Tidak tergambar kegembiraan apabila dipilih menunaikan ibadah haji selepas tertangguh sejak dua tahun lalu.

‘10 tahun lalu terpaksa tolak.’ Kini teruja bakal tunai haji bersama suami dan madu pada tahun ini. Sudah tentu kegembiraannya berganda apabila dapat ke Tanah Suci bersama insan tersayang.

Tidak tergambar kegembiraan pada wajah seorang suri rumah dari Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka, apabila dipilih menunaikan ibadah haji selepas tertangguh sejak dua tahun lalu.

10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak

Norlizahayati Mohd Yatem, 57, bukan sahaja akan merakamkan kenangan perjalanan sebagai tetamu ALLAH SWT bersama suaminya, Abdul Rahim Mohamed, 61, malah madunya berusia 41 tahun akan turut serta berangkat dalam penerbangan yang dijadualkan pada 27 Jun depan.

Menurut Norlizahayati, pada tahun 2012, dia pernah mendapat tawaran untuk menunaikan haji, namun terpaksa melupakan hasrat ketika itu kerana kewangan belum mencukupi selain anak-anak yang masih bersekolah.

Artikel Berkaitan: 

Pertambahan Kos Ibadah Haji Dijangka Meningkat Sehingga RM25,000 Seorang

Ads

CARA Jimat ‘Online Transfer’ Ke TABUNG HAJI Secara Percuma, Tiada Caj RM1

Kini Teruja Bakal Tunai Haji

Tambah Norlizahayati, selepas itu dia berazam membuat simpanan setiap bulan dan akhirnya pada awal Januari lalu dia menyertai kursus haji secara maya, seterusnya mereka bertiga mendapat tawaran untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada bulan lalu.

“Tak sangka setelah terpaksa menolak tawaran kira-kira 10 tahun lalu akhirnya ALLAH SWT izinkan saya pergi bersama suami dan madu yang menetap di Kuala Lumpur.

Ads

“Sebelum ini suami dah maklumkan mahu membawa kedua-dua isteri menunaikan haji, lagipun hubungan kami baik dan Alhamdulillah, ALLAH mendengar doanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Bersama Suami, Madu

Norlizahayati yang menempuh hidup bermadu sebagai isteri pertama sejak 2005 berkata, ini merupakan haji pertama mereka dan sehingga sekarang persiapan masih dilakukan secara berperingkat memandangkan suaminya yang merupakan pesara tentera, kini menerima rawatan di hospital akibat Covid-19.

Menurutnya, walaupun diuji dengan keadaan kesihatan suami, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat malah melihat suami yang semakin sembuh memberi keyakinan untuk mereka bertiga menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.

“Lagipun Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan kami hujung bulan Jun, jadi masih ada masa untuk membuat persiapan,” ujarnya.

Ads

Mingguan Wanita : Semoga urusan Norlizahayati bersama suami dan madunya dipermudahkan Allah SWT serta dikurniakan haji yang mabrur. Insyallah.

Sumber : Sinar Harian Online

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI