Biarpun bergelar ibu tunggal dan dalam masa yang sama membesarkan anak-anak, wanita cekal ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap mak dan ayahnya yang terlantar sakit. Apatah lagi kedua mak dan ayahnya merupakan orang kelainan upaya(OKU) fizikal.
Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Selain anak-anak, mak dan ayahnya bergantung harap pada Intan Zulina Osman. Namun dirinya tidak pernah mengeluh malah tetap cekal melunaskan tanggungjawabnya sebagai “anak” kepada orang tuanya dan ibu kepada “anak-anaknya”.
Akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan kehidupan mereka sekeluarga agak terjejas apabila dirinya tidak dapat keluar bekerja seperti biasa.
Menjadi Tempat Bergantung Harap
“Ibu saya akan mengetuk tin manakala bapa saya pula hanya mampu menggamit jika mereka perlukan sesuatu,” kata Intan Zulina Osman, 34 tahun.
Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini berkata, menjadi rutin hariannya sejak 18 tahun lalu menguruskan kedua ibu bapanya Siti Zabedah Saidin, 74, dan Osman Jusoh, 80, yang juga orang kurang upaya fizikal terlantar.
Katanya, dia hanya mencari rezeki dengan mengambil upah membuat kuih karas dengan pendapatan kira-kira RM25 sehari namun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hilang pekerjaan itu.
Ads
“Kini saya menampung hidup dengan menjual pembersih tangan dan membantu mempromosi rakan berniaga makanan dalam talian.
“Saya tak boleh bekerja luar kerana perlu menguruskan ibu bapa saya, jadi apa saja kerja yang mampu buat dari rumah, saya akan buat asalkan jadi duit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kodiang Lama Luar, Kubang Pasu, hari ini.
Intan atau lebih mesra dipanggil Kak Chik berkata, dia sangat bersyukur mempunyai anak-anak yang dapat membantunya menguruskan kerja di rumah.
Katanya, anaknya yang sulung Aiman Haikal Aidi Fikri, 15, banyak membantu mendukung nenek dan datuknya untuk mandi setiap hari dan menyuap makanan.
Bercerita lanjut, Intan berkata, bagi menampung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah, dia turut menerima tempahan membuat kuih raya ketika Ramadan.
Ads
Bagaimanapun, pada tahun ini hasratnya terbantut apabila ketuhar yang dibeli rosak awal Januari lalu.
“Mujurlah ibu bapa saya mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 sebulan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM350 sebulan. Wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta ubat-ubatan mereka.
“Anak-anak saya pula mendapat bantuan bulanan RM100 sebulan daripada JKM. Duit itu dapat digunakan untuk menampung duit poket mereka ke sekolah,” katanya yang juga anak tunggal.
Bagi orang ramai yang ingin membantu Intan Zulina, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 011-26437074.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga ibu tunggal ini tabah menghadapi ujian dan dikurniakan kekuatan dalam menempuhi liku-liku hidup. Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini dapatlah kiranya menghubungi nombor di atas. Hulurkan bantuan, ringankan beban.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kesan pendemik Covid-19 begitu besar. Bukan sahaja kehilangan pekerjaaan, malah ada di kalangan kita kehilangan orang yang tersayang. Berat benar ujian ini.
Bayangkan nasib bayi ini. Bayi ini tak sempat sentuh ibu, baru saja dilahirkan ibu meninggal dan akhirnya tinggal sebatang kara akibat Covid-19. Belum sempat merasai kasih seorang ibu, ibu pergi buat selamanya.
Bayi Tak Sempat Sentuh Ibu
Baru dilahirkan, tetapi seorang bayi lelaki di St Petersburg, Rusia, tidak sempat mengenali ibunya selepas wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19.
Malah, datuk dan nenek bayi itu sebelum ini juga meninggal dunia akibat virus sama.
Ia menyebabkan bayi itu menjadi satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat daripada Covid-19.
Mirror UK melaporkan bahawa sebelum ini, datuk kepada bayi itu, Kirey Pinchin, 64, dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, selepas lapan hari discaj dari wad, lelaki itu meninggal dunia akibat Covid-19, pada 5 November lalu.
Ia disusuli isteri lelaki itu, Vera, 62, yang meninggal dunia akibat jangkitan virus sama, pada 12 November.
Difahamkan, ibu bayi itu, Svetlana Sorochinskaya, 36, pula dijangkiti virus sama ketika mengunjungi Kirey di hospital.
Bayi Tak Cukup Bulan & Perlu Dirawat
Dalam pada itu, The Sun melaporkan bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dengan bantuan alat pernafasan.
Ketika ini, bayi itu berada di bawah jagaan pihak hospital.
Difahamkan, susulan berita kematian wanita itu, seorang lelaki tampil dan mengakui bahawa dia adalah bapa kepada bayi berkenaan.
Bagaimanapun, sepupu kepada Sorochinskaya berkata, ahli keluarga perlu menunggu keputusan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) bagi membuktikan sama ada dakwaan individu terbabit adalah benar.
MW: Kisah ini membuatkan kita semua sedar bahawa Covid-19 tidak mengenali siapa mangsanya. Semoga ada ahli keluarga terdekat tampil membantu dan membesarkan bayi ini dengan baik.
Mungkin bukan mudah nak tahu apa pantang larang yang wajib dielak tetapi kaum ibu yang beranak czer atau secara bedah patut ambil tahu petua dan cara-cara untuk jaga perut agar kembali pulih dan tidak buncit. Apa larangan dan apa yang kaum mak-mak patut buat, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Aishah ini…
Perut si ibu czer.
Masa mengandung merekah kehadapan.
Ketika bersalin dilapah terbuka.
Kemudian di jahit distaple.
Kalau mengandung perut kecik, sikit la bunjutnya.
Kalau mengandung perut besar belanga, terjuih isi perut, berlipat sampai menutup ari-ari.
Bila berjalan, perut membuai.
Luka yang ditoreh berlaga-laga.
Ngilu.
Perit.
Sebab tu kena pakai penampung perut lepas bedah.
Nak kasi selesa ketika berjalan, hatta berdiri.
Duduk menyusu pun jadi selesa
Minggu pertama pakai strap on binder.
Minggu kedua pakai bengkung kain belacu yang diikat.
Jangan ketat-ketat.
Janji perut tak terjuih kebawah.
Ibu yang bersalin czer, yang tak berbengkung, perut dia terlipat ke bawah. Macam apron. Tak pakai panties pun xpe. Tertutup dah depan tu.
Tapi…
Bila makan tahun.
Perut berlipat tu akan jadi accessory yang memalukan.
Spare tyre kiri kanan perut boleh trim down dengan work out.
Perut berlipat tu… tak boleh dipaku kat badan.
Hiduplah dengan perut yang berlipat.
Berbengkunglah selepas czer.
Untuk keselesaan.
Perut pun tak menggeleber.
Takdelah asal pandang cermin je… rasa nak pecahkan cermin tengok perut berlipat sampai tua.
TAPI ADA PANTANG LARANG BUAT IBU CZER YANG NAK PAKAI BENGKUNG
1. Tak boleh berjalan-jalan kehulu hilir takde arah masa bengkung dipakai
2. Tak boleh naik turun tangga masa tengah pakai bengkung
3. 2 minggu kena hadkan pergerakan masa berbengkung sebab risiko luka czer terbuka balik sangat2 tinggi bagi ibu-ibu yang jenis lasak.
Kalau rasa tak mampu nak duduk diam-diam ketika berbengkung lepas czer, tak perlulah berbengkung.
Tetapi…
Tadah ajelah perut yang berlipat macam tu.
Pilihan dah diberi.
Nak mengikut atau nak beralasan lagi?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wahai anak-anak, elajarlah menghargai mak ayah selagi mereka ada di sisi. Kelak Allah sudah ambilnya semula, cuma rasa rindu yang cuma jadi kenangan.
Andai pernah telan rasa kelat dalam hubungan, buang jauh-jauh dan maafkan. Mak ayah ini cuma pinjaman. Sampai masa, mereka akan pergi.
Untuk sampaikan rasa sayang dan menghargai selagi orang tua ada, cuba cukupkan mereka dari sudut yang saudara Muhammad Hassan kongsikan ini…
Bahagiakan Mak Ayah Dengan Cara Ini
Yang masih ada mak ayah. Pastikan:
1 keperluan dapur, bil air,bil eletrik disempurnakan oleh kita. Sekarang segala bil dah boleh buat pembayaran melalui online. Keperluan lain upah je runner beli beras,tong gas.
2 Usahakan bilik tidur mereka ada penghawa dingin. Tilam,selimut,cadar yang baru dan selesa.
3 Pastikan rumah tidak bocor terutama rumah kampung.
4 Pastikan kenderaan mereka selesa,ada penghawa dingin,brake yang baik,minyak hitam ditukar mengikut jadual.
5 Pastikan rumah mereka ada penapis air yang baik.
6 Pastikan mereka makan ubat mengikut jadual. Dan pastikan mereka tidak mengambil apa-apa supplement yang merugikan.m atau fake. Terutama rawatan-rawatan yang melibatkan peralatan.
7 Pastikan mereka tidak terlepas jadual temujanji dengan doktor di Hospital.
8 Jangan lupa untuk bertanya khabar mereka setiap hari, setiap minggu.
9 Jika mereka ada hutang berusaha untuk selesaikan hutang.
10 Pastikan dalam doa kita tidak terlepas nama mereka.
11 Tunaikan hajat mereka. Ada ibu bapa setiap tahun azam untuk tunai umrah. Ada ibu bapa setiap bulan nak ziarah anak-anak. Tunaikan.
12 Mohon maaf segala salah silap kita. Jangan sikit pun berdendam terhadap mereka. Jangan sikit pun sakiti hati mereka. Mereka syurga buat kita.
Tiada apa yang bernilai bagi mak ayah melainkan anak-anak yang soleh solehah,yang dapat mandikan jenazah mereka, yang dapat solatkan jenazah mereka. Yang dapat sedekahkan amal buat mereka.
Bahkan mendoakan mereka setiap masa. Paling kurang pun setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa untuk mendoakan mereka. Moga syurga balasan buat mereka diatas penat lelah mendidik dan membesarkan kita.
AMIN.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!