Sebelum sediakan menu overnight oats campak-campak ini mak-mak kena faham dulu konsep makanan diet overnight oat ini macam mana. Tentunya, ia tak perlu dimasak, dan perlu disimpan semalaman dalam peti sejuk dan dinikmati keesokan harinya.
Tiada sekatan penggunaan oats dalam penyediaannya. Kerana bahan asasnya adalah oat dan cecair yang mana susu biasa digunakan. Untuk mendapatkan overnight oat yang kental dan tak terlalu lembik disarankan menggunakan jenis rolled oat.
Sukatan bahan perlulah seimbang. Masukkan bahan asas overnight oats dalam bekas bertutup sebab ianya akan disimpan dalam peti sejuk. Tak bagus terdedah dan bercampur dengan bauan dari bahan lain yang dalam peti sejuk mak-mak.
Menu campak-campak overnight oat yang dikongsikan Hani Shamsuddin ini tak rugi untuk dicuba. Kerana, penggunaan bahan-bahannya mudah didapati di pasaraya berhampiran anda.
Mak-mak yang nak kurus tapi masih nak makan sedap, boleh cuba idea menu yang dikongsikan ini.
Posted by Hani Shamsuddin on Tuesday, August 20, 2019
Idea Menu Campak-campak Overnight Oats
Kata Hani, “Aku ni memang malas nak bersilat dekat dapur pagi-pagi dengan drama air mata anak peluk kaki mintak ampun lagi. Pagi tu jugaklah perut ni kebulur. Nak senang aku buat overnight oats. Kongsi anak beranak.”
Simple. Kenyang. Jimat masa. Healthy.
Malam sebelum membuta, kena pastikan ‘dorang’ tidur bersama dalam peti ais. Letak semua ni dalam satu bekas yang boleh tutup. Macam balang ke bekas dadih ke taufufa ke.
- 1 cawan rolled oats
- 1 1/2 cawan susu (ikut tekaklah nak pure ke, strawberry ke coklat ke)
- 1 sudu chia seeds (optional)
- 1/2 sudu esen vanila
Esok pagi tinggal sediakan toppings. Yang ni ikut tekak memasing. Nah list idea nak letak apa :
- Yogurt
- Buah
- Kekacang
- Isi kelapa yang dah dikeringkan
- Granola
- Cornflakes, coco crunch
Simple jelah. Semua orang boleh buat. Oats ni dia dah sedia maklum kaya dengan fibre. Fibre ni kan melawaskan. So tak yah minum detox dah. Setel hajat.
Ini 12 Menu Overnight Oats, Rugi Kalau Tak Cuba
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Hani Shamsuddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI