga. Indah kan.
Sumber/Foto : Nurul Ain
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI