16 hari diculik agen jualan kosmetik berjaya diselamatkan, doa ibu ayah didengari Allah. Alhamdulillah, doa keluarga didengari Allah.
Selepas lebih dua minggu diculik dari rumahnya di Wakaf Bharu, seorang agen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36 yang dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang 13 hb lalu berjaya diselamatkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semalam.
Dalam kejadian menggemparkan sebelum ini umpama dalam filem Hollywood, tiga lelaki bersenjata telah datang ke rumahnya. Memberi salam dan selepas mengakui dirinya Azi, agen produk kosmetik ini terus ditarik keluar rumah tanpa sempat mengenakan sebarang tudung dan dibawa lari ke sempadan Malaysia- Thailand sebelum diberikan telah berada di negara Gajah Putih ini.
Mangsa diseret tiga lelaki bersenjata pistol dan pisau rambo dan dilarikan ke Thailand pada 13 September lalu
Bahkan bapanya, diajukan pistol saat cuba menyelamatkan anaknya itu selain pisau rambo menyebabkan bapanya berundur dan hanya mampu melihat mangsa dilarikan.
Berita dirinya diselamatkan disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan Rosnazirah berjaya diselamatkan di Thailand dan sudah dibawa pulang ke Malaysia, semalam.
“Melalui siasatan dan kerjasama erat antara PDRM bersama Polis Thailand dan perkongsian maklumat serta perisikan berjaya menjejaki lokasi keberadaan mangsa di Thailand.
“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa negara berkenaan dan dibawa pulang ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Negara itu turut memaklumkan, seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan, selain turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk menculik mangsa.
Ads
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Acryl berkata, PDRM menzahirkan penghargaan kepada Polis Thailand dan Kedutaan Malaysia di negara itu atas kerjasama serta bantuan dalam usaha dilaksanakan bagi menyelamatkan mangsa culik.
Beliau juga menyeru masyarakat supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kejadian yang menyalahi undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
Dalam kejadian jam 5.10 petang pada 13 September lalu, mangsa berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan . Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.
Penculikan mangsa dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu, polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan.
JEANS BURUK JANGAN DIBUANG, BOLEH DIBUAT TOTE & SHOPPING BAG. SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Ads
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Sungguh malang tidak berbau. Tidur dalam keadaan mulut terbuka juga boleh mengundang bahaya, binatang mahupu serangga masuk ke dalam mulut.
Pelik lagi mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular berukuran 1.2 meter panjang memasuki ke dalam mulut wanita semasa sedang tidur.
Memetik laporan dari Daily Mail, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur, di rumahnya pada Isnin.
Dibius
Wanita itu rasa tidak selesa serta tidak sihat, dan telah dihantar ke hospital. Doktor memberikan wanita itu bius untuk membolehkan doktor mengeluarkan ular daripada mulutnya menerusi tiub yang dimasukkan ke tekaknya.
Menerusi rakaman satu klip video yang viral, cukup mengerikan apabila seorang doktor mengeluarkannya dengan menarik ular tersebut dari dari saluran kerongkong dan tekak wanita tersebut. Beberapa pekerja di wad pembedahan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.
Keadaan wanita itu juga stabil selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut masih hidup atau telah mati ketika dikeluarkan.
MW: Ngerinya baca cerita sebegini. Bahaya tidur dengan mulut terbuka.Jika tak dimasuki binatang berbahaya pun, kemungkinan dimasuki serangga itu pasti ada. Paling penting utamakan kebersihan dan keselamatan di ruang bilik tidur, sebelum kita nak melelapkan mata.
Bergelar ibu tunggal ketika anak masih kecil dan masih belum memahami situasi yang berlaku bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dijelaskan dengan lebih berhati-hati agar anak mudah mengerti serta tidak terasa hati akan perpisahan tersebut. Ramai mengetahui, meskipun telah hampir dua tahun menempuhi penceraian, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali Farah Lee,29 tetap menjaga hubungan baik dengan bekas suami Ally Iskandar,42.
Farah Lee ada berkongsi cara mudah dia membuatkan anaknya Maream Esabel, 4 faham tentang perpisahan antara dia dan bekas suami, Ally Iskandar didalam laman Instagram. Selain berkongsi berkongsi tip tersebut, Farah juga menasihatkan agar mak ayah yang mengalami situasi sama, tidak memisahkan kasih sayang antara anak dengan mak/ ayahnya.
Berikut antara yang dikongsikan;
Sedang tengok Omar & Hana, sampai kat part the whole family berkumpul, omma test Maream,
O: Maream, kenapa family Maream tak macam tu.? Dorang Omma dan Daddy dia duduk sama-sama, tapi Maream duduk dengan omma je.? M: Hmmm.. Sebab kan kalau duduk sama-sama nanti gaduh.. Sebab tu Maream duduk dengan omma je. Tapi okay je, kan.? Ni kan family kita. O: *terharu*
Teringat soalan interview yang Farah terima tempoh hari. So Farah share kat bawah ya pada siapa yang selalu tanya macam mana Farah fahamkan Maream tentang family dia yang ‘lain’ dari kebanyakan family kawan-kawan dia ni.
“Q : Pernah tak anak bertanya perihal bapanya? Dan bagaimana Farah menjawab soalan ini agar anak faham situasi yang dihadapi oleh Farah.
A : Farah bagitahu Maream yang Daddy dan Omma tak boleh duduk sama-sama nanti gaduh hehe.. Dengan usia sekarang, Farah tak rasa Maream faham dengan apa yang berlaku tetapi Farah sentiasa terangkan pada Maream (sejak hari pertama – Maream was 2 tahun 3 bulan) yang keluarga dia agak lain berbanding kebanyakan keluarga lain, dan kelainan bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia memberikan warna dalam kehidupan.
Jangan Pisahkan Kasih Sayang & Jaga Aib Pasangan
Yang penting, jangan pisahkan kasih antara ibu bapa dengan anak, tak kira apa masalah antara anda berdua. Anak kita mungkin terpaksa berusaha membesar dalam ‘broken family’, pisahkan kasih antara mereka hanya menjadikan kita ibu/bapa yang pentingkan diri sendiri.
Juga, elak untuk aibkan mana-mana pihak kerana mengetahui aib ibu bapa boleh menggangu perkembangan emosi anak-anak; boleh berkemungkinan mereka akan membesar dalam dendam, atau mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Anak-anak akan belajar menyesuaikan diri dengan kelainan ini dan bila tiba masanya, mereka akan faham dan boleh fikir sendiri. Keluarga yang tidak sempurna bukan alasan untuk anak-anak mendapat kasih sayang yang tidak sempurna juga.”
— Hope this helps. Being a single mom is never easy, it’s a hard work but always worth it. Trust me.!
Pada yang nak ‘suruh’ kami berbaik semula, rasanya tak perlulah komen begitu di sini ya. You’ll never know the struggles we’ve been through so please give us space.
Semoga pesanan Farah Lee ini boleh dijadikan panduan buat pasangan suami isteri lain yang sedang berada dalam dilema seperti ini. Jangan pentingkan diri sendiri dan jadikan anak mangsa keadaan. Berusahalah berbaik-baik dengan bekas suami/isteri agar anak-anak mendapat kasih sayang yang sempurna.
Pelakon berdarah kacukan Siam, Mawar Rashid mendedahkan bakal menjadi seorang ibu apabila sedang hamil cahaya mata sulung selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Raden Ahmad Faizal Yaakob,33 atau lebih dengan nama Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti Dato Fazley.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu sendiri di laman Instagram miliknya.
“Keluarga #MawaRaf akan bertambah tahun depan, Insyaa’Allah. Semoga dipermudahkan. Kita doa yang baik-baik ya? Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin ? #BabyRadenR
Sahkan Hamil 2 Bulan
Menerusi program MeleTOP yang disiarkan baru-baru ini, Mawar juga mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil dua bulan selepas melakukan pemeriksaan kandungan.
Pelakon berusia 23 tahun itu membuat pengumuman awal kerana terpaksa menolak beberapa tawaran setelah mengalami alahan pada peringat awal kandungan iaitu ‘morning sickness’.
Antara rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah atas berita tersebut seperti Amyra Rosli, Aida Jebat, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Elvina Mohamad dan ramai lagi.Para peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap supaya segalanya akan dipermudahkan.
Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.Hasil perkahwinan sebelum ini Raf telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Mingguan Wanita mendoakan semoga kandungan Mawar sihat dan membesar dengan sempurna serta dimudahkan segala urusan sehingga tempoh bersalin.