Sinar Harian beri penghargaan & pengiktirafan kepada usahawan mikro kecil menerusi Anugerah BISA. Buat julung kalinya Sinar Harian memperkenalkan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA).
Menerusi anugerah tersebut pengiktiraf dan penghargaan diberikan buat para usahawan tempatan khususnya pemain industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.
Sinar Harian Beri Penghargaan & Pengiktirafan
Menurut Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sebanyak 10 anugerah utama dan pelbagai lagi kategori anugerah menjadi pilihan Sinar Harian untuk usahawan termasuk golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Menurutnya, penyertaan BISA terbuka kepada semua perniagaan berdaftar di Malaysia menerusi pelbagai kategori yang menjadi pilihan akhbar ini bagi mengiktiraf jenama kreatif, agensi, kepakaran, perkhidmatan dan lain-lain lagi.
“BISA merupakan sebuah anugerah yang julung kali diperkenalkan Sinar Harian yang signifikan dan khusus untuk memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada para usahawan mikro kecil di negara ini.
“Keutamaan kami adalah mengetengahkan golongan usahawan yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi komuniti di Malaysia,” katanya.
Akhbar Nombor 1 Dipercayai & Diyakini
Jelas Nik Justin, menjadi tanggungjawab Sinar Harian sebagai akhbar nombor 1 paling dipercayai dan diyakini di negara ini mewujudkan satu pentas yang mengiktiraf golongan usahawan dalam satu majlis berprestij.
“Bermula Februari 2023, BISA diangkat sebagai acara tahunan selepas lebih 16 tahun menjadi media pilihan dan rujukan utama rakyat Malaysia.
“Kita mahu menonjolkan usahawan yang menyumbang kepada kemajuan ekosistem perniagaan di negara ini agar terus berkembang maju dan kekal mampan,” ujarnya.
Penel Juri & Pemain Industri
Beliau berkata, apa yang membezakan BISA berbanding anugerah sedia ada yang lain ialah setiap kategori yang ditampilkan dipilih sendiri oleh Sinar Harian bersama panel juri khas dan pemain industri.
Tambahnya, antara anugerah yang dipertandingkan termasuklah kategori usahawan pelbagai sektor antaranya pertanian, elektronik, fesyen, pelancongan dan banyak lagi.
“Proses pemilihan telah pun bermula dan kemuncak malam gala penganugerahan akan diadakan di sebuah hotel pada 23 Februari 2023.
“Menerusi majlis berprestij ini, BISA menerusi Sinar Harian membawa objektif utama menyokong usahawan yang membina perniagaan dari bawah hingga mereka mampu menyumbang kepada ekonomi setempat termasuklah peluang pekerjaan kepada komuniti,” kata Nik Justin.
Untuk maklumat lanjut mengenai BISA dan penyertaan, layari https://bisaawards.sinarharian.com.my/ atau e-mel: bisaward@sinarharian.com.my.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Sumber Foto : Asril Aswandi (Sinar Harian)
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI