Pejam celik pejam celik sudah 20 tahun rupanya usia perkahwinan pelakon Edika Yusof, 54 dan isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44.
Pelakon tampan lagi setia ini tidak sesekali meninggalkan isteri apatah lagi mengabaikannya. Biarpun rumah tangganya diuji selepas dua tahun hidup berdua dengan isterinya.
Hidayah disahkan menghidap meningitis sehingga menyebabkan dirinya lumpuh separuh badan. Selepas tempoh itu, Edika setia menjaga isteri yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak ke sana-ke mari.
20 Tahun Usia Perkahwinan, Edika Yusof Suami Bertuah
Ads
Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nazirul Afiq, 22, Fardeen Nasrulhaq, 18, dan Fereena Nurulhaq, 17.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Edika memberikan ucapan yang cukup romantic dan menjelaskan dia begitu bertuah kerana dijodohkan dengan isteri tercinta.
Ads
“Saya suami yang paling bertuah kerana memiliki awak sebagai isteri. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu. Selamat Ulang tahun Perkahwinan isteriku,” tulisnya.
Istimewanya pasangan ini, biar pun rumah tangganya diuji dengan ujian isteri sakit, Edika Yusuf tetap setia.
Jangan main-main dengan gatal gegata ini. Bila dia mula serang satu badan, gatalnya merenyam habis. Petua sapu-sapu pun kadang tak jalan. Lebih baiklah dapatkan rawatan yang betul.
Pengalaman kena gegata ini dilalui penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah. Bila gatal gegata tu dah hilang, ada benda lain pula yang Cik Piah alami hinggakan perlu diwadkan dekat critical care unit (CCU).
Tapi lain yang jadi, netizen buat spekulasi kata Cik Piah hamil. Ini penjelasan Cik Piah atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 30.
Lepas Gegata Hilang, Jadi Sesak Nafas
“Ini antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kena duduk wad CCU okey, disebabkan sesak nafas.”
Pada mulanya, Cik Piah ke klinik kerana kena gegata satu badan.
“Bayangkan lah gatalnya macam mana? Allergic sebab salah makan ke apa. So, mintak doktor inject. Lepas itu memang hilang terus gegata tu.”
“Tup-tup lepas tu, kepala terus pusing-pusing. Rasa nak pitam. Terus rasa susah nak bernafas. Terfikir waktu tu, sebelum nak gi injection tu memang tak sempat breakfast. Perut kosong.”
“Mungkin jugak tindak balas ubat tu kot. Teruslah husband bawak gi hospital.”
Benda-benda Macam Ni, Puncanya Sikit Je..
“Sampai-sampai check pulak tekanan darah rendah. Tapi bila dia kasi neb tu lega rasanya. Oksigen waktu tu pun rendah.”
“So kenalah duduk CCU.”
“Jadi, janganlah memain dengan benda-benda macam ni. Puncanya sikit je.. nak hilangkan gatal. Tapi sudahnya mendapat kau duduk CCU.” Tulis ibu kepada 2 orang anak lelaki ini, Adam Malique dan Nuh Aryyan.
Cik Piah Bukan Hamil Ya..
Kadangkala tanpa sengaja kita terbuat spekulasi. Gambaran yang tidak betul hanya dengan dengar cerita cakap-cakap orang ini.
Dan itulah yang Cik Piah hadapi bilamana netizen sok sek kata Cik Piah hamil. Padahal Cik Piah rawat gegata je.
“Jadi desas desus yang kata Cik Piah pregnant lagi tu dan ucap tahniah, anda silap. Jangan buat sebarang spekulasi tanpa anda ketahui keadaan sebenar ya.”
“Tak pasti jangan kongsi. Terima kasih yang mendoakan saya.” Tegas isteri kepada Nurashid Wahab ini.
Antara contoh gegata. Kredit foto : infosantai.com
Info MW : Gegata ini ruam yang sangat gatal, perit dan membengkak (saiz yang berbeza) yang timbul di mana-mana bahagian badan secara tiba-tiba.
Gegata juga boleh disebabkan oleh alahan. Misalnya, alergik dengan ubat terutamanya ubat tahan sakit dan antibiotik.
Selepas beberapa hari pemergian isteri tercinta, Shuib kini terpaksa memberi fokus kepada anak-anaknya terutamanya anak keempatnya Ayash Affan. Doktor juga sarankan Shuib bekalkan susu dari ibu susuan Ayash Affan,
Sememangnya pelawak ini terpaksa berdepan cabaran membesarkan empat cahaya mata seorang diri selepas pemergian isteri, Almarhumah Siti Sarah Raissuddin akibat COVID-19.
Lebih merunsingkan bagaimana mahu menguruskan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu. Malah Shuib juga terpaksa menangguhkan hasrat melawat anaknya itu atas saranan hospital.
“Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, saya terima dengan lapang dada. Saya tangguhkan dahulu atas saranan doktor bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Alhamdulillah, bayi dalam keadaan stabil, malah sudah menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif.
“Doakan semoga ujian calitan kali ketiga negatif juga. InsyaAllah, Ayash akan dibenarkan pulang dalam tempoh sebulan jika kesihatannya baik,” luah Shuib sewaktu majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.
Doktor Sarankan Shuib Bekalkan Susu Dari Ibu Susuan Ayash Affan
Malah bapa tunggal ini turut runsing memikirkan tentang soal untuk membekalkan susu buat Ayash ini kerana doktor menyarankan Shuib membekalkan susu daripada ibu susuan Ayash Affan.
“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu formula tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas, susu siapa pula nak bagi.
“Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa, nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” beritahu Shuib terus terang.
Shuib juga berasa sangat bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga dan rakan artis yang menawarkan bantuan.
“Saya bersyukur ramai rakan sudi menghulurkan pertolongan. Mintalah apa sahaja, jika setakat makanan, hari-hari ada sahaja yang mahu menghantarnya.
“Selain rakan, saya bertuah ipar duai yang tinggal berdekatan. Bapa mentua pun ada bersama saya, jadi boleh minta bantu menjaga anak-anak jika saya keluar bekerja,” luahnya lagi.
Ya Allah bantulah kami mencari Warie, berlumba dengan masa. Everest ditutup sepenuhnya 29 Mei ini. Hari ini memasuki hari ke 5 pencarian Muhammad Hawari Hashim, pendaki OKU pekak pendengaran yang hilang selepas berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang tanggal 18 Mei lalu.
Memandangkan masa semakin suntuk kerana Gunung Everest akan ditutup sepenuhnya pada 29 Mei ini untuk pembersihan segala peralatan di pergunungan, masa yang tinggal beberapa hari ini mencarinya membuatkan pihak sherpa yang diupah menggandakan usaha mencari Hawari baik secara daratan mahu pun menggunakan helikopter.
Everest Ditutup Sepenuhnya 29 Mei Ini
Dalam satu posting perkongsian sherpa, @ngatenji dirinya berkongsi usaha mencari Hawari dilakukan melalui helikopter di mana katanya setiap saat begitu berharga dan mereka berlumba dengan masa.
Dalam keadaan ramai mendoakan dan masa yang sama risau kerana belum ditemui memasuki hari ke lima, di facebook isterinya, Saffiyah yang juga OKU pendengaran telah menukar profilenya dan memaparkan wajah Hawari dan tulisan Pray For Hawari.
Perkongsian mengenai wira negara yang berjaya mencapai puncak Everest pada 18 hb bersamaan hari Khamis jam 3 setiap hari minggu lalu turut dilakukan oleh Ketua Ekspedisi Azim Afif.
Dirinya turut berkongsi kronologi kejadian yang menimpa Hawari dari hari pertama kejadian hingga kini.
Inilah gambar Hawari di puncak gunung Everest selepas berjaya menawannya pada Khamis 18 hb bersamaan jam 3.30 petang
Dari perkongsiannya, Azim memaklumkan, ketika menuruni puncak gunung tertinggi dunia itu selepas berjaya menawannya, Hawari atau mesra disapa Warie telah ditinggalkan oleh sherpa yang membantunya turun sehingga ke South Col, kem 4 untuk tidur dahulu bagi membolehkan dirinya membantu rakan sherpa yang ketika itu bersama Tuan Awang (meninggal selepas terjatuh).
Selepas membantu Tuan Awang sehabis baik, Sherpa tersebut kembali ke Kem 4 namun didapati Hawari tidak berada di dalam khemah.
Berikutan kejadian tersebut, pihak Sherpa segera melaporkan kepada team Kem 2 melalui walkie talkie. 8 orang sherpa membantu mencari dari Kem 4 ke Kem 2 namun gagal menemuinya. Bahkan sherpa turut melakukan semakan di khemah-khemah di Kem 4 dan kem 3 namun tidak dijumpa jua,”lapor Ketua Ekspedisi Malaysia Everest, Azim Afif mengenai perkembangan terkini Hawari yang masih belum ditemui hingga kini.
Berlumba Dengan Masa “Ya Allah Bantulah Kami Mencari Warie”
Dalam pada itu, berdasarkan taklimat terkini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yow, pihak mereka membuat teori ada kemungkinan Hawari naik semula ke atas atas niat membantu Tuan Awang.
Berikut adalah perkongsian terkininya mengenai situasi terkini Hawari.
Day 4: SAR Hawari
Briefing kepada CM Penang tentang perkembangan terkini dan terima kasih atas sokongan.
Sehingga harini, 3 kawasan crevasse utama di Kem 2 & Kem 3 telah disemak namun tiada tanda-tanda Hawari.
SAR udara jugak telah dijalankan pada hari pertama SAR, tinjauan dari 8,300 m sehingga 5,435 m secara terperinci, ada beberapa tinggalan lama yang didapati namun tiada kelihatan Hawari.
Kawasan SAR dibesarkan kepada South Col ke atas. Semalam dan hari ini seramai 4 orang Sherpa mencari di bahagian atas.
Kesemua kawasan yang dilakukan sasaran SAR ini sangat berisiko dan perlu tenaga mahir dan merekalah kita hired dalam misi SAR ini.
Kawasan South Col/Camp 4 ini sangat luas iaitu sempadan Nepal – Tibet.
Pihak Autoriti Tibet jugak telah dimaklumkan tentang kehilangan Hawari.
Harap-hara permohonan imej satelit dapat dipenuhi.
Semoga segala usaha lancar dan Hawari ditemui. Terima kasih semua yang doa dan bantu.